Langkau ke kandungan utama

IQBAL: DALAM PANDANGAN PARA PEMIKIR SYI'AH



Muthahhari, seorang pemikir Iran tersohor menuliskan tentang Iqbal, sebagai seorang pemikir / ahli falsafah Islam moden yang berfikir keras, berhubung dengan persoalan melakukan islah / pembaikan terhadap kehidupan keagamaan (ihya' ulumuddin). Buku Iqbal telah diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi yang berjudul 'Menghidupkan Pemikiran Keagamaan di dalam Islam'. Dalam buku tersebut terdapat berbagai kuliah yang bersifat academic yang disampaikan oleh Pujangga besar Islam Pakistan itu di bawah tajuk:

  • makrifat dan kajian keagamaan
  • persoalan falsafah dan pancaran keagamaan
  • kebebasan dan kekekalan zat kemanusiaan 
  • ruh kebudayaan dan ketamadunan Islam
  • bermula pergerakan di dalam Islam
  • konsep 'Allah' dan pengertian doa
  • adakah agama itu makhluk?
Sumbangan Iqbal, menurut Muthahhari, sangat besar di dalam rangka membongkar rahsia pemikiran Eropah dan Peradaban Eropah dengan mendalam. Iqbal melihat Peradaban Eropah dengan kritis sekali. Berdasarkan fahamannya, Iqbal telah menganalisa dan mengkritik peradaban dan cara hidup barat. Beliau melihat bahawa peradaban barat membawa racun yang sungguh merbahaya dan meramalkan bahawa pada masa hadapan kebudayaan barat penuh dengan kegelapan dan kesuraman. Dalam hal ini, Iqbal telah memberi amaran kepada bangsa manusia di Timur terhadap perkembangan ini. 

Iqbal telah bermadah dalam syairnya, (Apakah yang harus dilakukan oleh bangsa manusia di Timur?):

'Akan tetapi terpulanglah kepadamu dan peradaban tanpa agama yang menghadapi pertarungan yang berlarutan dengan ahli al - Haq (pendukung kebenaran). Sesungguhnya, malapetaka ini telah menghasilkan bencana yang besar seperti kembali Al - Lat dan Al - Uzza ke Tanah Haram (Makkah). Sesungguhnya hati menjadi buta dengan sihirnya, dan ruh menjadi mati bagaikan dahagakan minumannya. Ianya telah memadamkan cahaya hati atau menghilangkan hati dari pemiliknya. Ianya telah merubah siang benderang dengan meninggalkan insan tanpa ruh dan tanpa nilai lagi'.

Iqbal menambah lagi, 
'Sebenarnya syi'ar (lambang) peradaban moden menjadi fitnah dan godaan kepada kehidupan Bani Adam. Ianya bukan sesuatu yang terlalu agong tetapi sebenarnya ia lahir dari benih - benih Yahudi yang pintar dengan memerangi cahaya kebenaran yang cuba menembusi dada Bani Adam..,'

'Sebenarnya asas peradaban ini amat lemah binaannya, dindingnya diperbuat daripada kaca yang tidak dapat memangku beban.'

'Walaupun cahaya peradaban bersinar cemerlang, namun tidak sama dan jauh berbeza dengan peranan Saidina Musa as yang mendapat ilham dan berkata - kata dengan Ilahi, dan jauh sama sekali dengan kecemerlangan peranan Saidina Ibrahim as yang memusnahkan berhala dan api yang membakarnya bertukar menjadi sejuk dan sejahtera.'


'Walaupun ilmu pengetahuan berkembang dan kilang - kilang perusahaan maju di Eropah namun lautan kegelapan memenuhi kehidupan mereka. Sesungguhnya ilmu pengetahuan, hikmah, politik dan pemerintahan yang berjalan di Eropah tidak lain dari ketandusan dan kekeringan. Perkembangan itu mengorbankan darah rakyat dan jauh sekali dari erti persamaan kemanusiaan dan keadilan masyarakat. Apa yang wujud ialah kemungkaran, minum arak dan kemiskinan terbentang di bandar - bandar Perancis. Inilah akibat yang menimpa umat manusia yang tidak tunduk kepada undang - undang Samawi ciptaan Ilahi, inilah bandar - bandar yang hanya berbangga dengan cahaya elektrik dan teknologi moden. Dan sesungguhnya bandar - bandar yang dikuasai oleh alat - alat dan industri telah memusnahkan hati - hati manusia dan membunuh kasih sayang, kesetiaan dan makna kemanusiaan yang lemah.' 


Bagaimanapun, Iqbal tidak seperti kebanyakan muslim reaksioner yang lain, bagi Iqbal, gerakan perkembangan ilmu pengetahuan dan aqliah yang berlangsung di kalangan peradaban barat tidak membawa kemerbahayaan dari suatu aspek. Kata Iqbal;



'Pergerakan ini tidak salah dan tidak menyimpang. Ini disebabkan Peradaban Eropah dari aspek aqliah dianggap sebagai peringkat perkembangan yang meneruskan peringkat - peringkat ilmu pengetahuan dan ketamadunan Islam.



Kata Muthahhari, walaupun Iqbal melihat secara positive dari aspek ilmiah dan aqliah terhadap Peradaban Eropah tetapi beliau menekankan bahawa di dalam jiwa manusia barat   sudah tidak wujud lagi kasih sayang sesama insan. Walaupun mereka menggembar - gemburkan fahaman mereka bercorak humanism atau kemanusiaan sekalipun, ianya hanya bersifat theory, dan bukan practical sama sekali. Sebenarnya sudah tidak wujud lagi kepercayaan barat kepada kebebasan, keadilan dan persamaan yang dilaung - laungkan mereka, kata Iqbal:



'Perkembangan Eropah itu sebenarnya tidak pernah memasuki kehidupan kemasyarakatan dalam bentuk yang amali dan hidup. Apa yang mereka slogankan dengan konsep demokrasi persamaan hanyalah perbahasan ilmiah, tetapi apa yang sebenarnya adalah penimbunan kekayaan golongan hartawan di atas air mata golongan fakir miskin.'


Menghidupkan Pemikiran Dalam Islam. Muthahhari.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

Usrah yang melalaikan -Kritik pada buku Berfikir Tentang Pemikiran- (BHG 2)

Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali! (Fathi Aris Omar, dalam esei di Bawah Mendung Usrah). Buku SAF ini seperti disebutkan sebelum ini sangat tepu nilai keusrahannya. Boleh dikatakan aku agak kecewa juga membaca 100 ms pertamanya. Aku tak rasa ini yang aku nak dengar atau nak baca dari mahasiswa anak Melayu-Islam yang belajar di bandar Lenin (Leningrad). Jika sekadar hendak berusrah-usrah, di Malaysia sudah bersepah. Tak perlu belajar sejauh itu. Atau jika sekadar hendak membaca tentang Al-Banna, Qutb atau Maududi, di Malaysia juga ada, banyak dan semak. Begitu juga jika hendak mendengar ceramah Maza, buka sahaja Youtube. Mungkinkah mahasiswa-mahasiswa Melayu-Islam Malaysia, kebanyakannya apabila berad...