Langkau ke kandungan utama

menyalin apa yang terpilih dari novel Ranah 3 Warna [A. Fuadi]

pada 15hb Oktober 2012 pukul 10.35 pagi




Michael Jordan vs biri-biri

sebagai pelajar jurusan hubungan antarabangsa, kesemua rentetan kejadian ini membuka mataku. Rupa-rupanya bukan sahaja di negaraku, bahkan isu pemisahan atau separatisme turut berlaku di negara-negara maju. Tetapi apa yang menarik, separatisme tidak selalu dianggap negatif dan ternyata mampu dikumandangkan tanpa perlu ada pertumpahan darah dan konflik fizikal, cukup dengan diplomasi dan perdebatan secara aman.

oui ou non

semua orang menjulurkan leher melihat ke telunjukku yang mengarah ke wilayah nusantara. "Persamaan antara Indonesia dan Kanada adalah sekiranya peta negara kita dibandingkan, panjang negara kita hampir sama dari barat ke timur. Tetapi kami memiliki ribuan pulau dan kawasan laut yang luas," kataku menggebu-gebu.

"Combien? Berapa? 220 juta orang?" tanya Mado dengan muka hairan. Mungkin sukar baginya membayangkan sebuah negara dengan jumlah penduduk yang begitu besar, sebab dengan keluasan lima kali lebih besar daripada Indonesia, Kanada hanya memiliki tiga puluh juta orang penduduk.

"Ya. Jumlah rakyat kami sebanyak itu.," kataku meyakinkan dengan menuliskan angka 220 dan enam angka sifar di atas kertas.

"dan kami memiliki lebih 700 dialek bahasa yang berbeza," kataku bangga. mereka terkesima. Tujuh ratus. Ya, aku menuliskan angka 700 di atas kertas besar-besar.

"bagaimana kamu semua mampu berbicara antara satu sama lain?"

"kami memiliki satu bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Indonesia."

Ferdinand menggeleng-geleng hairan. "Magnifique! Luar biasa! Entah bagaimana kamu mampu mengajarkan satu bahasa kepada ratusan juta orang yang berbeza bahasa ibunda, kami yang hanya memiliki dua bahasa, Inggeris dan Perancis pun sudah susah." buat pertama kalinya aku sedar betapa hebatnya pencapaian Indonesia dengan satu bahasa kebangsaan. Sesuatu yang selama ini aku anggap biasa ternyata sangat hebat di mata orang asing.

"Une importante question. Satu soalan penting. Dengan ratusan juta orang, puluhan ribu pulau, ratusan bahasa dan budaya, apakah tidak ada yang mahu berpisah dari Indonesia?"

"Ehmm. Tentu sahaja ada. Memang semenjak Indonesia merdeka pada tahun 1945, terdapat beberapa gerakan seperti itu. apatah lagi apabila ada rakyat yang berasa kurang puas


UTOPIA RANAH 3 WARNA
"Oh ya, nanti kamu pulang dan pergi sahaja tidak kira jam berapa. pintu sentiasa terbuka, tidak pernah kami kunci," kata Ferdinand yang baru duduk di meja makan.

"Kenapa tidak dikunci?" tanyaku secara refleks.

"Kenapa perlu dikunci?" tanyanya balik.

"Tidak takut ada apa-apa jika tidak dikunci?" tanyaku masih kehairanan.

Mado tersenyum. "Di sini tidak pernah ada kecurian. Hampir semua rumah tidak dikunci siang ataupun malam."

Aku kebingungan. Dahulu aku fikirkan hal begini hanya terdapat di dalam filem, novel ataupun impian idealis mengenai sebuah negara yang makmur sahaja. tetapi kini aku berada di sebuah kota yang penduduknya tidak merasakan perlu mengunci pintu sebab tidak ada kes jenayah atau kecurian. Zero crime rate!

"Bagaimana sampai tidak pernah ada kecurian? Adakah semua orang di sini sudah kaya raya?" tanyaku semakin pelik.

Kali ini Franc yang menjawab."Tentulah tidak semua orang kaya, tetapi hampir semua orang berkecukupan. Ada yang miskin dan tidak bernasib baik, tetapi mereka mendapat bantuan yang memadai daripada kerajaan. Selain itu, sistem keadilan kami bagus. Para penjenayah mendapat balasan yang setimpal," katanya seperti berpromosi.

Tetapi buat apa pula beliau berbohong? Mungkin beliau bukannya menyombong tetapi hanya mengatakan apa yang benar berlaku di kanada. Aku mengangguk-angguk sambil menatap jam gadang dan angklung yang bersanding di atas pendiangan. Bila ya, negaraku yang katanya mempunyai masyarakat yang ramah tamah dan berbudi bahasa itu mampu bebas jenayah? Bila ya, semua orang dapat berasa aman dan tenteram dalam ertikata yang sebenar, baik daripada segi fizikal mahupun spiritual? Seperti yang dijadikan slogan: mencipta Indonesia yang adil dan makmur. Gemah ripah loh jinawi. aku teringat buku yang ditulis oleh Thomas More pada tahon 1516, berjudul utopia. Buku fiksyen yang mungkin diinspirasikan oleh buku The Republic karangan Plato ini bercerita mengenai sistem pemerintahan sebuah pulau rekaan di lautan atlantik yang sangat ideal. begitu idealnya sehinggakan penduduk pulau ini tidak mempunyai sebarang kesusahan mahupun penderitaan. Mereka semua benar-benar merasakan keadilan dan kemakmuran. Rakyat tidak perlu mengunci pintu rumah mereka kerana semua orang memiliki keperluan hidup yang mencukupi. semuanya begitu sempurna. Setiap penjenayah dijatuhkan hukuman yang berat sehingga tidak ada lagi yang berani melanggar undang-undang.

Aku teringat kembali pelajaran sejarah ustaz surur di pondok madani dahulu. pada abad ke – 8 masihi, pada zaman khalifah bani Umayyah, masyarakat Islam berada dalam keadaan makmur yang ideal. Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang baru diangkat menjadi khalifah menangis sebab besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul. Khalifah Umar terkenal sebab semua harta miliknya dan keluarganya diserahkan kepada negara dan dia hidup secara sederhana, jujur dan giat membanteras rasuah. pada masa itu, para petugas zakat sampai putus asa mencari orang miskin hendak diberikan zakat. tidak ada pengemis di jalanan.

penjara menjadi lengang. semua orang sudah cukup keperluan dan taat mematuhi undang-undang. ketika semua orang sudah berkemampuan dan tidak ada lagi yang berhak menjadi penerima zakat, itulah satu definisi negeri yang adil dan makmor.dahulu aku pernah berfikir tidak mungkin ada negara di alam nyata ini yang mampu menjelma menjadi utopia, negeri impian itu. ternyata pada zaman khalifah umar pernah ada. bahkan sekarang, di tempat aku berada, di kota kecil saint-raymond ini aku menemui sepotong utopia. masharakatnya hidop selayaknya, orang yang kurang mampu dibantu, warga tua diberik kemudahan yang bagus, nyaris tidak ada unsor jenayah sehinggakan mereka berasa tidak perlu mengunci pintu rumah lagi.



324, 325, 326, RANAH 3 WARNA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk