Langkau ke kandungan utama

ISLAM MELAWAN KAPITALISME


Karya garapan Zakiyuddin Baidhawy ini mencuba menceritakan konsep - konsep keadilan di dalam Islam. Zakiyuddin banyak mengutip dari Majid Khadduri yang menulis 'The Islamic Conception of Justice' (ada diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu) selain dari Umer Chapra dll lagi.

Apabila Zakiyuddin dalam buku ini banyak menyebutkan tentang pengalaman kesarjanaan muslim dalam menghadapi gugatan ekonomi, membuatkan sesiapa sahaja yang cuba menyangkal kesarjanaan ekonomi Islam terpaksa berfikir semula.

Awal daripada buku ini, adalah nota kaki dari Nik Mustapha Hj. Nik Hassan (Kuala Lumpur) yang ada menuliskan 'The Path to Global Prosperity: An Islamic Approach' membuatkan kita harus mencari juga selain daripada Fazlur Rahman yang seakan kabur dalam menulis Doktrin Ekonomi Islam (terjemahan) apakah ada lain lagi  kesarjanaan muslim yang cuba mengupas permasalahan ekonomi?

Menurut Zakiyuddin, bahkan sufi teologi seperti Al - Ghazali juga memiliki beberapa ide tentang ekonomi. Melalui pendekatan tasawuf, Al - Ghazali menurut Zakiyuddin, mengajukan teori maslahah (utility, manfaat) sebagai fungsi kesejahteraan sosial dan lawannya ialah teori mafsadah (disutility, kerusakan). Menurut Al - Ghazali, sesuatu dipandang sebagai maslahah apabila sejalan dengan maqasid al - syari'ah. Imam besar teologi dalam mazhab Ahl Sunnah wal Jamaah itu juga menawarkan teori hierarki / lapisan penting utility yang terdiri dari daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

Usrah yang melalaikan -Kritik pada buku Berfikir Tentang Pemikiran- (BHG 2)

Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali! (Fathi Aris Omar, dalam esei di Bawah Mendung Usrah). Buku SAF ini seperti disebutkan sebelum ini sangat tepu nilai keusrahannya. Boleh dikatakan aku agak kecewa juga membaca 100 ms pertamanya. Aku tak rasa ini yang aku nak dengar atau nak baca dari mahasiswa anak Melayu-Islam yang belajar di bandar Lenin (Leningrad). Jika sekadar hendak berusrah-usrah, di Malaysia sudah bersepah. Tak perlu belajar sejauh itu. Atau jika sekadar hendak membaca tentang Al-Banna, Qutb atau Maududi, di Malaysia juga ada, banyak dan semak. Begitu juga jika hendak mendengar ceramah Maza, buka sahaja Youtube. Mungkinkah mahasiswa-mahasiswa Melayu-Islam Malaysia, kebanyakannya apabila berad...

MENGENAL DIRI TOK KENALI

((Sdr. Huzaifah Shaharuddin)) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". ( Al-A'raaf 7:172 ) Maafkan aku Tuhan kerana aku terleka dan lalai. Sudah terlalu lama aku terkhayal sehingga terlupa dengan janji. Aku lupa, benar-benar lupa. Sudah tiba masa untuk bangkit, melangkah untuk meneruskan perjalanan. Kehidupan ini seumpama berjalan di atas titian. Bermula dengan kelahiran dan penamatnya adalah kematian. Sewaktu berjalan menuju penamat hayat ini, ada banyak hentian-hentian yang memukau dan mele...