Langkau ke kandungan utama

Catatan

ULASAN DAN KRITIKAN TERHADAP BUKU REVOLUSI SENYAP.

Oleh: Muhammad Adli Azimat              Revolusi Senyap ialah sebuah buku yang dikarang oleh Kamaludin Endol. Buku ini berasaskan idea-idea yang disampaikannya dalam novel Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghaffur (BTWG). Novel ini telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011. Secara umumnya, buku ini terbahagi kepada 2 bahagian dan dipecahkan kepada 19 bab. Penulis memfokuskan ideanya mengenai sistem politik dan pemerintahan Islam di Malaysia. Dalam pembuka kata, penulis menegaskan bahawa survival politik orang Melayu hanya bergantung kepada kuasa Raja-Raja Melayu. Konsep negara Islam Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghaffur (negara perpaduan, negara keselamatan dan negara kebahagiaan) dicadangkan oleh penulis dan beliau menyeru semua pihak untuk menerima buah fikirannya tanpa sebarang bantahan.             Dalam bab 1: Senario Politik Malaysia, penulis meng...

Aksi Massa, Sekali Lagi!

Adakah aksi massa persis demonstrasi-demonstrasi yang biasa kita lihat? Ya, ia adalah nama lain kepada demonstrasi secara besar-besaran selain bukanlah sekadar massa yang berjumlah besar, bukan pula massa yang membawa bom dan dinamit, tetapi massa yang berpendirian radikal, dipandu teori-teori revolusioner, dan siap melakukan perjuangan tak kenal menyerah untuk menggulingkan susunan masyarakat lama menjadi susunan masyarakat baru [1]. Buku Aksi Massa ini turut mempengaruhi Soekarno, dan antara yang menyebabkan Soekarno ditangkap. Buku ini ditulis oleh Tan Malaka pada sekitar tahun 1926, saat ia meloloskan diri dari Indonesia dan masuk ke Singapura dengan menggunakan nama Hasan Gozali [2]. Meminjam kata Tan Malaka bahwa Massa Aksi memerlukan pemimpin yang revolusioner, cerdas, tangkas, sabar, dan cepat menghitung kejadiaan yang akan datang, dan waspada politik. Seorang pemimpin juga harus bekerja dengan tenaga Nasional yang sudah ada dan tidak mengharapkan kekuatan dala...

PENGENALAN “MANUSIA TIDAK MEMILIKI DAN TIDAK DIMILIKI”

PENGENALAN “MANUSIA TIDAK MEMILIKI DAN TIDAK DIMILIKI” Oleh: Nur Anis Zuliana Ashaari Muhammad banyak mengarang buku-buku termasuklah buku yang dipilih ini yang diberi tajuk ‘manusia tidak memiliki dan tidak dimiliki’ . Buku ini diterbitkan pada September 1991 oleh penerbit mereka sendiri ( Shoutul Arqam ). Buku kecil ini mempunyai 87 halaman sahaja dengan gaya serta contoh-contoh yang mudah. Di dalam sekapur sirihnya, terdapat satu perenggan yang menerangkan kenapa buku ini ditulis ”Lahirnya buku ini satu lagi bukti kepekaan Ustaz Ashaari terhadap permasalahan masyarakat  hari ini dan betapa seriusnya beliau memikirkan jalan penyelesaian. Dalam kesibukan berdakwah, mengadakan perhubungan di arena antarabangsa, merancang satu kebangkitan ummah dan menulis buku yang berat perbahasannya, beliau sempat memikirkan tentang golongan pembaca yang gemarkan buku buku perbentuk ringan.”. Buku menyuntik pendekatan sufi serta membahaskan secara berkaitan antara sesebuah bab....

Review Buku - DR.M: APA HABAQ ORANG MUDA? oleh CHEDET dan MAT RODI

Oleh: Mohamed Rozaidy Sebuah buku kombinasi antara pandangan peribadi Mat Rodi atau saudara Radzi Tajuddin dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Buku setebal 196 muka surat ini memberikan pandangan berkenaan 11 tema merangkumi Jati Diri Melayu, Sistem Nilai, Agama, Kepemimpinan, Visi dan Pembangunan, Ekonomi, Pendidikan, Media, Antarabangsa, Demokrasi dan Malaysia Tanah Airku. Kata-kata Tun Dr.M dalam pelbagai isu dimuatkan di awal penulisan berkenaan setiap tema dan kemudiannya disusuli dengan tulisan Mat Rodi yang dengan terang dan jelas menyokong tindak tanduk Tun Dr.M. Gaya penulisan seperti yang aku nyatakan tersebut membuatkan aku tidak bersetuju dengan buku ini di peringkat awal. Kerana pada pandangan aku, sesuatu buku yang “ UMPH !” tentang sesuatu tokoh, mestilah tidak berat sebelah atau tidak ‘ bias ’ dalam usaha menyingkap kebaikan dan tragedi yang disumbangkan oleh seseorang tokoh. Maka, untuk aku, buku ini hilang “ UMP...

Insan Kamil dan Masyarakat Jahil

Ulasan buku Moral Man and Immoral Society oleh Reinhold Niebuhr Oleh: Hud-2 AGAMA dan kemapanan ( status quo ) seringkali diperzinakan oleh para ulama, rahib, paderi, sami kaum penarung (jubahnya berubah, tetapi syaitan yang memakainya sama) sehinggakan para pendokong ‘progresif’ menyangka bahawa agama dan kemapanan adalah pasangan yang halal. Akibatnya, agama dianggap sebagai salah satu punca masalah umat manusia, kalaupun bukan salah satu sumbernya, sehinggakan agama dibuang sama sekali dari segala projek pembebasan Zaman Pencerahan. Akal, dengan segala ketidaksempurnaannya, diangkat menjadi Tuhan baru. Namun demikian, agama (Kristian khususnya) dipersisihkan dari pergelutan idea-idea baru di dunia Barat, kezaliman dan ketirisan masih lagi berleluasa. Malah, projek Zaman Pencerahan seolah-olah gagal untuk menghalang kelahiran anak-anak haram baru seperti rejim-rejim Imperialis, Fasis dan Komunis dari rahim negara-negara Liberal Borjuis. Abad ke-20 menyaksikan betapa dahsya...

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...

Review Buku : Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, karangan Za’ba.

Oleh: Mohamed Rozaidy Aku percaya membaca itu untuk mencari makna, aku percaya membaca itu untuk membuka minda. Pertama kali aku melihat kulit buku ini beserta penulisnya yang merupakan seorang tokoh yang digelar pendeta, aku mula bertarung dengan kata-kata yang dipilih untuk dijadikan tajuk buku ini. Sama ada buku ini akan menceritakan berkenaan perangai seseorang yang dipengaruhi oleh dirinya sendiri atau buku ini sebenarnya ingin mengulas berkenaan perangai seseorang yang suka bergantung kepada dirinya sendiri (tidak bergantung kepada orang lain dalam melakukan sesuatu). Setelah selesai membaca, maka aku katakan definisi kedua itu lebih tepat dalam konteks penghuraian daripada penulis. Antara perkara yang mengecewakan aku tentang buku ini ialah aku terpaksa membaca dahulu pengenalan yang ditulis oleh Asmah Haji Omar. Pengenalan ini seolah-olah cuba merumuskan intipati buku ini yang sebenarnya membuatkan aku tidak puas hati. Sesuatu buku itu cukup sekadar diletakkan pr...