Tanah besar Republik Indonesia bukan sahaja melahirkan sosok - sosok kiri, mahasiswa - mahasiswa militant, atau sasterawan - sasterawan agam seperti Pramoedya Ananta Toer, Amir Hamzah, Chairil Anuar, Rendra, Wiji Thukul, bahkan dari segi keagamaan yang membumi, keagamaan yang local, Indonesia menghasilkan watak sekredibel Syeikh Siti Jenar.
Nama Syeikh Siti Jenar sudah tidak asing lagi di telinga masyarakat, khususnya Jawa. Ia dikenal sebagai tokoh yang mempopularkan ajaran 'manunggaling kawulo Gusti', iaitu kesatuan antara hamba dengan Tuhan. Ajaran ini dianggap sesat dan berseberangan dengan Wali Songo (Wali Sembilan), bahkan menjadi momok yang menakutkan bagi banyak orang semenjak dahulu hingga sekarang. Itulah sebabnya, Syeikh Siti Jenar dijatuhi hukuman mati kerana dianggap salah, dianggap berdosa, kerana menyebarkan ajaran ini kepada orang awam.
Di sisi lain, ajaran 'manunggaling kawulo Gusti' dinyatakan sebagai tingkatan terakhir dari tangga makrifat oleh orang Jawa. Kalau begitu, bagaimana sebenarnya model ajaran makrifat yang dilestarikan dan diajarkan dalam masyarakat Jawa? Siapakah pula para pelaku atau tokoh - tokoh yang menyebarkn ajaran makrifat tersebut?
Wali Songo yang merupakan lawan kepada Syeikh Siti Jenar adalah nama satu Dewan Dakwah atau Dewan Mubaligh. Apabila salah seorang ahli dewan tersebut meninggal dunia, maka akan segera diganti dengan ahli yang baharu. Umumnya, kita mengetahui Wali Songo hanyalah sembilan orang iaitu Syed Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Giri, Sunan Drajad, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria dan Sunan Gunung Jati.
Buku ini cuba mengulas secara detail tentang perjalanan ajaran makrifat Jawa yang berdasarkan pada teks - teks kuno semacam Serat Wirid Hidayat Jati dan sumber lainnya.
Ulasan
Catat Ulasan