Langkau ke kandungan utama

Esei Buku Malaiur Manikam: Ini Bukan Kitab Veda




TAJUK : Malaiur Manikam: Ini Bukan Kitab Veda
PENULIS: Uthaya Sankar SB
TUKANG REVIEW: Oz Faye

Sebelum menulis esei buku ini, pernah terlintas dalam pemikiran aku membicarakan isu agama sebagai wadah perpaduan ummah di Malaysia dan memperlihatkan budaya dan sosiologi campuran kaum utama terdiri daripada Melayu, India, dan Cina berkait rapat pengenalan asas sesebuah pembentukan idealisme dan falsafah hidup manusia kelak. Pada hari ini, kita dapat melihat kesinambungan agama tak relevan disebabkan tangan ‘kotor’ mengaburi  pemandangan masyarakat terhadap kepelbagaian agama bahkan dijadikan sebagai  teknik pemasaran untuk meraih sesuatu hajat golongan bourjois dilihat sentimen agama mampu memecahbelahkan perpaduan masyarakat telah terbina sekian lama. 

Setiap saat, minit, jam, dan hari, aku sentiasa bertanya pada diriku, ‘mengapa karma kerajaan sentiasa menyalahkan agama sebagai satu penindasan terhadap kaum lain?’ serta ‘apakah ini yang ditingggalkan pihak penjajah untuk menghasilkan baka-baka mereka pada masa akan datang?’.

Ketika aku mencari koleksi buku dalam laman web Dubook Press sambil menghirup udara di luar bangunan. Terlihat satu tajuk buku nukilan Uthaya Sankar SB tentang Malaiur Manikam: Ini Bukan Kitab Veda. Buku ini sangat jelas menceritakan sejarah awal penubuhan agama Hindusme dan Buddha, ciri-ciri agama dalam Hindu dan Buddha, peranan manusia ke arah agama, serta kupasan isu agama di negara ini. Segala berkaitan Hindu dan Buddha saling menyelami kehidupan penganut dan bukan penganut kedua-dua agama ini memberi kebaikan dalam naluri manusia berdasarkan nilai moral yang diturunkan Tuhan kepada  penyampai agama seterusnya kepada para penganut agama dan bukan agama. Pembelajaran dan pengajaran agama bukanlah sesuatu perniagaan yang boleh dipasarkan seperti  produk dan perkhidmatan tetapi menjurus pada konsep kepercayaan pada tuhan yang mencipta  seluruh semesta ini. Tanpa manusia, tanpa haiwan, dan tanpa tumbuhan dunia tidak akan wujud pada masa kini.

Kefahaman terhadap  dua versi agama ini mampu menjadi tarbiah kepada umat dunia berusaha mencari kebenaran tentang agama yang dianuti oleh mereka malahan mampu mengukuhkan perpaduan apabila segala perbincangan atau kupasan berkaitan agama lain juga dapat mengisi ruang kekosongan dalam minda kita. Siddharta Gautama Buddha merupakan penyembar wahyu Buddha kepada para pengikutnya mengikut konsep agama Buddha sewaktu bermimpi di sepohon Pali yang dianggap sebagai tuah kepadanya dipilih sebagai penyampai agama ini di serata dunia dan mengubah tingkah laku manusia dari zaman kegelapan ke zaman pencerahan. Ini juga terdapat pada kepercayaan agama Hindu turut menjadi teras prinsip Tuhan Rama untuk menghapuskan segala amalan kejahatan syaitan supaya tidak menghasut manusia ke arah kejahatan kepada manusia lain.

Isu sensitiviti agama kini semakin mendapat liputan dalam masyarakat di Malaysia sehingga meletusnya perbualan kita. Sensitiviti agama terhadap  Hindu, Buddha, Islam, dan  Kristian telah disalah tafsir oleh para pengiat agama lalu mengakibatkan masyarakat kini keliru kepercayaan agama yang dianuti sejak dilahirkan di muka bumi ini serta tidak melakukan pengkajian dan pembacaan lebih meluas tentang setiap kepercayaan agama dan kekuasaan agama menjadi satu kunci utama cahaya kebenaran. Isu  forum Kristianisasi di UiTM sejak tiga tahun lalu membangkitkan satu fenomena agama yang diterjemah dalam rangka universiti dan terdapat dakwaan mengatakan program ini akan membaptiskan para pelajar di UiTM menjadi penganut agama kristian. Ini menjelaskan bahawa masyarakat kini kurang peka tentang perkembangan institusi agama sebagai perbincangan meluas di peringkat nasional serta tiada dialog terbuka melalui media massa dan media elektronik terhadap isu ini. Isu ini menyebabkan pelbagai tuduhan melulu daripada badan bukan kerajaan bertopengkan pejuang Melayu mengungkap ‘pencemaran pada kesucian agama Islam di negara ini bahkan orang Melayu sensitif terhadap agama Kristian’.

Agama sebenarnya bukanlah menjadi mainan sesiapa untuk meraih sokongan dalam kerjaya politik atau paksaan kepada sesiapa menganuti sesebuah agama. Agama mengajar manusia menjadi insan yang baik dan berbakti pada alam semesta. Kupasan terhadap agama tidak terhenti sehingga manusia memahami  sifat keagamaan dalam sanubari diri.

Sekian.

Oz Faye
Bukan Nama Sebenar,

Sedang mencari kebenaran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk