BUKU HIJAU GADDAFI


Muammar Al Qadhafi (ejaan di buku ini, sekiranya di banyak tempat lain selalunya dieja sebagai Gaddafi, dan Gaddafi merupakan anak seorang Menteri di Malaysia yang menjadi peserta sebuah rancangan hiburan, Akademi Fantasia dengan nama timangan Dafi)

Buku Hijau (atau Kitab Akhdar dalam bahasa Arab) buku ini di Malaysia diterbitkan oleh –sepertimana yang tertera di halaman bukunya- BIRO RAKYAT JAMAHIRIYA RAKYAT SOSIALIS ARAB LIBYA yang dicetak oleh Percetakan Pudu Sdn Bhd

Bahagian Pertama
Penyelesaian Masalah
Demokrasi
‘Kekuasaan Rakyat’

Bahagian Kedua
Penyelesaian Masalah
Ekonomi
‘Sosialisme’

Bahagian Ketiga
Sudut Sosial
Bagi Teori Dunia Ketiga

Tulis Gaddafi, ‘Alat pemerintahan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat manusia.

‘pertikaian dalam keluarga selalunya berpunca dari masalah ini. Ianya menjadi begitu penting setelah terbentuknya masyarakat – masyarakat moden.

‘semua bangsa sekarang ini, kata Gaddafi ‘menghadapi masalah yang berlarutan ini dan masyarakat mengalami berbagai – bagai bahaya dan kesan yang timbul darinya. Sehingga ini mereka belum lagi berjaya menyelesaikannya buat selama – lamanya dan secara demokrasi.


‘buku Hijau ini kata Gaddafi mengemukakan penyelesaian terakhir secara teori bagi masalah alat pemerintahan ini.’

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN “MANUSIA TIDAK MEMILIKI DAN TIDAK DIMILIKI”

Review Buku : Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, karangan Za’ba.

Anwar Ibrahim Berpesan Buat Generasi Muda Islam