“Sepanjang Jalan Kiri Yang Penuh Duri”

“Sepanjang Jalan Kiri Yang Penuh Duri”
(Oleh: Tommy Hatcher)

Jalan Kiri Menuju Syurga oleh Benz Ali
Sebuah Roman Novel Haluan Kiri yang lebih Kiri
Terbitan Merpati Jingga, Cetakan Pertama, Oktober 2016

Segalanya adalah Kiri dari ideologi, Cinta-Benci, opposisi termasuk agamawi, itulah komen kilat dalam pembacaan pantas tidak sampai satu malam terhadap karya idealis dalam bentuk novel-roman, sebuah karya terbaru dari sosok pemikir 'bebas-fikir' yang sempat meraih populariti kilat hasil dari berani kontra tetapi dinamik, progresif dan yang agak memuaskan masih mengekalkan konsentrasi dan stamina sekurang kurangnya untuk tempoh lima tahun kebelakangan ini iaitu saudara Benz Ali yang telah menghasilkan karya dalam pelbagai bentuk dari, 'Antithesis'(santai/ringan), Koleksi Puisi Masturbasi (antologi puisi), Anti-Confirmity (kritik sosial) dan Agama dan Hegemoni Negara: Siapa Cilok Agama?(idealistik/kritikal).

Jalan Kiri Menuju Syurga merupakan kepelbagaian method(gaya/cara) penyampaian yang terbaru dipraktikkan oleh saudara Benz Ali dalam menterjemahkan gaya pemikirannya yang selalu berlawan arus di antara idealisma-idealisma besar yang berperang dan masih berperang dalam usaha untuk lebih dominan.

Saudara Benz Ali yang saya kenali, sememangnya sedang menterjemahkan ideologinya dalam kesemua karya yang dihasilkan dan saya seolah-olah mengenal keperibadiannya melalui tulisan beliau dan ini mengagumkan saya diatas upaya beliau yang mungkin cuba untuk menjadi sebahagian dari sejarah perang pemikiran terutamanya di Malaysia.

Haluan Kiri, sememangnya aliran yang berkecamuk dan saling berkontradiksi antara satu sama lain dengan puluhan bahkan mungkin ratusan sub yang menerapkan aliran yang dinamakan Kiri ini dan sememangnya merumitkan bahkan untuk yang paling asas sekalipun.

Pembacaan teliti saya untuk novel-roman Jalan Kiri Menuju Syurga tidak dapat dibaca sendiri begitu sahaja, untuk menjadikan komentar ini lebih baik, saya membuat rujukan sendiri dengan buku buku asas2 pemikiran dan ideologi terutamanya yang berhaluan Kiri bahkan dalam sebulan ini saja, saya menjadi semakin kerap ke diskusi Kuliah Buku(KUBU) terutamanya yang berkaitan ideologi Kiri.

Untuk kesimpulan sementara, ideologi Kiri bukan mudah untuk dihadam bahkan semakin merumitkan, terutamanya Marxist yang rumit dan kadangkala mengelirukan tetapi sekadar cukup pemahaman paling asas dan itupun kalau dipertanyakan kepada saya, mungkin tidak dapat dijawab oleh saya sendiri. Walaubagaimanapun itu adalah pembelajaran buat saya terus konsisten dengan cara dan gaya pemikiran saya, sekurang2nya untuk tempoh terdekat ini.

Jalan Kiri Menuju Syurga menurut saya kritis ideologi yang paling berat setakat yang saya ketahui dan mungkin menimbulkan persepsi negatif dari aliran Kiri, aktivis sosial dan tidak terkecuali dari aliran agama, Islamisasi khususnya dan ini membayangkan pemikiran penulis buku ini yang sememangnya kritis dalam banyak perkara.

Sinopsis
Jalan Kiri Menuju Syurga yang berketebalan 359 mukasurat dan bersaiz separa poket/senang pegang ini dibahagian kepada Bahagian 1 dan 2 dengan Prolog dan Epilog bersertakan bonus lampiran 2 pamphlet artikel berkaitan dengan terma dan tema novel ini, Haluan Kiri dengan Watak Utamanya, Siti Sarah seorang Gadis Naif yang terperangkap didalam fantasi ideologi dan idealisme dengan konflik diri dan percintaannya dengan suaminya atau bekas suaminya yang tidak dinamakan dengan dibantu oleh watak antogonis, Leon(Marxist) dan komradnya(Dr. Chandra)dan lain lain watak seperti Harun Aminurrasyid(Anarkis Religus) Adie(Agnostik), Alina(aktivis sosial), Abang Sajjad(agamis/islamis), sekadar beberapa watak penting dalam struktur novel roman ini.

Roman ini bermula garang dengan prolog atau intro yang memberahikan untuk terus menyelak helai demi helai pakaian yang membungkus keseluruhan roman ini walaupun roman percintaan bukanlah selera saya buat masa sekarang bahkan kadangkala menjengkelkan tetapi ia tidak menghalang saya menikmati roman ini lebih dari sambil lewa dan saya lebih berhati hati kerana ramai lagi orang yang lebih pintar dari saya dan ini secara tidak langsung mendorong saya lebih belajar dari mengajar dan tidak perasan bagus dalam semua perkara.

Menurut hemat saya, penulis roman ini agak teliti dalam penulisan dan saya juga menikmati novel ini secara berahi terutamanya fakta sejarah yang sekaligus memberi pengetahuan singkat dan mudah memahami bagaimana roman ini bergerak tetapi keintelektualan dari perbincangan ideologi bagi saya sedikit meletihkan dan saya tetap berhati hati menikmatinya supaya tidak menghasilkan komentar yang berkualiti lebih rendah dari komentar-komentar saya sebelum ini dan saiz rekabentuk hurufnya boleh jadi antara faktor yang meletihkan dan membosankan bagi sesetengah orang.

Sedikit keterburuan dalam menghasilkan karya ini menurut penelitian saya ialah 'keterbergantungan' dalam beberapa ciri dan ini termasuk dalam klimaks dari roman ini yang titik akhirnya memilih untuk menjadi tergantung.

Mungkin penulis ada jawapannya dan menurut saya ialah, menjadikan tidak puas adalah kepuasan bagi seorang penulis dan minda bawah sedar bagi audiens yang pasti akan berevolusi dan berasimilasi dalam bentuk baru dan lain itulah kepuasan sebenar bagi pengkarya/seniman dan menurut hemat saya yang berdasarkan tesis pengalaman hidup yang pernah saya lalui yang menurut kata orang, peribadi saya mudah dipengaruhi media audio/visual yang menjadikan ini sinis dari pandangan mata masyarakat terhadap saya.

Keterburuan utama menurut hemat saya, penulis dan redaksi pencetak barangkali terlupa untuk menyisipkan satu halaman untuk isi kandungan.
Dan saya juga terlupa yang sebenarnya, Novel atau Roman, kebiasaannya tiada format sebegitu!

Dan ini adalah dari bukti kurangnya pembacaan dari bentuk novel setelah kritikan keras saya tempoh hari terhadap lambakan novel picisan yang berlagak roman sejati tetapi tidak lebih dari sampah basi.

Jalan Kiri Menuju Syurga, sebuah karya autentik, masterpiece sekaligus avantgarde untuk era akhir dekad 2010an adalah jawapan telak buat novel roman picisan yang melambak di pasaran dan buat saya ini adalah 'Roman Teragung' sebelum 2020 dan yang paling layak untuk lawannya sepanjang pengetahuan saya untuk dalam Malaysia ialah 
Pengarang Faisal Tehrani, yang mana tiada pernah saya baca karyanya sehingga kini!

Sangat direkomedasi untuk yang mencari kelainan dalam gaya tipikal dan biasa biasa yang fenomenal buat waktu sekarang di Malaysia dan tidak sesuai buat yang pemikiran tidak terbuka dan buat yang suka Romantik tapi Berat bolehlah mencuba resepi terbaru dan tergila dari penulisnya, saudara Benz Ali yang komited dan konsisten dengan idealisme beliau setakat ini.

Sekian untuk komentar kedua selepas komentar Pertama yang tidak diluluskan terbitannya kerana unsur kekejaman Dan Kekeliruan yang tidak sesuai untuk Generasi 'Z' (baca: Zero) di tanah air kita yang dinamakan Malaysia ini.

Antara buku yang menjadi rujukan untuk komentar Jalan Kiri Menuju Syurga:
1.Perkembangan Pemikiran Filsafat dari Klasik ke Moden
(Dr.M.Solihin)
2.Tjokroaminoto Untuk Pemula(RepublikBuku)
3.Islam dan OKU(Saudara Rosli Ibrahim)
4.Kuliah Belok Kiri(zine oleh Chon Kai)
5.Jalan Gila Menuju Tuhan(Yudhi AW)
6.Dari Kanan Islam Hingga Kiri Islam(Ahmad Suhaimi,MA)
7.Syekh Siti Jenar, Sang Pemberontak(Wahyu HR)
8.HAJI(Dr. Ali Syariati)
9.Ali Syari'ati Untuk Pemula(RepublikBuku)


Runut Bunyi khas untuk komentar ini:
Pertama kali dari kugiran punk rock Tempatan haluan kiri gaya Nusantara,
Dum Dum Tak(Malaysia)
Marjinal(Indonesia)
1.Turun Najib Turun(Dum Dum Tak)
2.Bebaskan (Marjinal)
3.Merdekah Kita?(Dum dum Tak)
4.Kaum Pekerja(Marjinal)
5.Pergi Mampus(Dum Dum Tak)
6.Cinta Pembodohan(Marjinal)
7.Pergi Jahanam Kau(Dum Dum Tak)
8.Sekolah Gratis(Percuma)(Marjinal
9.Hantu(Dum Dum Tak)
10.Wakil Rakyat(Marjinal)
11.Buruh Tani(Dum Dum Tak)
12.Negeri Ngeri(Marjinal)
13.Hentikan Penindasan(Dum Dum Tak)
14.Partai(K) (Marjinal)
15.Kisah Politikus(Dum Dum Tak)
16.Rumah Sakit(Marjinal)
17.Punk In Love(Sekali Berarti)(Marjinal)
18.Internasionale(komunis anthem)(Dum Dum Tak)
19.Tak Peduli(Marjinal)
20.Punk Dah Mati(Dum Dum Tak)

Comments

  1. Ya betul karya ini lain daripada yang lain. Berat dari segi terma idealisme yang digunakan, tak ketinggalan perbincangan panjang yang dihurai dalam perkataan.

    Mungkin satu sudut kekecewaan peribadi ialah karya ini banyak perbincangan tetapi kurang tindakan. Menjadikan ceritanya berputar dalam roda perbincangan dan penghujahan. Mungkin tindakan yang terlihat adalah pada babak berahi, mengeluh dan berbunuhan di akhir cerita.

    ReplyDelete
  2. Ya betul karya ini lain daripada yang lain. Berat dari segi terma idealisme yang digunakan, tak ketinggalan perbincangan panjang yang dihurai dalam perkataan.

    Mungkin satu sudut kekecewaan peribadi ialah karya ini banyak perbincangan tetapi kurang tindakan. Menjadikan ceritanya berputar dalam roda perbincangan dan penghujahan. Mungkin tindakan yang terlihat adalah pada babak berahi, mengeluh dan berbunuhan di akhir cerita.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGENALAN “MANUSIA TIDAK MEMILIKI DAN TIDAK DIMILIKI”

Review Buku : Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, karangan Za’ba.

Anwar Ibrahim Berpesan Buat Generasi Muda Islam