Langkau ke kandungan utama

Jatuhnya Kubu Terakhir Untuk Bermulanya Sebuah Perjuangan: Budaya Penentangan Dalam Kenangan




oleh: Tommy Hatcher
Pada posting yang lepas, saya menampilkan KRU -dalam FB- sebagai antara yang turut mempengaruhi sikap pemberontakan saya ketika di awal usia remaja, kali ini saya ingin berkongsi antara pengaruh pengaruh terawal dalam pembentukan peribadi dan jatidiri ketika melalui zaman kanak kanak.

Di tangan saya, saya baru saja memiliki buku 'Darah Titik di Semantan dan Jatuhnya Kubu di Jeram Ampai setelah 20 tahun saya tidak pernah melihatnya. Abdul Rahman Haji Muhammad atau nama penanya 'Arman Sani' merupakan penulis prolifik untuk novel berdasarkan sejarah pada era awal dan pertengahan 80an.

Naskah yang saya baru dapatkan semula setelah 'kehilangan'nya 27tahun yang lalu iaitu Jatuhnya Kubu Di Jeram Ampai,Perginya Datuk Bahamanku dan Darah Titik di Semantan serta satu karya yang serupa, Sumpah Pulau Tawar memberi semangat kepada saya untuk berkongsi antara bahan yang memberi pengaruh kepada peribadi penentangan dalam diri saya.

Kebanyakan novel sejarah karya Arman Sani ini membawa tema penentangan anak negeri terhadap penjajahan asing yang memperalatkan anak bangsa itu sendiri dalam memadamkan api perjuangan.

Olahan dan garapan novel berdasarkan sejarah ini cukup menarik sekali dengan naratif anak muda yang hidup di tengah-tengah kecamukan api perjuangan menetang penjajahan.

Darah Titik Di Semantan dan juga Jatuhnya Kubu di Jeram Ampai menjadikan plot remaja atau anak muda dalam membangkitkan kesedaran kecintaan kepada tanah air dan kebencian kepada penindasan dan penjajahan.

Walaupun sudah terlalu lama tidak dibaca kembali, tetap menitiskan airmata keharuan terhadap perjuangan anak watan dalam serba kekurangan dan kecurangan dari pihak yang berkepentingan dengan penjajahan walaupun menindas rakyat dan anak bangsanya sendiri.

Novel-novel Arman Sani ini ibarat merentas zaman perjuangan mereka yang tidak suka kepada penjajahan dan penindasan dengan naratif anak muda memang teknik yang cukup subur untuk menyemai benih benih perjuangan terutamanya untuk golongan pemuda agar boleh duduk sejenak memikirkan realiti hari ini seolah-olah tidak jauh berbeza dengan zaman dulu yang senantiasa menuntut perjuangan untuk merubah kebobrokan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita.
Arman Sani, penulis profilik untuk novel remaja sejarah tetap dikenang sampai ke hari ini.Penulis kelahiran negeri Pahang ini sememangnya tepat menulis karya sejarah negeri kelahirannya sendiri dan sememangnya gaya penulisan Arman Sani berjaya meniup semangat perjuangan ke dalam jiwa dan sanubari saya.

Walaubagaimanapun, beliau telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun yang lalu, sehingga ke hari ini saya tidak pernah melihat wajah beliau. Arman Sani terkenal sebagai penulis merendah diri dan kurang mahu dikenali dan beliau juga tidak pernah menyertai mana mana perkumpulan penulis ketika itu,

Alfatihah untuk Arman Sani yang telah pergi dengan meninggalkan legasi yang memberi pengaruh kepada diriku yang hanya mengenali beliau melalui penulisannya sahaja.

ii- Arman Sani memang menginspirasikan semangat pemberontakan dan penentangan dalam diri saya ketika masih di usia kanak-kanak. Walaupun begitu, pada masa itu saya pernah berkongsi dengan teman-teman sepermainan tetapi mereka hanya mengetawakan saya sahaja walaupun saya sudah obses dengan Mat Kilau
ketika ditugaskan oleh sekolah untuk projek Kajian Tempatan Sejarah saya telah memilih tokoh 'Tok Gajah' @Imam Rasu sebagai subjek kajian dan serba sedikit kajian tentang beliau.

Saya masih terkenang, saya pernah menemuramah ketua kampung di Pasir Nering, Kuala Berang, tempat dimana dipercayai jasad Tok Gajah disemadikan dan melawat di makam beliau,Tok Gajah melarikan diri dari Pahang ke Terengganu, sementara selepas kematian Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau meneruskan perjalanan ke Kelantan dan seterusnya ke Negeri Siam.

iii- Mat Kilau menjadi tokoh senyap dan terpendam dalam diri saya sahaja selepas era kanak-kanak kerana tidak banyak orang mempunyai kesedaran politik yang radikal ketika itu, jadi membuat saya sedikit segan untuk berkongsinya.

Mat Kilau sesuai dengan namanya memang berkilauan di sanubari saya, dan beberapa kisah hidup beliau sangatlah menarik, tetapi yang sangat mengujakan dan mengghairahkan, dalam satu kisah beliau dalam buku Jatuhnya Kubu di Jerampai, bagaimana beliau yang hanya seorang diri berbaju hitam dan berselempang merah dan hanya berkeris sahaja mengamuk di 'Rumah Pasong'@balai Polis di Kuala Tembeling membunuh semua polis polis Sikh yang menjaga rumah pasong tersebut. Dan ini sangatlah heroik buat saya yang masih kanak kanak ketika membaca novel ini.

Dan kesannya semenjak itu saya lebih berani untuk berkelahi sebelum beronar dalam keganasan ketika meningkat remaja di sekolah menengah.

Dan sungguh..beliau sememangnya inspirasi saya untuk berani bangun untuk terus menjadi Pemberontak Sejati.

Alfatihah Untuk Almarhum Mat Kilau yang menjadi inspirasi untuk menjadi diri sendiri tanpa terikut-ikut dengan cara orang lain.

Walaubagaimanapun,sebelum saya benar-benar memberontak dengan budaya tanding Rap,Punks, Skinhead dan seterusnya 'Hooliganisme', beberapa tahun sebelum berasimilasi dengan budaya popular musik dan filem, karya Arman Sani inilah menjadi 'budaya Memberontak' ketika di usia kanak-kanak dan mencabar nilai-nilai hegemoni yang didoktrinisasikan kedalam generasi kita
 
Tiada kata yang terindah selain Terima Kasih untuk segala jatidiri dan peribadi yang menentang dengan ideologi tersendiri tanpa menelan bulat-bulat apa yang datang dari 'mereka'

Saya mungkin bukan dari Mereka, Tetapi Dari Mereka Saya Belajar untuk Bangun,
Teguh Berdiri
Dengan Cara dan budaya Kita Sendiri!
Kenali Dirimu, Kenali Musuhmu,
Jangan Ditipu Oleh Pembohongan Di depan Matamu!


Menemani saya untuk posting kali ini,
Green Day, Punk Rock dari Amerika
Dari Album American Idiots dan 21st century Breakdown
1.American Idiots
2.Jesus Of Suburbia
3.Holidays
4.Give Me Novocaine
5.Wake Me Up When September Ends
6.Songs Of The Century/Know Your Enemy
7.21st Century Breakdown
8.21 Guns
9.99 Revolutions
10. I Fought The Law (The Clash cover)
Dan satu lagu lagu terbaru kugiran Punk Rock asal Amerika,
NOFX, Generation Z dari rilisan terbaru mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan ‘nak tanam di jirat mana?’ Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostic –yang berdiri antara ragu dan tidak- ? atau bertuhan gaya deism –yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? atau bertuhan gaya pantheism –yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu-? Atau bertuhan seperti para mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi –atau semitic religion- seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang Islam? Sebentar. Persoalan

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk