Langkau ke kandungan utama

Hamzah Fansuri: Sisi Gelap Sejarah Kesusasteraan Alam Melayu



Oleh: Tommy Hatcher 
Buku yang diberi tajuk 'Tasawuf yang Tertindas’ ini telah sampai ke tangan saya sebulan yang lalu walaupun merupakan teks kajian kesusasteraan alam Melayu yang saya dapatkan dari distrubutor RepublikBuku yang senantiasa cuba untuk bertahan dengan mendistrubisikan karya karya yang berkualiti tinggi dan diharapkan berilah sedikit sokongan untuk mereka terus bertahan dalam mempertahankan peradaban kesusasteraan kita
Buku ini tidak begitu rumit sebenarnya dan juga agak menyeronokkan dengan pengkisahan serba sedikit sejarah tentang kesufian dan keseniannya lengkap dengan teks asli dan terjemahan, walaupun ketebalannya mencapai 445 m/s kerana hanya ada 7 seksyen termasuk pendahuluan dan latarbelakang seni dan falsafah kesufian secara umumnya dan satu seksyen yang membicarakan riwayat Syeikh al Hamzah Fansuri ini. Riwayat ketokohan Hamzah Fansuri sebagai bapa kesusasteraan alam Melayu juga sangat sulit untuk disusun akibat kurangnya maklumat tentangnya walaupun telah mula dikaji oleh orientalis Barat semula abad ke-17 lagi dan sememangnya kita juga harus berpuas hati dengan usaha dan kajian yang dilakukan oleh mereka yang merasakan punya tanggungjawab kepada tanah air.

Dan ini juga merupakan berbaloi kepada kita apalagi penulis yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya kepada khazanah berharga dalam ketamadunan tanah air kita.
Ada 7 seksyen termasuk pendahuluan dan penutup serta selebihnya merupakan teks dan kajian teks dari karya nukilan berbentuk prosa dan syair dan juga nilai buku ini ditambah pula dengan lampiran teks teks asli karya Hamzah Fansuri yang sangat berharga buat yang tahu nilainya.
Sememangnya mereka ini (tokoh kesufian) bukanlah ahli syair dan penulisan dan penghasilan prosa atau syair ini semata luahan atau ekspresi dari yang berubah bentuk dalam method kesusasteraan, buktinya, kebanyakan mereka tidak menulis sendiri nukilan masing2 tetapi banyak yang disalin kembali oleh pengikut2nya.

Menurut hemat saya kesufian ini juga sebaris dengan tokoh2 revolusioner yang berjuang melalui method kesusasteraan dan ini amatlah disedari:

“Kesusasteraan adalah senjata paling ampuh dalam perjuangan penentangan dan oposisi sepanjang zaman.”

Dalam hal ini saya hanya cuba untuk menguatkan pandangan saya seni perlawanan oleh ahli2 sufi ini terhadap orientasi kekuasaan. Sememangnya kesufian ini merupakan satu bentuk ancaman kepada regim2 kekuasaan yang sering menyalahgunakan kekuasaan demi kepentingan mereka yang punya kepentingan dalam sistem pemerintahan.
Syeikh Hamzah Fansuri ini menerima nasib yang sama dengan tokoh kesufian tanah Jawa, Syeikh Siti Jenar kerana tidak mau ikut mendukung kekuasaan bahkan bersikap menentang dan berseberangan pula dengan orientasi kekuasan.

Kerana keteguhan dan keperibadian mereka, maka mereka menerima nasib seperti dihilangkan dari lipatan pensejarahan oleh pemerintah bahkan dituduh pula sebagai agen kesesatan atau bida'ah walaupun mereka menyumbangkan jasa yang tidak sedikit kepada pembangunan ketamadunan.
Akibat dari kepentingan mereka yang memonopoli kekuasaan menghilangkan sebahagian besar karya2 kesusasteraan penentangan kesufian ini dan amatlah dikesalkan kerana yang berhempas pulas yang cuba menggali kembali artifak yang tak ternilai ini adalah orang-orang dari tanah Eropah yang akhirnya menjajah dan memerintah sebahagian besar tanah Nusantara yang kaya dengan pelbagai khazanah yang berjasa besar kepada dalam pembangunan ketamadunan Barat yang kita nikmati sekarang.

Ternyata kesufian itu bukanlah meninggalkan dunia semata, tetapi ia mendunia dan menggoncangkan dunia!
Dan saya tidak mahu menulis lebih panjang lagi, bagi yang berminat dengan kesufian dan kesusasteraan alam Melayu sila hubungi Republik Buku, Mungkin mereka ada menyimpan karya-karya lain yang revolusioner sebegini.
Akhir kata:


Didalam lubuk ikan, ikan tidak pernah mengetahui dirinya sangat berharga dan hanya ikan yang akan diangkat keluar dari lubuknya! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk