Langkau ke kandungan utama

REVOLUSI PERMANEN



LEON TROTSKY
Revolusi Permanen merupakan sumbangan terpenting Trotsky bagi Marxisme. Teori ini dikembangkannya pada tahun 1904, menjelang Revolusi Rusia yang pertama. Bertentangan dengan keyakinan umum pada masa itu, dalam teori tersebut Trotsky menyatakan bahawa kelas buruh Rusia mampu merebut kekuasaan. Ketepatan analisa Trotsky terbukti dengan keberhasilan parti Bolshevik mendirikan Negara buruh pertama di dunia.

Trotsky bukan sahaja seorang pemikir Marxist yang tajam, peranan besarnya dalam Revolusi Oktober 1917 tidak ada yang dapat mengengkari. Ia adalah pendiri sekaligus komandan Tentera Merah. Dia memimpin perjuangan melawan birokratisasi Stalin yang membuatnya diusir dari bumi Soviet. Sebagai pendiri Internasional Keempat, dia terus mengobarkan semangat buruh dan kaum tertindas untuk bersatu melawan kapitalisme dan membangun masyarakat sosialis.

Kata arwah Hugo Chavev, iaitu bekas Presiden Venezuela, saya mengikuti garis Trotsky – Revolusi Permanen –

Li Fu Jen, salah seorang pendiri Liga Komunis di China mengatakan ‘tulisan Trotsky tentang Revolusi Permanen merupakan sumber teoritis strategi revolusi proletar dan bacaan wajib bagi sesiapa sahaja yang ingin memimpin kelas buruh dalam perjuangan mewujudkan sosialisme, apakah di Negara – Negara kapitalis Barat maupun di Negara – Negara terbelakang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

Usrah yang melalaikan -Kritik pada buku Berfikir Tentang Pemikiran- (BHG 2)

Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali! (Fathi Aris Omar, dalam esei di Bawah Mendung Usrah). Buku SAF ini seperti disebutkan sebelum ini sangat tepu nilai keusrahannya. Boleh dikatakan aku agak kecewa juga membaca 100 ms pertamanya. Aku tak rasa ini yang aku nak dengar atau nak baca dari mahasiswa anak Melayu-Islam yang belajar di bandar Lenin (Leningrad). Jika sekadar hendak berusrah-usrah, di Malaysia sudah bersepah. Tak perlu belajar sejauh itu. Atau jika sekadar hendak membaca tentang Al-Banna, Qutb atau Maududi, di Malaysia juga ada, banyak dan semak. Begitu juga jika hendak mendengar ceramah Maza, buka sahaja Youtube. Mungkinkah mahasiswa-mahasiswa Melayu-Islam Malaysia, kebanyakannya apabila berad...

MENGENAL DIRI TOK KENALI

((Sdr. Huzaifah Shaharuddin)) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". ( Al-A'raaf 7:172 ) Maafkan aku Tuhan kerana aku terleka dan lalai. Sudah terlalu lama aku terkhayal sehingga terlupa dengan janji. Aku lupa, benar-benar lupa. Sudah tiba masa untuk bangkit, melangkah untuk meneruskan perjalanan. Kehidupan ini seumpama berjalan di atas titian. Bermula dengan kelahiran dan penamatnya adalah kematian. Sewaktu berjalan menuju penamat hayat ini, ada banyak hentian-hentian yang memukau dan mele...