Langkau ke kandungan utama

MEMALI ROUND II [FITE AGAINST CORRUPTORS!!]

pada 17hb Disember 2012 pukul 4.15 pagi
           
Baik. Beberapa bulan lalu aku terbaca sebuah buku. Rare juga buku tu. Tulisan seorang yang tak asing lagi. CN Afghani. Aku pernah baca buku-buku beliau ketika aku maseh kecik lagi.

Tapi buku kali ni rare betul. Aku tidak pernah jumpa buku ni. Semacam mendedahkan sesuatu yang tidak pernah didedahkan selama ini. Semacam segala prasangka selama ini mula dibukukan.

Bukunya bermukadepankan gambar Mat Sabu dan bertajuk Air Mata Memali. Menceritakan apa sebenarnya yang berlaku selepas kes Memali. Aku sudah biasa sangat dengan cerita Memali walaupun saat membaca buku itu aku belum sampai menziarahi lagi perkampungan para syuhada' tersebut.

Tetapi buku tu rare, dan membuat aku baca dalam sehari itu juga. Rare, sampai tahap aku menelefon nombor telefon pengedar/penjual yang tertera di muka depan buku tersebut. Tak pernah lagi aku baca buku sampai aku telefon penjual untuk bertanyakan di mana lagi boleh aku dapat sejumlah buku tersebut.

Rupa-rupanya nombor yang aku telefon itu adalah nombor pengarang tersebut. Iaitu Cikgu Non atau nama penanya yang disebut di atas tadi, CN Afghani. Dia memberitahu buku itu sudah habis. Dan bertanyakan kepadaku buku-bukunya yang lain jika aku mahu.

Takpalah. Buku itu yang aku pinjam dan baca di perpustakaan surau Kampong Banda Dalam, Gombak terus ku bawa balik dan baca semula berkali-kali. Isu penyelewengan tabong Memali. Selepas pembunuhan beramai-ramai di Memali, ada siapa tahu berapa jumlah kutipan tabong untok mangsa Memali?

Beberapa bulan berselang menyinggah bulan 11. Aku mula menghitelitekan isu Memali. Aku warwarkan di facebook, bulan 11, bulan November wajar sekali menjadi bulan Memali. Harus diperingati setiap tahun pada bulan 11, berlaku genosid maha dahsyat telah membunoh 14 orang yang tidak bersenjata.

Aku dapat respon yang agak baik. Beberapa minggu sebelum itu, isu PASTI yang kami panaskan di facebook beberapa bulan sebelum itu telah naik ke Muktamar PAS. Maka aku yakin, facebook adalah ruang untok orang-orang seperti kami yang tidak berjawatan apa, untok bersuara.

Seorang sahabat [yang tidak mahu dikenali] mengajak aku pergi ke Memali. Aku tak bajet pula respon hasil pendedahan peringkat pertama, akan jadi sampai begitu sekali. Aku bajet aku mungkin akan ke Memali tahun hadapan. Memandangkan jadualku agak padat. Tapi bila memikir semula, efeknya mungkin akan lebih baik jika kami pergi sekarang dalam tahun ini, lagipun tragedi itu sudah 27 atau 26 tahun sudah. Mana tahu jika kami datang pada tahun hadapan, ada yang sudah pergi. Kita mana tahu, kan? Maka kami pun merangcang untok pergi pada bulan 12. Kerana bulan 11 sudah tak sempat, dan aku agak sakit kepala beberapa minggu itu.

Buku yang ditulis oleh Cikgu Non itu telah aku potostatkan sebanyak yang boleh dan mula mengeposkan kepada kawan-kawan yang berminat. Buku itu lebih detail dari apa yang cuba aku nak singkapkan di nota ini.

Kami pun sampai ke Memali pada petang 15hb12.

Cikgu Non tidak dapat menyertai kami kerana berada di Klang waktu itu. Dia kerap juga berada di luar Memali. Beberapa minggu sebelum, dia berada di Acheh. Menguruskan anaknya yang sedang belajar di situ agaknya. Katanya melalui telefon, “elok juga enta pergi tanpa ana. Mungkin orang-orang sana lebih senang cerita. Kalau ada ana, mungkin depa segan sikit.” Begitulah kira-kira kata Cikgu Non pada kami melalui telefon. Bersama kami selain tuan punya kereta yang tidak mahu dikenali, adalah saudara Azim Hamid, adik aku, sahabat kepada tuan punya kereta dan aku sendiri. Kami bergerak seramai lima orang.

Cikgu Non mengirimkan kepada kami num Paknjang Mi. Kami pun tak kenal siapa dia Paknjang Mi ketika itu. Ketika sampai di hadapan rumahnya yang terletak berhadapan dengan Madrasah Islahiah Diniah Memali, barulah kami tahu Paknjang Mi adalah key person dalam kes ini, seorang tua yang ada sangat banyak cerita tentang Memali.

Yang kami tengah selongkar ini adalah cerita dari firsthand sendiri. Bukan dari cikgu non. Ataupun yusof husin. Dan kami sendiri berpandangan bahawa kerja kami bukanlah nak memenangkan cikgu non, ataupun mengalahkan yusof husin, tetapi mahukan isu ini dibawa ke muka pengadilan pas jika pas sendiri sudah tidak percaya pada pihak polis dan mahkamah.

Misi yang agak unplanned ini membuatkan kami agak teraba-raba mencari soalan ditambah dengan aku sendiri yang lebih gemar sebenarnya mendengar cerita dari membuka mulut untok bertanya. Rakan-rakan yang lain pula baru sahaja mendapat buku yang aku potostatkan membuatkan soalan-soalan mereka agak terbatas. Tapi kami gagahi juga dengan bertanyakan persoalan-persoalan besar yang dikemukakan dalam buku cikgu non.

Pak njang mi yang kurang sihat itu pada awalnya seperti keberatan ingin membuka cerita. Tetapi bila ada anak-anak muda yang agaknya dilihatnya bersemangat lain macam, maka dibukanya cerita satu persatu. Lebih kurang ceritanya,
“apa yang ditulis dalam buku cikgu non tu, betullah. Kalau ada apa-apa persoalan nak tanya, tanyalah. inshaAllah paknjang jawab.”

“betulkah memang berlaku penyelewengan semua tu?” tanya kami.

“betullah. Sampai sekarang pun kita tak tahu berapa jumlah kutipan tabong memali.”

“boleh cerita sedikit berkenaan yusof husin?”

Muka paknjang mi agak tegang dengan nama yusof husin. Paknjang kemudian ceritalah tentang yusof husin, tentang pimpinan pas yang tak melawat mangsa memali itu lagi, adalah beberapa kerat sahaja pimpinan yang datang melawat. Yang lain tu, termasok azizan razak selepas menjadi mb pun tak datang menziarahi, taib azzamudin yang bekerja sebagai mp kawasan baling pun tak datang ke memali, cerita tentang madrasah islahiah diniah yang mana pelajar-pelajarnya boleh dibilang dengan jari, yang lebih ramai pelajar pasti dari pelajar sekolah, tingkat tiga yang mahu dijadikan sarang burung walit, cerita tentang buku kira-kira yang tidak diaudit, yang dijumpai dibakar di tempat buang sampah, tentang persoalan siapa dia yusof husin yang sebenarnya dll lagi.

Yusof husin, melalui cerita paknjang dan tulis cikgu non dalam bukunya itu, dia semasa dua kali dalam tahanan i-s-a, tiada siapa tahu dia ditahan dalam sel dengan siapa. Dan dia pernah menjadi penyoalsiasat terhadap mangsa. Ini sudah lebih meragukan. Bagaimana seorang yang ditahan, boleh pula mengambil alih tanggungjawab polis untok menyiasat mangsa?

Dan akhirnya orang itu, yang kononnya penolong teroris, ketua mujahidin, telah diiktiraf sebagai senator. Ini game politik bodoh apa ni?

Perhatikan. Regim telah membunoh Ibrahim Libya yang kononnya teroris. Tetapi telah membiarkan orang kanan Ibrahim Libya untok menjadi senator. Bukankah semacam ada sesuatu?

Kami kemudian petang itu agak mengantuk. Lama benar kami di rumah paknjang. Datang pula tanpa membawa apa-apa buah tangan. Petang itu pula hujan. Jadi tak banyak benda boleh dibuat. Plan nak baca puisi nak main ukulele memang tak jadilah. Sebab taktau nak mula dari mana. Kami kemudian beransur ke rumah assyahid ustaz Ibrahim Libya dahulu petang itu untok memberitahu kami akan datang ke rumah mereka semula selepas isyak malam itu. Kalau kami terus dengar, memang kami akan tertidur terus.

Maka kami pergi chalet yang terletak di ulu legong air panas untok memikirkan tentang acara malam nanti.

Sebenarnya, selain daripada kami tangkap gambar, rekod video dan bertanyakan soalan, memang kami tak tulis apa sangat. Sebab apa yang semua mereka cerita itu, sama dengan apa yang berada dalam buku yang cikgu non tulis.

Pemergian kami ke sana cumalah untok mensahihkan kebenaran apa yang didakwa oleh cikgu non tersebot. Dan ternyata tiada percanggahan. Malamnya dengan ustaz irsyad dan balu ustaz Ibrahim pun sama sahaja. Cuma mereka lebih tenang berbanding paknjang azmi yang sememangnya bengang dengan tingkah yusof husin.

Aku takleh cerita lebih lagi kerana sama sahaja apa yang diceritakan mereka dengan tulisan cikgu non. Di bawah ada beberapa note yang aku salinkan semula dari cikgu non. Hangpa semua boleh re-check semula kes ini dengan pergi ke memali sendiri.


Yang sedihnya isu ini mati begitu sahaja. Kematian bouazizi jika mahu dibandingkan dengan pembunohan 13 mangsa memali ini ternyata kes memali ini lebih islamik berbanding bouazizi. Tetapi kenapa ianya tidak mampu dijadikan spark oleh pas? Aku fikir sangat lama benda ini. Mengapa daya jihad yang diusong dalam kes memali tidak mampu dijadikan spark oleh pas?

Antara yang hangpa semua boleh lakukan selepas membaca nota ini adalah,
1-Share sebanyak mungkin dengan aktivis-aktivis pas.

2-recheck semula apa yang kami beritahu. Mungkin kami tipu. Maka eloklah hangpa semua pi sendiri dan tanya apa yang sudah berlaku.

3-baca semula buku yang Cikgu Non tulis pasal ni. Hapuskan larangan tak boleh baca buku ni. Ustaz Riduan Mohd Nor ada mengatakan pimpinan tak bagi baca buku ni. Kenapa? Kenapa orang yang sama ini beria-ia mengangkat tragedi Memali dalam usaha mahu mempopularkan PAS di kalangan ahli-ahli PAS tetapi orang yang sama juga mengatakan pimpinan PAS tidak membenarkan buku pengkisahan apa sebenarnya yang berlaku di Memali dibaca? Mengapa?

4- Kita mahu PAS berlaku jujur dalam kes ini. Kalau Shahrizat dalam kes lembu ditekan sedemikian rupa, tetapi kenapa korupsi yang sama berlaku dalam pas, tidak disiasat? Apakah kezaliman itu hanya boleh berlaku di luar dari parti kita, dan bila berlaku dalam parti kita, kita akan menyapu kezaliman itu di bawah karpet?

Akhir kata, PAS harus ingat baik-baik dalam kes ini. Jika mereka merasakan mereka boleh pergi jauh dalam politik Kedah dengan mengabaikan kes Memali, sila abaikan usaha nakal budak-budak facebook seperti kami. Tapi jangan ingat orang-orang Kedah akan selamanya melupakan pengkhianatan ini. Ini adalah rekod paling mahal dalam sejarah gerakan Islam malaya dan juga penolakan terhadap I-S-A

Mak aku kata, hold dulu kes ni. Tunggu pru selesai. Aku fikir semula. Empat tahun Parti Islam PAS menang di Kedah, kes Tabong Memali, selesai ka tak? Tak selesai jugak.

Apa jaminan kalau aku hold kes ini, kes ini akan selesai selepas election? Ada sesiapa boleh beri jaminan?



dipukau atau terpukau. [review kes memali: bulan 11 genosid di baling, kedah]

pada 14hb November 2012 pukul 3.40 ptg

dipukau atau terpukau.

sekembalinya saya dari pakistan 1997, ada berita yang mengatakan YH sedang merencanakan satu projek pembangunan semula MID. di mana seorang yang dikatakan korporat dari kuala lumpor, berjanji untok melaborkan beberapa juta untok MID. Untok peribadi YH juga akan diberinya satu juta. Bagaimana pun, wangnya maseh ada di singapura dan dalam proses dibawa masok. Sementara menunggu proses tersebot, dia minta YH membiayai beberapa kosnya seperti rumah, kereta dan keperluan harian. Tanpa memaklomkan hal ini kepada Lembaga Tadbir MID, pimpinan kawasan dan perhubungan negeri YH bersetuju atas keputusan sendiri.

Ia membeli sebuah mercedes model 230 bernilai lebih dua puloh ribu. menyewa sebuah rumah taman di sungai kob, kulim serta membeli dua buah peti wang besi yang bernilai lebih tiga ribu ringgit. peti besi ini akan digunakan untok menyimpan wang tunai yang akan dibawa masok dari singapura kelak. sebuah dikatakan berada di rumah taman itu dan sebuah lagi di rumah YH.

berbulan juga isu ini dibualkan oleh orang kampong. masing-masing risau bila mendapat tahu korporat tersebot bercadang untok merobohkan bangunan asrama dan kantin untok dibuat baru. mereka bimbang setelah diroboh nanti tidak diganti seperti yang dijanjikan. saya tak ingat pada siapa saya suarakan hal ini di peringkat negeri, sama ada allahyarham ustaz suhaimi selaku setiausaha pehubungan atau saudara sobri awang yang bertugas di jpn pas kedah. akhirnya isu ini mula heboh di peringkat kawasan dan negeri. bila dipersoalkan kenapa dia tidak membawa isu ini dalam mesyuarat lembaga, alasannya takot ramai tak setuju dan peluang untok MID terbantot.

oleh kerana isu ini sudah hangan dibincangkan, YH rasa terancam, lalu mencipta satu helah. Dia maklumkan pada pihak negeri dan kawasan yang dia seperti tidak sedar, seolah-olah dipukau. dalam satu mesyuarat agong cawangan memali, saya timbol isu ini dan dia menjawab perkara yang sama, iaitu dia dipukau. bila saya katakan padanya sebenarnya bukan dia dipukau, tetapi dia terpukau kerana dijanjikan akan diberi padanya satu juta, dia tidak menjawab apa-apa.

memanglah dia akan diamkan hal ini dari jawatankuasa, kerana tidak mahu wang satu juta untoknya itu akan dibahasakan. setelah alasan dia dipukau tidak dapat diterima, malah diejek oleh banyak orang, YH membuat laporan polis yang dia ditipu.

ms- 37-38 -mohd. sabu. air mata di bumi memali. cn afghani.


setelah mengumpol maklumat, YH yang juga SU kawasan baling telah membentang satu laporan tentang salahlaku saya dalam meshuarat kawasan pada 2 desember 1998. terdapat enam fitnah yang dikemukakan oleh YH.

fitnah 1- mempengaruhi balu-balu syuhada dan masharakat bahawa MID telah menyalahgunakan wang TMM untok tujuan pentadbiran dan sebagainya.

penjelasan- berlaku kekeliruan di sini tentang 'mempengaruhi'. seperti yang telah saya jelaskan pada YH dalam surat saya 28 januari 1999. saya tidak mempengaruhi, cuma menerangkan kedudukan sebenar aliran wang dari TMM berdasarkan iklan rayuan perhubungan pas negeri kedah dalam harakah setiap menjelang hariraya. iklan itu menyebot,

'gamitan memali kembali lagi: pada 19 november 1997, genaplah dua belas tahon berlakunya tragedi memali yang meninggalkan kesan kepada mereka yang terlibat, secara langsung terutamanya balu-balu dan anak-anak yatim. perhubungan pas  kedah merayu kepada muslimin muslimat agar dapat menghulorkan sumbangan bantuan khas untok hariraya, pendidikan dan perbicaraan kes memali yang maseh belom selesai.'

atas dasar untok anak yatim dan balu syuhada inilah yang membuatkan orang ramai menghulorkan sumbangan. mereka mahu keluarga syuhada dapat sambot satu syawal dengan penoh bermakna seperti orang lain. setelah wang terkumpol adakalanya hingga lebih empat puloh ribu ringgit, biasanya YH akan menggunakan separoh untok MID dan separoh sahaja untok keluarga syuhada serta mangsa memali. tetapi untok tahon 1998 itu, wang terkumpol adalah rm26,070,00. dari jumlah itu YH telah menetapkan rm13,900.00 untok MID dan selebihnya rm12,170.00 untok keluarga syuhada dan mangsa memali. daripada jumlah 13,900.00 untok MID itu, rm8000.00 diberikan bonus untok 22 orang kakitangan MID. Sebaliknya rm12,170.00 itu diagihkan kepada hampir 150 orang terdiri keluarga syuhada dan mangsa memali.

majoriti mangsa hanya mendapat antara rm30 hingga rm50 setiap orang dan keluarga syuhada pula antara rm400.00 ke rm600.00 sahaja. sepatotnya mereka mendapat lebih dari itu jika peruntokan pada kakitangan diketepikan. jadi bagaimana pula dengan kakitangan MID? mereka maseh ada sumber lain untok diberi bonus. biasanya terdapat beberapa korporat datang memberi memberi berbagai sumbangan pada mereka. selain wang terdapat juga kain batik dan pelikat, kuihmuih dan beras.

kutipan tilawah ramadan pada tahun 1998 itu sahaja mencecah rm40,000.00. andainya setiap kakitangan MID diberi bonus rm1000.00 seorang, sebanyak rm20,000.00 sahaja yang diguna. maseh berbaki lagi rm18,000.00 hasil tilawah tersebot. biasanya balu yang paling banyak mendapat sumbangan adalah kak ah, kerana empat orang anaknya maseh belajar. jika dia mendapat hanya enam ratus ringgit, apakah cukop untok membeli pakaian dan lain-lain persiapan untok hariraya?

inilah antara penjelasan yang saya berikan pada balu dan mangsa memali. mereka memang tidak tahu kerana tidak pernah diberitahu. daripada wujudnya tabong itu hinggalah ia dikatakan tutop, mereka tidak pernah tahu berapakah jumlah sebenar wang dari TMM. apa yang mereka tahu, setiap menjelang raya, akan dapatlah sama ada tiga puloh atau lima puloh ringgit. mereka juga mungkin tidak tahu bahawa wang TMM itu, bukan sahaja terdapat di MID, juga terdapat di perhubungan negeri kedah, pejabat agong pas pusat, dan juga harakah. pas kawasan baling yang mendakwa MID dan TMM ini berada di dalam pantauan mereka, bolehkah memberi penjelasan isu ini? setahu saya, hanya harakah sahaja yang sering menyalurkan wang untok mangsa memali, itu pun di zaman daeng mariok menjadi pengarah urusan harakah.

ms-39-41-mohd. sabu. air mata di bumi memali. cn afghani.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk