Langkau ke kandungan utama

SITI JENAR: SANG SUBVERSIF



'Akulah Tuhan, sebab di dalam diriku terdapat jiwa yang menyatu dengan zat Tuhan. Adapun jasadku adalah barang baru sama halnya alam semesta ini. Bisa rosak. Menjadi mayat, membusuk bercampur tanah dan menjadi debu, terbang ditiup angin,' kata Siti Jenar.

'Hidup ini adalah kematian. Kalian semua adalah mayat berjalan. Hidup yang sejati adalah setelah ajal. Setelah kematian, maka jiwaku akan bebas bersama zat Allah. Tidak lagi merasakan sakit, sedih, panas, dingin, gembira, dan menderita. Tidak ada di sana dan tidak ada di sini,' ujar Siti Jenar.


Dalam Kisah Wali Songo yang ditulis oleh Asnan Wahyudi dan Abu Khalid MA. yang diterbitkan oleh Penerbit 'Karya Ilmu' Surabaya, menyebutkan ketika memperihalkan Syeikh Siti Jenar, 'Syeikh Siti Jenar sering kali diertikan sebagai Syeikh Lemah Abang. Siti ertinya Tanah, Jenar, ertinya Merah. Padahal Jenar itu erti sebenarnya adalah kuning. 


Ajarannya yang dikenal sebagai Manunggaling Kawula Gusti membuatkan Syeikh Siti Jenar ditokohkan masyarakat. Bahkan Dr. Munir Mulkhan, pengarang Teologi Kiri, kerap menghasilkan karya berkenaan 'sufi pemberontak' ini.

Dengan dibantu murid - murid setianya, seperti Ki Ageng Pengging, Ki Ageng Tingkir, Pangeran Panggung, Ki Lontang Asmara, dia berhasil menggalang kekuatan massa.

Syeikh Siti Jenar dikenal sebagai Wali yang 'murtad' kerana ajarannya yang dianggap menyimpang. Tuduhan ini bukanlah baru atau pertama dalam sejarah Islam, bahkan di Baghdad, Hallaj juga menerima keputusan yang sama.

Di dalam tulisan Nurul Huda terbitan CV. Karya Utama Surabaya, lebih memfokuskan kepada Syeikh Siti Jenar dan Ki Ageng Pengging.


Buku (novel?) ini sekurang - kurangnya memaparkan 3 tema / permasalahan pokok yang penting, iaitu, 1) pemaknaan baru konsep Jabariyah *fatalistic, 2) militant pada pemikiran dan tindakan, dan 3) antara demokrasi dan hegemony daulah (antara majority versus minority).


(1)
Aliran filsafat Syeikh Siti Jenar yang berkembang saat itu hampir serupa dengan faham Jabariyah. Aliran ini berpendapat bahawa perbuatan manusia semenjak mula memang telah ditetapkan oleh Tuhan. Kecenderungan Jabariyah / fatalistic / deterministic dalam ajaran Syeikh Siti Jenar bersumber dari kajian mendalam ilmu kalam Islam.


Jabariyah yang sebelum ini dianggap sebahagai pemahaman agama yang paling bermasalah, paling pasif, paling lembab, paling tidak berguna dalam kehidupan, telah diolah oleh Syeikh Siti Jenar dengan pemaknaan semula. Syeikh Siti Jenar menanamkan ajaran bahawa jiwa manusia atau roh itu pancaran atau emanasi dari zat Allah. Kerana itu segala sesuatu yang dikerjakan kerana kehendakNya juga. Syeikh Siti Jenar berkata kepada murid - muridnya, 

'Manusia itu tidak mempunyai keberdayaan apa pun, tidak mempunyai kekuasaan juga untuk menentukan dan memilih suatu perbuatan. Manusia tidak mempunyai daya, tidak mempunyai kehendak sendiri dan tidak mempunyai pilihan. Perbuatan manusia dilakukan kerana tidak ada pilihan lain dan dipaksa melakukan hal itu. Seluruh perbuatan manusia diciptakan Tuhan dalam diri manusia, sehingga manusia bagaikan wayang yang segala tingkah laku dan perbuatannya tergantung oleh kehendak dalang.'
Apakah yang pemaknaan barunya? Bukankah sama dan sejalan dengan konsep Jabariyah yang pasif itu?


Siti Jenar mengajarkan ilmu melepaskan jiwa. Ertinya bahawa kematian adalah titik awal kehidupan yang sebenarnya. Jika seseorang raganya mati, maka jiwanya menjadi merdeka, tidak terkongkong lagi. Sebab raga berhubungan dengan alam semesta. Sedangkan jiwa berkaitan dengan zat Tuhan. Selamanya tidak akan mati dan rosak.


Murid Syeikh Siti Jenar ada bertanya kepadanya:
'Apakah yang dimaksudkan dengan jalan kehidupan?'
'Jalan kehidupan adalah jalan menuju kepada hidup yang sebenarnya. Hidup yang sebenarnya adalah setelah kematian. Adapun kelahiran seorang bayi bukanlah awal kehidupan. Namun awal penderitaan dalam kehidupan yang 'palsu'. Kehidupan palsu seperti kalian rasakan sekarang ini justeru merupakan kematian sejati.' jawab Syeikh Siti Jenar.

(2)
Raden Patah memerintahkan untuk menangkap beberapa murid Syeikh Siti Jenar untuk diminta keterangan. Kebetulan di pasar ada empat orang yang sedang membuat keributan. Setelah ditangkap ternyata mereka mengaku murid Syeikh Siti Jenar. Keempat perusuh itu segera dibawa menghadap kepada Raden Patah.

'Mengapa kalian membuat keributan terhadap sesamamu?' tanya Raden Patah kepada mereka.

Dengan bahasa Jawa yang kurang sopan, salah seorang dari mereka menjawab, 'Kami mencari jalan menuju hidup yang sejati kerana tidak tahan terlalu lama menjalani kematian.'

'Apakah benar kalian murid Syeikh Siti Jenar?'

'Ya, kami adalah murid dan pengikut Syeikh Siti Jenar. Sangat pandai dalam ilmu yang luhur, tahu bahawa kehidupan di dunia ini ternyata adalah alam kematian.'

'Alam kematian? Apa maksudnya?'

'Hidup sekarang ini adalah kematian. Kami bosan dan muak melihat bangkai - bangkai yang berjalan dan berselerakan, berkeliaran ke mana - mana dalam jumlah yang banyak.'

Ini adalah sangat militant sama sekali. Apabila seseorang manusia itu pemikirannya sudah tidak takutkan mati, lantas menjadi martyr (syuhada’) adalah menjadi cita – citanya yang unggul. Tiada apa, tiada siapa yang mampu menyekatnya lagi. Jiwanya sudah ditakluk dunia yang mati ini lagi, dan ruhnya sudah melayang – layang ke alam yang tiada batasnya.
Ini bukanlah pemikiran yang kosong, hampa dan sepele. Pemikiran seperti ini, menghasilkan ancaman demi ancaman, gugatan demi gugatan, terhadap siapa – siapa yang berkuasa, yang sedang memonopoli kekuasaan, pengaruh dan kekayaan serta kemuliaan pada dirinya dan kelompoknya. Apabila sudah lahir generasi – generasi Syeikh Siti Jenar, maka ini bukan api mancis yang boleh dibuat main.
Pemikiran seperti ini akan menghambat mereka – mereka yang gilakan dunia, gilakan pengaruh, gilakan kekayaan, gilakan kehormatan, gilakan segala yang enak – enak, muluk – muluk dan manis – manis. Pemikiran semilitant ini, akan menjadi hantu – hantu yang berkeliaran di malam hari, dan makan segala pemikiran – pemikiran yang penakut yang hanya bercita – cita tentang itu dan ini tetapi takut untuk membuktikan apakah yang mereka Imani.
Jika anak – anak muda sudah tidak sayangkan nyawa, dan mencintai kematian, kerana mempercayai bahawa ada kehidupan yang paling kekal abadi (khalidinaa fiiha Abadan) kepada siapakah perlu mereka bimbang dan gentar lagi? ulama’ – ulama’ yang menjadi rubber stamp, syaitan bisu sudah tidak berupaya membisikkan was – was keraguan, kerana di dalam hati mereka sendiri pun sudah tertanam dan telah tumbuh penyakit wahn (cintakan kemilau dunia dan takutkan kematian).
Jika ulama’ – ulama’ pun sudah tidak menjadi ketakutan kepada anak – anak muda ini untuk militant bangkit melawan diri sendiri mereka yang selama ini terpenjara dalam badan mereka yang merupakan bangkai bernyawa, pada siapakah lagi mereka akan takut? Tentulah daulah yang kecik anak di mata di hati mereka bukanlah apa – apa pun.

SITI JENAR: SANG SUBVERSIF - NURUL HUDA
PEWARIS AJARAN SYEIKH SITI JENAR: MEMBUKA PINTU MAKRIFAT - ASHAD KUSUMA
IBRAHIM PERNAH ATHEIS - AGUS MUSTAFA
http://www.erlangga.co.id/agama/7032-koreksi-atas-sejarah-syekh-siti-jenar.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk