Langkau ke kandungan utama

Tjokroaminoto Untuk Pemula: Dari Satu Pemikiran kepada Banyak Tindakan



Oleh: Tommy Hatcher 

Tjokroaminoto Untuk Pemula: Dari Satu Pemikiran Kepada Banyak Tindakan
(baca: Cokrominoto) siri sejarah terbitan distributor Republik Buku.

Saya diminta oleh sidang redaksi distributor, 'RepublikBuku' untuk berkomentar untuk keluaran terbaru dari Republik Buku dalam Serial 'Siri Pemula'nya yang bermula dengan figur Sosialis Iran, Ali Syaria'ti dan tokoh pembebasan kulit hitam Amerika Syarikat Malcolm X yang telah dikomentar sebelum ini. Pemilihan figur yang berlainan tapi sefikrah juga merupakan strategi dari sidang redaksi dalam usahanya untuk mengangkat watak yang berbeza tapi mempunyai pemikiran yang 'sekepala'.

Haji Omar Saeid Tjokrominoto yang merupakan figur pilihan untuk serial Pemula kali ini secara jujur lansung saya tidak kenali berbanding tokoh ternama terutamanya dari republik Indonesia yang lain. Kepayahan 'mengeja' nama figur ini juga menjadikan antara sebab saya kurang berminat dengannya.

Program diskusi di 'KUBU' sebulan lalu secara jujurnya lagi adalah kali pertama perkenalan dengan figur hebat yang terkenal dengan jolokan:
Guru para Pendiri Bangsa dan Raja Jawa tanpa Mahkota

Tidak berminatnya saya kepada sosok legendari yang diakui oleh tokoh tokoh terkenal dalam pembinaan bangsa NKRI dari Soekarno kepada Hamka hingga Tan Malaka sangat memeranjatkan dengan penghargaan yang amat sangat kepada Cokroaminoto sehinggalah menyelak helai demi helai Tjokroaminoto:Untuk Pemula yang bermuka surat sampai 200 muka surat ini ternyata sosok ini bukanlah main main.

Bahkan tokoh bernama Tjokroaminoto ini sempat mendapat pemantauan serius dari kolonial Belanda ketika itu dan kebijaksanaan Legenda ini menyusun gerakan yang saya nilai sebagai sangat terurus dan juga mengujakan bagaimana figur ini menangani gerakan yang bermula dari pemikiran melawannya.

Buku Tjokroaminoto Untuk Pemula ini, saya kira adalah yang pertama di Malaysia ini, yang serius bukan main main, bukan sambil lewa walaupun dengan susun atur yang minimalis sesuai dengan konsep buku poket dan boleh juga dijadikan rujukan secara ringkas.

Bicara lewat malam kelmarin juga dengan distributor RepublikBuku membincangkan banyak buah fikiran dan antara yang saya puji adalah progresifnya penerbitan dengan kualiti material bukunya adalah sangat berpuas hati. Dengan susun atur dan kualiti material yang berganjak dari serial pertamanya Ali Syari’ati dan Malcolm X untuk yang kedua.

Apalagi pertama kali saya menerima usaha penerbitannya ialah buku bertajuk 'Khomeini' yang sangat daif dari segi penerbitannya yang beliau (republikbuku) menerbitkan buku yang dikenali dengan istilah 'copyleft'.

Ternyata ilmu pengetahuan yang sebenar tidak mampu dipikul oleh lambakan sarjana upahan dari menara gading raksasa bahkan terpaksa dipikul pula oleh sarjana jalanan yang 'terkandas belajar'.

Disini saya juga berterima kasih kepada Republik Buku yang memperkenalkan figur hebat ini lewat diskusi kelmarin.

Walaupun secara secara jujur saya tidak berminat lansung dengan tokoh legendaris Bangsa Indonesia ini tetapi faktor keberahian saya kepada 'Sejarah/History ini menjadi sebab untuk saya untuk, paling tidak, mengenali dengan sosok yang bernama Haji Omar Saeid Tjokroaminoto.

Untuk membaca siri Pemula ini saya alas dengan audio lagu Dangdut Koplo Indonesia terutamanya dari genre dangdut Campursari dalam mengimajinasikan latar belakang dari zaman Tjokroaminoto ini. Secara peribadi saya agak teruja dengan latarbelakang zaman di Indonesia ketika itu yang tampaknya seperti negara industri yang maju berbanding Malaysia yang saya kira masih lagi tanah pertanian sara diri.

Berdasarkan gambaran kota Surabaya dan Semarang atau Surakarta yang mempunyai sistem transportasi terutamanya kereta api dan kepadatan populasi yang boleh dikatakan 'bandaraya' atau City.

Hiruk pikuknya bandaraya ini juga boleh dilihat isinya buku Pemula ini yang membicarakan pelbagai konflik dalam perjuangan kemerdekaan Nasional sebagai pedoman buat generasi akan datang.

Buku ini juga boleh juga dikatakan rumit kepada mereka yang kurang pendedahan kepada terma Sosialisme dan Komunisme kerana Cokroaminoto ini menurut hemat saya bukanlah seorang Sosialis walaupun wataknya seakan2 Sosialis sejati apalagi Cokroaminoto juga menerbitkan buku yang bertajuk Islam dan Sosialisme tetapi tidak boleh ditempelkan sebarangan kepada pemikir legendaris ini.

Tetapi kepada mereka yang condong kepada Sosialisme terutama haluan kiri, buku ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dengan menelusuri akar dan asal usul faham Sosialisme di ranah Nusantara yang menampilkan juga pemain pemain utama haluan kiri di Indonesia ketika itu.

Seperti Sneevliet, Musso, Semaoen,Tan Malaka dan yang lucu menurut hemat saya ialah figur yang bernama Haji Misbach yang dikenali dengan Haji Komunis yang menerbitkan pula penulisannya yang bertajuk Islam dan Komunisme dan lebih jauh lagi Haji Misbach ini dipetik sebagai berkata:

'Orang yang mengaku dirinya Islam tetapi tidak setuju adanya Komunisme, saya berani mengatakan ia bukan Islam yang sejati'

Memang berani dan pertama kali juga saya mendengar istilah Haji Komunis dan Haji Revolusioner tetapi bagi saya seperti janggal pula maka saya kira ianya melucukan saya juga.

..dan saya habiskan buku Tjokroaminoto Untuk Pemula ini dengan Dangdut Koplo dan CampurSari yang asyiknya tak kalah dengan musik Punk Rock yang menjadi makanan harian saya. Termangu-mangu juga saya.... apa sudah jadi dengan tesis Koplo yang sampai sekarang 'masih' dalam pembinaan....

Akhir kata buat semua:

Berjuanglah dengan penuh perasaan bukan berjuang dengan perasaan,
cermatilah kata ini sebagai pedoman dan peringatan juga buat saya dalam zaman yang semakin suram dan kelam ini.

Ulasan

  1. Macam mana nak dapatkan buku ni?? Ada jual lagi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, masih. nak ke?
      boleh cari kami di FB REPUBLIKBUKU atau contact num ini, 011-277 39202

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan ‘nak tanam di jirat mana?’ Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostic –yang berdiri antara ragu dan tidak- ? atau bertuhan gaya deism –yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? atau bertuhan gaya pantheism –yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu-? Atau bertuhan seperti para mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi –atau semitic religion- seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang Islam? Sebentar. Persoalan

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk