Langkau ke kandungan utama

Review buku : Forbidden Lesson in Kabul Guesthouse


book.jpg (253×338)

((SDRI. JULIYANA JUNAIDI))

Buku setebal lebih kurang 280 muka surat ni aku beli di Big Bad Wolf tempoh hari. Harganya cukup murah, Cuma RM3 sahaja. Kebanyakan buku lain yang dijual berharga RM8 namun aku pelik juga kerana buku ni Cuma berharga serendah RM3. Apa-apa pun, yang beruntung aku juga lah kerana dapat spend lebihan wang untuk buku lain. Aku cuma ambil masa selama empat hari untuk habiskan buku ni. Buku ni seakan ada suatu kuasa yang menarik aku untuk terus dan terus membacanya tanpa beralih ke buku lain seperti yang selalu aku lakukan. Mungkin sebab ia adalah berdasarkan pengalaman sendiri penulis tersebut.

Buku ni mengisahkan tentang kisah benar seorang wanita yang bernama Suraya Sadeed. Seorang Afghan-American yang berhempas pulas demi anak-anak Afghanistan. Buku ini bermula dengan kisah percintaan rebel beliau dan suami beliau dan bagaimana kematian suami beliau membolehkan beliau menjadi seorang wanita yang sekuat sekarang ini. Wanita ini mempunyai hanya seorang anak perempuan, dan beliau bernama Maryam. Kisahnya banyak berkisar tentang bagaimana beliau bergelumang dengan Taliban demi menyampaikan bantuan kemanusiaan. Beliau lahir di Kabul tetapi disebabkan isu peperangan, beliau berpindah ke Amerika dan telah dapat kerakyatan dari sana.

Menurut beliau, Taliban ada dua golongan, ada antara mereka yang terlalu rigid dan ada juga yang boleh dibawa berbincang. Tetapi kebanyakan Taliban sangat mengehadkan pergerakan perempuan dan mengongkong kebebasan perempuan. 

Ini dapat dibuktikan dengan pengharaman budak perempuan untuk bersekolah. Suraya mengambil risiko untuk mengajar pelajar perempuan sahaja secara sembunyi. Taliban mengajarkan budak lelaki tentang peperangan, kekerasan dan tiada tolak ansur dengan perempuan.

Malahan, ketika Suraya cuba mencari buku-buku di sekitar Afghanistan untuk diajarkan, beliau tidak medapati sebarang buku kecuali semuanya berkait dengan peperangan dan kekerasan.

Momen paling ngeri dalam catatan beliau ini adalah apabila beliau menceritakan tentang badan-badan yang bergelimpangan dengan darah. Kepala dan anggota badan lain bertebaran akibat perbuatan terkutuk Taliban.

Taliban berasal daripada Talib iaitu bermakna pelajar. Dan menurut Taliban, mereka adalah pelajar daripada Al-Quran. Masalah yang terbesar bagi pendapat aku adalah apabila mereka ini mentafsir Al-Quran secara literal dan tanpa mengambil kira keadaan, masa dan waktu sesuatu tempat. Itu juga yang berlaku kepada umat Islam seluruh dunia sekarang ini. Terlalu suka mentafsirkan ayat Al-Quran dan Hadith dengan jalan yang salah sekaligus menyebabkan berlakunya peperangan antara Muslim itu sendiri. Tidak keterlaluan sekiranya kalau aku kata, jika aku adalah seorang non-muslim pada waktu sekarang ini, apabila Muslim datang kepadaku dan mengatakan, Islam adalah agama keamanan‟ aku agak sukar untuk mempercayai mereka.

Lihat sahaja golongan-golongan seperti Isis, Al-Qaeda, Taliban dan sebagainya yang bergaduh demi kuasa tetapi menggunakan nama Islam. Mungkin pada awalnya tujuan mereka semua bagus tetapi pelaksanaan mereka bersifat terburu-buru dan lebih suka melabel orang lain sebagai kafir apabila berlaku percanggahan pendapat dan sebagainya.

Berbalik kepada isi buku ni, tragedi 11 September banyak memberikan kesan kepada Suraya. Suraya beranggapan bahawa segala kerja-kerja beliau di Afghanistan seperti pembukaan 3 buah klinik sudah berakhir kerana peristiwa 11 September mungkin memberikan kesan yang besar memandangkan Osama bin Laden sudah menetap lama di Afghanistan walaupun sebenarnya beliau berasal daripada Arab Saudi. Tetapi sangkaan Suraya salah, dengan adanya isu 11 September, rakyat Amerika lebih banyak memberikan perhatian kepada rakyat Afghanistan kerana beliau juga faham bagaimana rakyat Afghanistan bertarung dengan golongan Taliban.

Memang tak dinafikan ada juga golongan yang mengkritik dan mengutuk kerja-kerja Suraya tetapi jumlahnya hanya dalam 10%. Dalam 90% lagi menyokong dan banyak menyumbang dari segi kewangan kepada Suraya.

Suraya telah dijemput dalam satu talk show Oprah Winfrey untuk berkongsi kerja-kerja amal yang beliau lakukan untuk rakyat Afghanistan. Pada mulanya beliau mendapat panggilan daripada pejabat Oprah Winfrey, beliau beranggapan yang itu hanyalah satu prank yang dikenakan kepada beliau kerana sebelum itu beliau ada juga menerima panggilan-panggilan prank yang banyak mencaci dan mengutuk beliau dengan kerjaa yang beliau lakukan.

Namun ia sebenarnya memang benar, beliau dijemput ke talk show Oprah Winfrey. Apabila ditanya oleh Oprah tentang apakah satu benda yang Suraya mahu sekali ubah di Afghanistan, Suraya menjawab “Pendidikan”. Ternyata pendidikan adalah sangat penting dan Oprah juga mengakui itu. Di akhir rancangan tersebut, Oprah telah menderma sebanyak 250 Ribu US Dollar untuk HTAC (Help The Afghan Children) yang ditubuhkan oleh Suraya. Dan Suraya telah menggunakan duit itu untuk membina sekolah di Afghanistan.

Suraya ada memberi email sebagai balasan terima kasih kepada setiausaha Oprah Winfrey dan melaporkan apa yang telah HTAC lakukan dengan wang derma tersebut. Apa yang membuatkan Suraya lebih terharu dan terkejut adalah, Oprah sendiri yang telah membalas email tersebut dengan menyumbangkan lagi sebanyak 1 million dollar untuk HTAC. Dan Suraya pula sangat gembira dan mula membayangkan betapa banyak lagi sekolah yang boleh dibina dengan duit tersebut.

Kalau ditanya pendapat aku berkenaan isu ini, aku berpendapat kebaikan mengatasi agama. Mana-mana agama juga mengajarkan kita untuk berbuat baik sesama manusia. Aku teringat kata-kata Syeikh Muhammad Abduh di mana beliau ada mengatakan yang, ‘..Aku pergi ke Barat, aku melihat Islam tanpa Muslim, Aku pergi ke timur, aku melihat Muslim tanpa Islam‟. Kadang-kadang orang Islam sendiri tak mengamalkan apa yang diajar dalam Al-Quran dan Sunnah tetapi orang lain yang atheis dan beragama lain, akhlak mereka lebih terjaga daripada umat Islam sendiri. Kalau lihat di You tube, berapa banyak orang sudah buat sosial eksperimen di negara barat berkenaan Islamophobia dan sebenarnya kebanyakan daripada mereka, termasuklah Yahudi, masih lagi ada

humanity dan menganggap tidak semua orang Islam itu sama seperti pemberontak-pemberontak Islam yang lain. Apa yang mereka mahukan Cuma kedamaian. Tetapi aku sebenarnya dahagakan semacam sosial eksperimen di Malaysia, misalnya ada orang tulis signboard “Hug A Jewish”, apakah agaknya reaksi rakyat Malaysia kita waktu itu?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk