Langkau ke kandungan utama

Kritikan Terhadap Buku Anticonformity



 Oleh: Nurhuda


Buku: Anticonformity

Penulis: Benz Ali

Penerbit: Sorok Kitab


Pengenalan: Ini bukan resensi biasa. Ini adalah balasan/jawapan secara terus/langsung kepada kenyataan di dalam buku tersebut tanpa mengambil kira konteks keseluruhan buku tersebut. Buku ini telah diterbitkan 2 tahun yang lalu, pendapat penulis pada hari ini mungkin telah berubah dari apa yang telah ditulis. Ini juga tidak diambil kira. Setelah membaca semua buku-buku Benz Ali, saya boleh dikatakan agak nampak/faham pendirian penulis terhadap isu-isu yang diangkat. Sekali lagi ini tidak diambil kira. Ulasan ini objektif kepada kenyataan di dalam buku ini sahaja. Ulasan ini ditujukan secara terus kepada penulis dan tidak dikongsi di mana-mana.

 

Untuk memudahkan pendirian saya difahami, saya memperkenalkan diri saya. Saya berpegang kepada What you do to yourself doesn’t determine what kind of a person you are. What you do to the others, does”. Inilah pegangan/ anutan/ kepercayaan saya dan saya beramal dengannya.

Untuk mengelakkan penerangan yang panjang dan kekaburan punca, saya terus merujuk kepada mukasurat buku tersebut.

MS 10: Di sini saya berhenti membaca ketika pertama kali saya membuka buku ini (lebih setahun lalu). Cerita ini peribadi. Kena tangkap oleh polis, ok lagi. Tetapi bila melibatkan kisah rumah tangga, saya hilang minat. Saya tidak teruja untuk mengikuti cerita tepi kain. Saya beli buku ini kerana penulisnya Benz Ali. Saya hendak membaca pemikiran dan pandangan beliau. Jadi pada masa itu saya telah menghukum (judge) buku ini sebagai koleksi cerita peribadi. Saya minta maaf.


MS 36: Agama dan Tuhan. Ini yang paling saya minat apabila berbicara’ dengan Benz Ali. Topik tentang pergelutan ekonomi/politik Marxism, Socialism, Maoism dan berbagai -ism lagi adalah biasa sahaja bagi saya. Pada dasarnya tidak banyak yang saya tidak bersetuju dengan beliau, jadi tidak menarik untuk dibincangkan. Kalau ada pun perbezaan, hanyalah pada interpretasi sahaja. Ulasan ini akan lebih memberat kepada perbincangan/kenyataan yang melibatkan Agama dan Tuhan. Saya dapati penulis banyak menggunakan kosa kata yang asing dari kebiasaan kosa kata seharian saya. Banyak juga singkatan-singkatan perkataan yang saya tidak tahu. Menggunakan singkatan dan jargon lebih sesuai untuk bacaan peers sahaja, bukan khalayak umum. Banyak perkataan yang saya tidak tahu terjemahannya secara tepat, tetapi ideanya saya faham. Perkataan Bahasa Arab yang digunakan sekalipun ada sahaja perkataan Melayu yang boleh menerangkan maksud. Mungkin juga apabila bercakap tentang agama Islam, mesti menggunakan istilah keArab-Araban.

 

MS 43: Kafir atau tidak, bertuhan atau tidak, Islam atau tidak, sunni atau tidak dan lain-lain label tidak ada makna kepada orang kedua/ketiga. Hanya pemilik sosok tubuh itu sahaja yang boleh memberi makna kepada kekafiran/ ketuhanan/ pegangan/ anutan dirinya. Orang lain tidak ada kena mengena. Tidak perlulah bertanya-tanya atau mencari-cari makna jika tujuannya hanya untuk melabel.

 

MS 62: Hati saya berdarah membaca ayat pendek ini. Sungguh.


MS 106: Doa, dadah dan arak. Menarik tajuknya. Tapi huraiannya tidak sampai kepada expectation saya.

Doa bukan untuk high. Doa untuk kita merasa seolah-olah kita akan ditolong oleh kuasa yang maha besar, yang tak mungkin tidak berupaya untuk menolong. Doa buat kita yakin bahawa someone is watching our back. Doa juga mengalih perhatian kita daripada masalah sebenar, kadang-kadang membiarkan sahaja masalah itu dengan harapan ada kuasa magis yang akan selesaikan. Samada kita ditolong atau tidak, itu tidak boleh dijelaskan secara logik. Kenalah percaya kepada metafizik.

Dadah/arak bukan untuk mendapatkan pertolongan. Dadah/arak mengalihkan perhatian daripada masalah sebenar, nampak macam sama dengan berdoa. Tetapi tidak. Orang yang mengambil dadah/arak tahu dan sedar bahawa ia adalah sementara, bahawa dia tidak akan ditolong. Dia tahu apabila hilang high-nya, apabila kembali sober, dia kena bangun semula untuk berhadapan dengan masalahnya.


MS 126: Ya. Saya setuju


MS 127: Kita off-topic sekejap. Dibandar-bandar lama di Eropah, akan ada jalan/lorong yang menempatkan bar, gereja dan rumah pelacuran. Bukan kerana agama membiakkan pelacuran. Pada masa dahulu, kapal-kapal dagang singgah di pelabuhan dan kelasi/pelayar akan naik ke darat untuk berehat dan berhibur. Mereka menghabiskan masa senggang mereka dengan meminum minuman keras dan melanggan pekerja seks. Rumah-rumah pelacuran ini memberi perkhidmatan kepada kelasi/pelayar ini. Apabila masa rehat/cuti berakhir, mereka akan mengunjungi gereja untuk membuat confession. Ini kerana pelayaran pada masa itu amatlah berbahaya dan mereka tidak pasti jika mereka akan terus hidup sehingga ke pelabuhan seterusnya.


MS 128: Nanti saya akan memberi pandangan saya tentang pelacuran. Kita lihat nanti jika pandangan saya boleh menentukan bertuhan atau tidakkah saya ini.


MS 136: Tak perlu jawab. Bukan urusan mereka pun.


MS 145-146: Ini menarik. Saya tidak nampak larangan berkahwin dengan penganut agama lain sebagai fasis (berdasarkan definisi fascism saya). Namun, saya juga tidak nampak rasionalnya larangan ini. Contoh yang diberikan (komunis yang memiliki harta persendirian) tidak tepat untuk menerangkan perkara ini secara perbandingan.

Dasar komunis jelas tentang pemilikan harta. Ia bukanlah peraturan (rule), tetapi fundamental. Apakah melarang perkahwinan berlainan agama adalah fundamental di dalam Islam? (Sebenarnya saya bukan mencabar tuan untuk menjawab, tapi saya tak ada jawapan. Ada soalan saja)


MS 154: Sounds legit.


MS 157: Beritahu dia, “Adik teruskan sahaja hidup. Tak perlu bermelankolik sangat. Adik tidak unik, tidak istimewa. Ada ramai orang seperti adik hidup di sekeliling adik. Kalau taknak orang lain tahu, tak perlu bercerita. Tak perlu juga mengintai-intai facebook orang lain, sehingga nampak buruk mereka


MS 167: Saya suka berkata begini The more you ask from the authority, the more power you give them


MS 185: Saya rasa seperti kena tumbukan di perut. (Bukan pada ayat yang pertama, tapi yang selepas- selepasnya).

Saya tidak pungpang-pungpang di facebook (facebook saya tak ada crowd pun). Pengorbanan/ apa yang perlu dibayar pun saya tak kisah. Saya juga tidak takut kehilangan kerana saya tidak ada apapun untuk dihilangkan. Tapi saya sangat penat. Saya kehabisan adrenalin. (maaf kerana menjadi defensif pula, padahal tidak perlu pun. Mungkin sebab rasa sakit kena tumbuk di perut)


MS 193: No God, but God’. First time orang tulis begini. Indah sekali.


MS 200: off-topic lagi. Aduka Taruna minta saya add beliau dalam friend-list saya di facebook. Saya gagal kerana friend-list beliau telah memenuhi kuota 5000 orang. Katanya beliau akan remove Mazuan. Esoknya beliau ‘request dan saya accept’. Saya rasa sekarang mesti dia sedang menyesal.

 

MS 207: Ikhlas, langsung tidak mengharap kepada sebarang balasan, sekalipun dari Tuhan. Saya nampak ini agak sulit bagi ramai manusia bertuhan. Mewakafkan tanah untuk maahad tahfiz, membiayai kos mengecat dinding surau, menderma kepada tabung pembinaan masjid, menaja majlis iftar jamaéi kelihatan lebih dekat dengan Tuhan berbanding memberi makan kepada perut yang lapar dan membina bumbung untuk berteduh. Apatah lagi dijanjikan pahala sekian-sekian besar, berpanjangan sekalipun selepas mati. Bantuan/ derma/ sedekah ini untuk siapa? Untuk mereka atau diri sendiri?

 

MS 209: Perkahwinan tidak sepatutnya semata-mata untuk membenarkan (legalise) seks. Perkahwinan lebih besar dari perlakuan seks.

 

MS 246: Kenapa saya membaca? Untuk melawan diri saya sendiri. Melawan kemalasan, kebodohan, kebejatan dan macam-macam ke- yang hodoh di dalam diri saya. Itu sahaja. Kecil sangat perlawanan saya. Biarlah.


MS 258: Dulu ustaz kata hukuman hudud dilakukan dikhalayak ramai supaya pelaku merasa malu dan penonton mendapat pengajaran. Entahlah.

 

MS 268: Saya mati-mati sangkakan ini puisi. Sumpah.


MS 271: Yang pernah diberitahu kepada saya ialah 3 perkataan, ‘nasi’, ‘babi’ dan satu lagi saya tak ingat. Lama juga saya berfikir sorang-sorang, mana mungkin perkara ini benar (masa itu tidak ada orang yang melayan bila saya ajak berbincang). Saya yang pada masa itu menyangka bahawa Bahasa Melayu berasal dari Sanskrit mencari-cari sumber rujukan (masa tu belum guna google). Barulah saya tahu kepulauan Melayu mempunyai bahasa sendiri yang bukan dari Sanskrit atau Yunan.

Nota sampingan. Saya bukan penulis dan tidak pandai berbahasa (bercakap pun saya jarang). Selalu sahaja saya kehilangan vocabulary dan selalu juga saya gagal mencari perkataan untuk menerangkan maksud saya. Tapi saya tidak signifikan, tidak akan memberi kesan apa-apa. Media, bahan bercetak, wawancara/ temuramah/ perbincangan yang ditonton/didengar umum yang seharusnya (semestinya) menggunakan Bahasa melayu yang tulen didalam sebarannya. Memelayukan Bahasa Inggeris (atau Arab, atau apa-apa bahasa pun) sewenang-wenangnya adalah tindakan si pemalas yang malas semalas- malasnya. Saya mual melihat perkataan bajet, sirkit, kompleksiti (seriously?)…


MS 312: Saya tak tahu apa kes ini. Tetapi saya pernah terfikir, jika ditakdirkan saya masuk syurga, dan di dalamnya ada Ustaz Azhar Idrus, saya tak nak masuk.


MS 329: ‘Halal darah’ had snatched my faith in humanity. Long time ago. Yet to be restored.


MS 331: “apa salahnya kalau lebih mahal sekalipun, asalkan kita tidak terlibat dengan riba”, said a lecturer in Islamic Finance. I stopped there. Not worth my discourse.


MS 362: Capital punishment adalah barbaric samada hudud atau bukan hudud. Saya menolak secara total dan saya menutup sebarang perbincangan.


MS 382: Saya pernah juga terfikir untuk mengadakan kelas tuisyen bertajuk “cara-cara menjadi pembangkang yang memberi nilai tambah kepada pemerintah agar menjadi orang berguna kepada rakyat”


MS 383: Saya merujuk kepada the better beer festival bulan lepas. Saya tidak menentang penganjurannya, saya juga tidak bersetuju dengan penentangan terhadap mereka. Melawan penindasan bukan untuk kita sahaja. Mereka juga tidak mahu ditindas.


MS 385: Dulu-dulu saya selalu berhati-hati apabila berkata-kata/ berbuat sesuatu. Bimbang tersilap dan akhirnya menyesal. Saya sangkakan penyesalan adalah perasaan yang sangat teruk yang saya tidak ingin tanggung di kemudian hari. Tetapi bukan, bukan itu. Perasaan yang paling teruk/ sakit/ menderita seorang manusia boleh rasa ialah helpless. Tidak akan ada perkataan yang sesuai untuk menerangkan perasaan itu.

Nota sampingan. Saya tidak ingat tarikh sebenar Kg Chubadak Tambahan dirobohkan. Tapi saya masih ingat masa tu saya berada di luar negara.  Saya menonton youtube yang diupdate dari semasa ke semasa oleh Malaysiakini. Saya ingat lagi masa tu saya makan biskut cicah kopi susu. Biskut itu kehilangan rasa, kopi pun. Dan hati saya juga hilang rasa.


MS 388: Penat juga melayan Sabah/Sarawak yang asyik menyalahkan kami di Semenanjung di atas pencerobohan hasil bumi mereka. Bolehkah orang (asing) dari Semenanjung mengambil apa-apa dari mereka tanpa ‘kelulusan’ dari pihak (penguasa) sana?


MS 393: Dulu saya juga seorang exam-oriented. Dan ya, Saya tahu siapa Hamid Tuah. Saya tak tahu apa perkaitan dua ayat itu.


MS 397-401: Sudah-sudahlah salahkan Amerika. Bukanlah mereka tidak bersalah langsung, tetapi setelah berdekad-dekad menyalahkan mereka, tidak banyak yang berubah pun. Lebih baik juga negara- negara sekitar tanah Arab ini melihat ke dalam diri mereka. Mereka besar dan ramai, dari keturunan yang sama, bercakap bahasa yang sama, menyembah Tuhan yang sama, menganut agama yang (menurut mereka) paling benar. Dengan semua kesamaan ini, susah sangat ke nak bersatu? Amerika bukanlah gagah sangat, rakyat dia bukan pandai-pandai pun. Silicon Valley mereka dipenuhi orang Asia. Ekonominya dijana orang Yahudi (pendatang).

Negara-negara Eropah mewujudkan kesatuan Eropah untuk menjaga keselamatan ekonomi dan politik mereka. Hasilnya, untuk pertama kali dalam sejarah Eropah semenjak sejarah pernah dicatitkan, mereka tidak berperang untuk lebih 70 tahun (kecuali di Balkan, ketika itu eropah timur belum menyertai EU). Mereka gabungan negara-negara kecil, dari 2 kumpulan etnik yang jauh berbeza, (Latin dan Saxon) yang kemudiannya terpecah kepada berpuluh etnik, bercakap berpuluh-puluh bahasa, bermacam agama, ada yang bertuhan ada yang tidak, berbagai ideologi. Mereka boleh bersatu untuk tujuan yang sama, mengelakkan perang dan mengukuhkan ekonomi.


MS 402: Minum kopi lebih baik. Lebih tinggi kafein untuk kick-off. Lagipun Milo banyak gula, nanti kena potong kaki. Eloklah ban rokok, membahayakan kesihatan. Boleh hisap rokok herba (ganja), lebih selamat. Saya serius.


MS 405: Pada 8 Mac 2017, pukul 9 pagi, di Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam. Seorang lelaki (yang tidak akan disebut namanya disini) yang menggelarkan dirinya sebagai aktivis, membuat kenyataan saya ingin memberitahu dan menjelaskan kepada anda semua, bahawa anda telah menjadi mangsa media sosial, kerana anda tidak menyemak kebenaran berita yang anda terima. Cerita tentang prebet Adam yang terkenal itu adalah rekaan. Prebet Adam tidak pernah mempunyai adik….Saya tidak lagi mendengar ayat selepas itu. Tersirap darah saya. Hari ini, darah saya masih menyirap apabila teringat peristiwa itu.


MS 415: Semasa Zaid Ibrahim cadangkan Melayu agar meninggalkan negara (migrate), beliau memberi hujah yang baik dan rasional sekali. Pendirian saya? For those who want to leave, you are free to go. I’ll stay and fight (bersama-sama mamak dan Nepal itu).


MS 420 & 423: Ad hominem. Here, there, everywhere. Saya senaraikan di sini: bapuk, Maria Ozawa, niggaz-niggaz, aw-aw, Irsyad Manji. Apa masalah tuan dengan mereka?


MS 427: Baik. Mari kita bercakap tentang industri pelacuran. Saya ada pandangan yang tidak (dan tidak akan) popular. Apa kata kalau kita legalisekan industri ini? Kita layan pekerja seks seperti pekerja- pekerja di dalam bidang lain, mereka diberikan hak-hak yang sepatutnya pekerja lain dapat. Mereka bebas untuk memilih pekerjaan tersebut atau meninggalkannya. Mereka layak untuk mendapat cuti tahunan, pembiayaan insurans, penjagaan kesihatan, menabung di dalam EPF. Mereka boleh keluar dikhalayak tanpa merasa inferior, dapat bersama-sama aktif di dalam masyarakat. Anak-anak mereka terbela dan tidak dipinggirkan. Kerajaan dapat mengutip cukai pendapatan dari mereka. Mengecilkan operasi polis jabatan maksiat dan jenayah komersial agar tumpuan boleh diberikan kepada jenayah rogol, bunuh, menipu, mencuri. (juga mengelakkan mereka di pow oleh polis-polis itu).


MS 432: lelaki adalah bertanggungjawab melindungi keluarganya. melindungi tidak membawa makna mengurung, mengunci, menyekat, menutup. Takkan itu sahaja yang boleh dilakukan oleh lelaki untuk melindung. Senang sangat. Tak payah pakai akal yang 9 itu (rolling eyes).  Saya lihat maksud melindungi adalah menyediakan persekitaran yang selamat untuk golongan yang lemah (bukan wanita sahaja, termasuk kanak-kanak, orang tua, OKU dll.) supaya mereka juga sama-sama boleh keluar menyumbang kepada masyarakat tanpa merasa takut dan bimbang. Mereka juga ada keupayaan dan kelebihan yang boleh dimanfaatkan. Tidak adalah faedahnya jika mereka dikurung. Juga, pembebasan bukanlah hanya untuk lelaki, untuk yang gagah, yang berbisep besar, yang boleh melindungi diri sendiri sahaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk