Langkau ke kandungan utama

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

 


Oleh: Amirrul Zaki

Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini. 

Sedikit fakta menarik tentang buku ini.

Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi. Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah.

Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan. 

Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk mengaburi pemerintah terhadap ilmu falsafah. Dalam buku Hayy Bin Yaqdzon jelas penekanan ilmu perubatan dan falsafah diserapkan.


Sinopsis.

Kelahiran Hayy Bin Yaqdzon ada dua pendapat.

Yang pertama, ayah Hayy bernikah adik perempuan Maharaja namun tidak mendapat restu. Ketika ibu Hayy melahirkannya mendapat ancaman. Kerana bimbang dari ancaman, ibu Hayy meletakkan di dalam peti lalu dihanyutkan ke laut dan terdampar pesisiran pantai wak-wak. Secara kebetulan seekor ibu rusa yang baru saja kematian anaknya melihat Hayy menangis kehausan. Sang rusa itu kasihan terhadap Hayy lalu menjaganya. 

Yang kedua, Hayy lahir secara alami di pulau wak-wak. Bermula dari segumpal tanah liat didalam tanah sehingga menjadi bentuk. Timbullah Hayy dari tanah lalu ditiupkan Ruh Tuhan itu sendiri. Secara kebetulan seekor rusa yang baru kematian anaknya melihat Hayy sedang menangis kehausan. Penuh rasa cinta didalam kalbunya terhadap Hayy menjaga seperti seekor anak rusa. 

Ada tujuh fasa kehidupan Hayy Bin Yadzon.

Fasa pertama bermula dengan pengasuhan, perjagaan, serta perlindungan dari seekor rusa hingga Hayy berusia 7 tahun. Usia ini Hayy menyedari ia manusia dan berbeza dengan binatang. Hayy sudah mengetahui ilmu hitung. 

Fasa kedua ketika kematian induknya. Hayy hairan apa yang menyebabkan kematian itu? Hayy membedah tubuh badan rusa itu. Kesimpulannya Hayy, keutuhanan jasad tidak akan menjamin jasad itu gerak. Ada sesuatu yang bersemayam di balik jasad ia hidup. Bukan jasad yang sihat ia bergerak tetapi ada yang bersemayan. 

Fasa ketiga Hayy menemukan api serta fungsinya. Dari api itulah Hayy menemui Ruh Hayani (ruh Tuhan yang hidup).

Fasa keempat Hayy mengenai pelbagai pelbagai ilmu seperti alam kaun (penciptaan) dan alam jasad (jiwa). Ia juga mengenai eksis, eksistensi dan substansi sesuatu bentuk. 

Fasa kelima Hayy memerhatikan benda-benda dilangit. Menurutnya, planet-planet adalah benda tak terhingga (mutanahin). Ia bertanyakan adakah alam ini qodim (lama) atau hadis (baru)?

Fasa keenam ini Hayy berusia 35 tahun dan kematangan berfikir. Hayy berfikir ruh dan jasad dua perkara yang berbeza. Ruh ada hubungan langsung dengan Penciptanya. Dari memerhatikan alam dibumi dan dilangit, Hayy mengenai sifat-sifat pencipta-Nya. 

Fasa ketujuh Hayy sudah mencapai ke puncak  seperti hulul al-Hallaj. Ia musyahadah (menyaksikan) Al-Wajibul Wujud secara terus-menerus. Hayy merasakan kebahagiaan dan keabadian didalam jiwanya. 

Ketika Hayy Bin Yaqdzon berumur 50 tahun ia berjumpa seorang sufi yang ber-uzlah (mengasingkan diri) untuk mempelajari hakikat agama anuti di pulau Wak-wak. Dari situ Hayy berkenalan dengan sufi bernama Isal. 

Berceritalah Isal tentang agama Islam, kisah para Nabi-nabi dan hakikat Ketuhanan. Begitu juga Hayy menerangkan kepada sufi itu hakikat Ketuhanan yang ia jumpa dengan mengamati binatang, alam dan tumbuhan. Mereka bersependapat apa mereka kongsikan itu tujuannya adalah sama iaitu Tuhan. 

Isal mempelawa Hayy ke satu negeri dimana ada seorang Raja Salman yang cintakan ilmu pasti memberi ruang Hayy berkongsi pengalaman. 

Pergilah Hayy satu negeri tersebut. Raja Salman memberi ruang kepada Hayy berkongsi ilmu pengetahuan. Ternyata penerangan Hayy tidak mudah difaham oleh ramai kerana pengetahuan orang ramai tidak seperti Isal seorang sufi. 

Mengertilah Hayy mengapa para nabi-nabi diutuskan, kitab Al-Quran sebagai rujukan, bahasa kiasan, dan simbol-simbol kepada orang ramai. Setiap pengetahuan manusia ada peringkat untuk mencapai Al-Wajibul Wujud. 


Epistemologi.

Tuhan telah tersirat semenjak awal tapi memerlukan akal fikiran untuk mengetahui-Nya. Pengetahuan tentang Tuhan tidak sekadar pengetahuan empiris (akal) tapi intuisi (batin) yang jernih. 


Akal Dan Wahyu.

Menjadi persoalan dimanakah lebih dahulu, wahyu atau akal? Dua perkara perlu berseiringan tanpa salah satunya tidak mungkin mencapai kebenaran Tuhan. Bagi seorang filosof seperti Ibnu Thufail wahyu sahaja tidak cukup sebagai bahan penelitian tentang Tuhan. Ibnu Thufail perlukan akal untuk mencapai hikmah-hikmah dari Al-Quran. 

Wahyu yang dibawa Nabi tidak sebagaimana ada. Nabi menyampaikan wahyu melalui simbol-simbol, perumpamaan-perumpamaan, metafor-metafor dan gambaran. Dengan itu daya akal diperlukan untuk menafsir apa yang disampaikan oleh Nabi. 


Petikan menarik.

"Sekarang, mari dengarkan kata hatimu. Tetaplah dengan mata batinmu, akan apa yang disyaratkan tersebut engkau menemukan petunjuk yang dapat membawa ke jalan kebenaran. Namun dengan satu syarat; saat ini jangan memintaku untuk menjelaskan pengalaman tersebut secara lisan tentang apa yang aku jelaskan dengan tulisan, kerana kesempatanku untuk menjelaskannya secara lisan sangatlah terbatas; dan aku tak mampu menjelaskan apa yang terlintas dalam benak dengan menggunakan kata-kata."

Ulasan

  1. Woori Casino: Play Online in the UK for Free or for Real Money
    Play online for real money at Woori 우리카지노 Casino. Choose from over 500 games and hundreds dafabet link of exciting online slots 온카지노 ✓ Join the best casino games today.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?