Langkau ke kandungan utama

WELCOME TO MALYNASIA


Welcome to Malynasia merupakan sebuah novelet yang dikarang oleh tujuh orang penulis. Gabungan penulisan sebegini adalah satu langkah eksprimental kombinasi ini membolehkan cetusan  idea yang sangat unik.

Apabila sesebuah cereka yang dikarang dalam bentuk penggabungan  ia memerlukan komitmen  yang tinggi.  Percambahan idea dan pemikiran yang berbeza  akan menyebabkan percanggahan jalan cerita. Ini akan menyebabkan tema besar dalam sesebuah cereka ditenggelami dengan subplot yang terlalu banyak. Kebanjiran subplot akan mengelirukan pembaca kerana panduan narasi yang membawa pembaca kepada plot utama telah dipesongkan oleh plot ranting.

Novelet yang terbahagi kepada 10 bab dan sebuah Konklusi yang terdiri daripada 66 halaman. Memaparkan perjalanan cerita yang bergerak pantas serta adegan yang dilukiskan dapat mengikat pembaca untuk mengakhiri naskah ini.

Mari kita susuri ringkasan perjalanan cereka tujuh penulis  ini, Welcome to Malynasia mengisahkan tentang kemusnahan sebuah negara akibat projek mega Lynas Corporation, ia merupakan kilang pengeluaran  nadir bumi. Watak utama Adenan Muir merupakan egen pemantau pihak Kompeni untuk membangunkan kembali Malynasia.

Sebaik sahaja sampai di Malynasia teksi yang dinaiki oleh Adenan dan isteri telah di serang oleh pihak Nazi yang di ketuai oleh Adolph  Aliph. Dalam serangan itu Adenan Muir dan isterinya Muna telah diselamatakan oleh pasukan Soladaritas.

Sewaktu di markas pasukan Solidaritas telah diserang oleh puak manusisa. Puak ini adalah mangsa radiasi. Kesan dari operasi kilang  membuatkan puak manusisa memiliki kekuatan  yang luar biasa,  tetapi rupa mereka tidak  seperti manusia normal.

Puak manusisa yang diketuai  oleh Markus menyerang markas  tersebut kerana ingin  mendapatkan orang mereka yang sedang diujikaji oleh Buyamin ketua yang menubuhkan Soladaritas. Adenan Muir menawarkan dirinya untuk berunding dengan puak manusisa.

Setelah perundingan dibuat Adenan Muir dan isterinya dijadikan tawanan. Dia dia bawa ke Quantwon.  Sebaik sahaja tiba di sana Adenan Muir diperkenalkan dengan kumpulan yang di gelar Forradalom. Mereka merupakan sainstis dan pecinta alam yang  terselamat dari bahana kilang nuklear tersebut.

Kumpulan Soladaritas telah menghasilkan vaksin yang dapat memulihkan mutasi kaum puak manusisa. Namun vaksin  tersebut hanya dapat memulihkan beberapa peratus sahaja. Kesan vaksin  tersebut juga akan mengurangkan kekuatan  yang sedia  ada puak manusisa. Oleh itu  Thom mengambil  keputusan  untuk  tidak mengambil vaksin  tersebut. Ini kerana dia berasa bimbang akan keselamatan dirinya dan  puak manusisa.

Kumpulan Nazi telah menyerang Quantown secara besar-besaran. Adenan Muir telah bersemuka dengan Adolph Aliph. Pada saat ini barulah Adenan Muir sedar yang Adolph Aliph  itu  adalah abang tirinya yang terpisah  sejak kecil lagi. Adoph Aliph mempelawa Adenan Muir agar menyertai kumpulan  Nazi. Biar pun  begitu pelawaan  tersebut ditolak mentah-mentah oleh Adenan Muir.

Pertempuran  tersebut  telah menyebabkan Markus terkorban. Thom telah menyerang Adolp Aliph dan mengarahkan agar Adenan Muir naik ke trak.

Serangan yang teruk  itu juga telah mengubah Adenan menjadi manusia raksasa. Apabila dia terjatuh di gaung sampah  di mana kawasan  itu mengalami radiasi tahap bahaya.

Peperangan antara kumpulan masih berlaku tanpa kesudahan. Hal ini kerana masing-masing menjaga kepentingan diri dan ketamakkan  yang membelenggu diri. Begitulah secara ringkasnya jalan cerita yang dipaparkan  dalam novelet Welcome to Malynasia.
          

Apa yang boleh kita garapkan di sini adalah perperangan  hanya membawa kemusahan semata-mata. Kaedah yang digunakan melalui isu perperangan ini boleh juga di jadikan simbolik kepada isu semasa yang berlaku sekarang  ini.

Dalam  naskah Welcome to Malynasia  telah memdedahkan beberapa  kelompok yang mengalami delema tersendiri. Kelompok pertama ialah Kompeni iaitu sebuah organisasi mega yang menjalankan projek mega nuklear. Keduanya kumpulan Nazi yang mengaut keuntungan melalui penindasan. Ketiga kumpulan yang perusaha memberi bantuan kepada orang tertindas iaitu kumpulan Solidaritas. Keempat kumpulan yang tertindas iaitu puak mamusisa. Kelima kumpualan yang digelar Forradalom merupakan saintis tua dan pasukan pecinta alam yang terselamat dari bahana nuklear.

Lima kelompok yang dinyatakan tadi hanya tiga sahaja penggerak  utama dalam naskah  ini. Biarpun  begitu matlamat utama kelompok-kelompok  ini kurang  jelas dan tidak dinyatakan secara terperinci. Terutamanya kumpulan Nazi yang di lebel sebagai pengganas.


Apa itu Nazi?

Pada September 1919 sebuah parti baru  telah ditubuhkan di Jerman iaitu German Worker Party (GWP) yang diterajui oleh Anton Drexler yang cenderung ke arah revolusi komunis. Pada waktu  itu Adoft Hitler telah dihantar ke minit mesyuarat GWP sebagai perisik oleh kerajaaan Jerman. Oleh kerana misi GWP berteraskan nasionalisme dan anti-semitisme membuatkan dirinya tidak dapat menahan dirinya untuk memberi ucapakan yang berkobar-kobar sehingga Drexler tertarik dengan karisma Hitler berpidato dan menjemput beliau untuk menyertai parti tersebut.

Awalnya keahlian GWP hanyalah 46 orang. Biarpun begitu bakat kepidatoran yang ada  pada Hitler diasah dan dapat menarik ramai orang untuk menyertai parti  tersebut. Beliau juga telah kawan tenteranya Ernst Roehm. Kemasukan Roehm amat bermakna kepada parti yang baru ini, kerana dia mempunyai akses kepada tabung tentera dan wang ini telah disalurkan kepada parti tersebut. Hitler kemudiannya diberi tugas menguruskan jentera propaganda parti pekerja ini dan beliau kemudiannya menukar nama Parti Pekerja German kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) ataupun parti Nazi.

Begitulah serba ringkas pensejarah  tentang Nazi. Apa yang cuba dibangkitkan di sini adalah peranan watak kumpulan  Nazi dalam  naskah Welcome to Malynasia? 

Tanpa peranan atau perincian ia hanya menjadi bahan tempelan yang sia-sia sahaja. Gambaran yang jelas kepada pembaca agar watak yang diterajui oleh Adolph Aliph sebagai antoganis menyerlah. Sebaiknya sebuah bab harus diadakan bagi memperincikan watak Adolph Ali dan mengapa  ia menyertai  gerakkan  Nazi  tersebut.

Kumpulan Soladaritas dan Forradalom adalah merupakan kumpulan watak  sampingan yang membantu perjalanan narasi, watak utama iaitu  Adenan Muir. Sewajarnya pembinaan watak begini harus bertaut hingga pengakhiran bab.

Konflik utama dalam naskah  ini ialah perjuangan puak manusisa. Pertamanya mereka harus mempertahankan diri dari dihapuskan oleh kumpulan Nazi. Jika kita rujuk  kembali sejarah  Kumpulan Nazi memegang ideologi nationalisme-sosialisme dan anti-semitisme. Anti-Semitisme adalah merujuk kepada Anti -Yahudi. Oleh  demikian klonflik harus  dikuatkan mengapa kumpulan Nazi yang diketuai oleh Adolph Aliph begitu membenci puak manusisa. Perincian  begini akan membuatkan pembaca lebih memahami gelodakkan jiwa watak Adolph Aliph.

Pembaca juga mungkin akan tertanya-tanya apakah  peranan watak Chipko yang digambarkan sebagai seoarang lelaki negro yang berkerjasama dengan kumpulan Nazi. Watak ini muncul  dan hilang begitu sahaja. Perkara ini tidak harus berlaku. Setiap watak yang dibina harus ada pengakhiran  yang jelas serta menyusuri perjalan  cerita.

Mari kita membuat sedikit pembandingan naskah Welcome to Malynasia dengan Daerah Beta karya penulis mampan iaitu Azizi Haji Abdullah. Novel Daerah  Beta ini dihasilkan berdasarkan kisar benar yang berlaku pada tahun 1985, di mana operasi kilang Asia Rare Earth (A.R.E) yang menghasilkan sisa radioaktif di kawasan Bukit Merah. Hal ini telah mencetuskan satu pergerakan rakyat yang berlanjutan selama kira-kira satu dekad.

Pada permulaan bab novel Daerah Beta, Azizi Hj Abdullah  telah melukiskan latar dan watak secara terperinci melalui nasari  yang sangat mudah. Watak utama seperti Aslee, May, Woon Ta Ka, Lau Fa Ta, Chong Leek, Murty, Lee Meng, Hew Yoon Tat.

Watak-watak  yang ditimbulkan oleh  beliau mempunyai peranan yang tertentu hingga ke hujung muka surat. Ia tidak diwujudkan dan dihilangkan begitu sahaja.

Novelet Welcome to Malynasia mungkin boleh ditulis semula dengan versi yang lebih mantap. Jika sebelum ini Novelet ini di tulis melalui gabungan tujuh orang penulis. Maka untuk memperbanyakkan versi Welcome to Malynasia, ketujuh-tujuh orang penulis gabungan ini boleh menulis mengikut idealogi tersendiri. Berteraskan konsep intertekstualiti.  


Kesimpulannya disini naskah Welcome to Malaynasia merupakan sebuah naskah novel eksprerimental radikal yang baik. Sesebuah karya eksperimental akan membawa perubahan gaya penulisan dari takuk lama ke takuk yang baru. Ini akan memperbagaikan gaya seni penulisan itu tersendiri terutamanya dalam bidang kesusastraan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan ‘nak tanam di jirat mana?’ Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostic –yang berdiri antara ragu dan tidak- ? atau bertuhan gaya deism –yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? atau bertuhan gaya pantheism –yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu-? Atau bertuhan seperti para mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi –atau semitic religion- seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang Islam? Sebentar. Persoalan

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk