Langkau ke kandungan utama

MELAWAN LUPA: Penekanan Intipati Pensejarahan



Sebaik sahaja membaca judul buku ini, pasti membuatkan pembaca tertanya – tanya. Apa itu Melawan Lupa? Perlawanan yang  bagaimana yang sedang diperjuangkan? Dan apa kaitan lupa dalam perlawanan?

Tajuk buku ini sendiri telah menarik minat khalayak untuk menggali makna “Melawan Lupa”. Ringkasnya buku ini mengangkat sejarah yang berupa tragedy hitam sewaktu 1965. Ia bukanlah untuk menabur garam di luka lama tetapi menceritakan bagaimana generasi kini merawat ingatan mereka dari sejarah awalnya. Sejarah merupakan kebudayaan yang dicitrakan dan disimulasikan dengan penuh pesona dan kebaikan demi menutup masa lalu yang  penuh  rona dan pergolakan.

Dengan tertubuhnya Komuniti Taman 65, ia banyak membincangkan isi keperitan mangsa serta kesan psikologi yang dialami oleh mangsa dan keluarga yang  terlibat. Sampai saat ini banyak pertanyaan belum terjawab misalnya apakah memang  benar Gerakan 30 September 1965 itu didalangi oleh PKI, sehingga dalam buku – buku sejarah sekolah masih dikenal dengan G 30 / S – PKI atau sebenarnya kejadian ini adalah konspirasi besar yang melibatkan Negara – Negara adidaya (kuasa besar) dengan mengunakan  tangan Soeharto dan angkatan darat untuk ‘menerbitkan’ Indonesia yang sedang mengambil haluan kiri. Namun, G 30 / S, dengan PKI atau tanpa PKI di belakangnya, tetaplah menyisahkan sejarah kelam bangsa ini yang ditulis dengan darah ratusan ribu orang dan saat ini permintaan maaf dari negara terhadap korban pun belum juga terucap.

Pada titik inilah, anak – anak muda sekitar Denpasar berkumpul dan membentuk Komunitas Taman 65. Sebagai wadah untuk belajar alternatif terutama mencuba mencari kepingan – kepingan sejarah peristiwa 1965 yang  tercicir dan tersejarah oleh kuasa.

Komuniti Taman 65 ini juga digelar sebagai pasukan menunggu sore (PNS). Petang merupakan waktu di mana para kelas pekerja mengembalikan keceriaannya melalui kerja budaya setelah seharian bergelut dengan rutin kerja. Kerja – kerja budayalah yang menjadikan manusia seutuhnya kerana budaya merupakan ruang ekspresif serta menjadi ruang interaksi satu sama lain tanpa keterasingan. Hal ini jelas sekali berbeza dengan kerja produksi yang harus dilakukan dari pagi hari di mana seorang manusia berperanan menjadi robot kerana perhubungan dengan orang lain, dibangunkan atas dasar hubungan produksi – pengedaran – penggunaan.

Dalam penyajiannya, buku ini tidaklah bersifat akademik. Cara tutur yang jujur, mengalir apa adanya, merupakan pengaruh dari gaya bercerita ala kesiman, sebuah nama tempat di Denpasar Timur. Banyak di antaranya menggunakan kata ganti nama orang pertama (aku, penulis, saya) lengkap pula dengan ekspresi emosi memberi kesan bahawa pembaca seolah – olah mendengar cerita lisan dan mengambil posisi  tanpa jarak dengan penulisnya.

Buku ini termasuk dalam tema besar iaitu, dalam  tema ‘kesejarahan’ berisi tulisan – tulisan yang bercerita tentang sejarah, mengenai apa yang terjadi pada tahun 1965, hingga dampak dari peristiwa tersebut terhadap keluarga dan komuniti. Pada bab “Dinamika komunitas” tulisan – tulisan tentang pengalaman, cara pandang dan refleksinya terhadap komunitas Taman 65. Dalam bab ‘Pergulatan Nilai’ tulisan – tulisan yang dibuat umumnya bertemakan beberapa nilai, idea atau pemikiran yang seringkali menjadi bahan diskusi di antara penggiat Taman 65.

Buku ini pada dasarnya menceritakan tentang sebuah harapan. Harapan pasti selalu ada di hadapan. 

Ia tidak berhenti dengan bersungut – sungut dan menyesali kejadian masa lalu, malah tidak sama sekali meninggalkannya. Jangan lupakan masa lalu kerana kita tidak akan punya masa depan.

Dalam era serba moden ini generasi muda terutamanya, semakin hari semakin tandus dalam mengamati sejarah yang berlegar dalam kehidupan hariannya. Malah mereka memikirkan sejarah ini sebuah bebanan. ‘Tidak perlu diungkit – ungkit perkara yang lalu’ begitulah pandangan generasi masa kini. Jika anda bertemu dengan kolompok begini bimbinglah mereka agar mereka tidak terus melupakan apa yang telah terjadi.

Selesai membaca buku ‘Melawan Lupa’ ini tentu akan mengingatkan pembaca akan tragedy – tragedy hitam yang berlaku di Malaysia yang makin dilupai malah tidak tertulis dalam buku sejarah di sekolah. Antaranya ialah peristiwa Memali yang terjadi di Baling Kedah. Kisah para pejuang yang tidak diangkat malah dituduh sebagai pengkhianat iaitu Mat Indera. Begitu juga para pejuang yang menentang penaklukan British seperti Tuan Guru Hassan Bin Munas atau dikenali sebagai Tok Janggut (1915) dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong (1922 – 1928) di Tanah Melayu. Malangnya bagi kita generasi baru, walaupun kejayaan menentang penjajahan adalah kerana kegigihan ulama dan pendokongnya tetapi buah kemanisan kejayaan kemerdekaan telah dipetik oleh golongan secular kanan yang telah dibentuk dan dididik dalam rangka acuan pemikiran penjajahan. Golongan sekular kanan berpendidikan Barat inilah yang telah mengisi kemerdekaan dengan sistem dan nilai – nilai yang ditinggalkan oleh penjajah. Mereka mencedok dengan penuh bangga kemajuan ‘material’ Barat yang kosong.

Mengambil contoh lain, di mana konspirasi pelupaan ini telah berlaku sekitar tahun 1254 lagi di mana ketika itu zaman kegemilangan Islam. Seperti yang kita tahu hospital pertama didirikan oleh orang Islam. 

Sarjana perubatan Islam Parsi merupakan pelopor dalam pembinaan hospital tersebut. Malah nama hospital berkenaan diambil sempena perkataan Parsi. Sebelum ini pengamal perubatan tidak mempunyai tempat yang khusus untuk merawat pesakit. Namun pembukaan hospital Bimaristan merupakan kemuncak pengembangan ilmu perubatan di dunia dan puncak ketamadunan ilmu sarjana timur zaman pertengahan. 

Beberapa tahun selepas penubuhannya, Bimaristan telah menjadi sebuah universiti yang banyak melahirkan pakar perubatan.

Rahsia keilmuan ini kemudiannya terbongkar sewaktu perang salib kedua sekitar tahun 1254 – 1260. Ketika itu, Raja Louis IX melihat kehebatan orang Islam merawat dan menyembuhkan penyakit termasuklah ilmu pembedahan dan penyembuhan luka. Keadaan itu membuatkan beliau terfikir akan sesuatu. Beliau beranggapan walau sebesar mana pun angkatan perang tentera salib, mereka tidak mungkin akan menang.

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari peperangan , Raja Louis IX berkata, “Kita tidak boleh kalahkan mereka dengan peperangan selagi kita tidak lupakan sejarah kehebatan mereka”.

Lalu bertanya seorang pembesar Perancis kepada beliau tentang bagaimana harus mereka pesongkan sejarah kehebatan mereka sedangkan kita tidak tahu apa yang mereka tahu. Lalu Raja Louis berkata, ‘kitalah orang yang akan menulis sejarah untuk mereka’.

Selepas sampai di Perancis, Lois IX mengarahkan sebuah hospital dibina di paris. Hospital ini bernama Quinze – Vingts. Dipercayai, inilah permulaan New World Order (NWO) di dunia. Zaman pencerahan Eropah sebenarnya rancangan penulisan sejarah untuk dipercayai orang-orang Islam supaya mereka lupa tentang diri mereka.

Sejarah merupakan satu cabang ilmu yang mempunyai peranan sangat penting terutamanya bagi kita yang berbilang keturunan. Pengetahuan tentang sejarah membolehkan kita mengenal pasti latar belakang sesebuah masalah, tindakan atau sesuatu isu. Dengan itu dapat kita jadikan sebagai garis panduan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Sejarah merupakan guru yang dapat mengelakkan kita dari mengulangi kesilapan. Ia memberi taulan dan menunjukkan batasan. Kajian sejarah mendorong kita mencari kebenaran dan bersikap kritis. Selain  itu ia juga turut membangkitkan perasaan bangga terhadap negara.

Malahan sejarah adalah satu alat yang penting untuk mencipta keperibadian kebangsaan.

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah, sejarah itu tidak wajar pandang pada hitam dan putih kerana sejarah ialah merakaman rentetan peristiwa sebenar (real) tanpa dinodai oleh mana-mana pihak terutamanya tangan – tangan penguasa mahupun badan politik yang ingin menjaga kepentingan sendiri. Jika hal ini berlaku maka ia harus ditentang kerana pekara ini telah mencabuli kebenaran yang mutlak. Pencabulan beginilah yang harus dibendung kerana ia merupakan salah satu agenda pelupaan yang di ciptakan oleh tangan – tangan yang tidak bertanggungjawab. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk