Langkau ke kandungan utama

ATHEIST SEKALI LAGI


((Mohd Hasnul Mohd Sani)) 
Jika membaca dari tajuknya kita pasti beranggapan bahawa novel ini akan menceritakan mengenai golongan atheis dan juga akan merungkai mengenai kewujudan tuhan,asal usul kejadian manusia.Saya sendiri membayangkan perdebatan hangat antara golongan atheis dan theis.Tapi benarlah kata pepatah Inggeris (yang diterjemahkan) Jangan Menilai Buku Dari Kulitnya. Tajuk buku ini tidak mencerminkan apa yang saya jangkakan. Walaupun begitu buku ini juga menarik untuk dibaca.

Buku ini secaranya umumnya adalah sebuah novel cinta yang menggunakan latar belakang agama dan atheis.Pada pendapat saya,terdapat beberapa kritikan-kritikan kepada orang yang beragama Islam secara bertaklid buta dan kritikan ini serupa seperti kritikan Kaum Muda kepada Kaum Tua.Melihatkan kepada tahun penerbitannya (1949) bolehla dikatakan yang buku ini dihasilkan semasa perselisihan antara Kaum Muda dan Kaum Tua sedang berlaku dan buku ini dihasilkan untuk mengkritik Kaum Tua secara halus.

Pada permulaan cerita digambarkan mengenai Hasan dan keluarganya. Ibubapa Hasan adalah pengikut ajaran Tarikat yang mengajarkan zikir-zikir yang Hasan sendiri idak tahu maksudnya tetapi selalu dibaca untuk mengharapkan pahala dan keampunan dari Allah SWT. Ibubapa Hasan juga mengajarkan ajaran Islam yang mengajarkan mengenai pahala dan neraka. Mengenai balasan-balasan yang akan diterima jika kita mengingkari perintah Allah

Situasi semasa novel ini dikarang tidak banyak bezanya dengan zaman sekarang.Anak-anak diajar mengenai hukuman-hukuman oleh Allah jika menginkari perintahNya sedangkan. Sebagai contoh jika berbohong,lidah akan dipotong di akhirat,jika mencuri ,tangan akan dipotong. Kita hanya dimomokkan dengan hukuman-hukuman ,umat Islam masih lagi bertelagah mengenai hukum halal dan halal,bertelagah mengenai samaada menyentuh anjing apakah hukumnya sedangkan asas rukun Islam yang pertama sendiri tidak ditanamkan oleh ibubapa kedalam hati anak-anak mereka. Bilakah ibubapa kita mengajarkan kalimah Syahadah (Aku bersaksi Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah) kepada kita dan pengertiannya? Adakah pengertian syahadah ini hanya diajar semasa ujian PAFA darjah 6. Sejak kecil kita diajar untuk bersolat dan berpuasa tapi ajaran tauhid tidak pernah diajarkan kepada kita. Sedangkan ajaran inilah yang paling utama di dalam Islam.

Selanjutnya kita dapat melihat watak Hasan yang jatuh cinta pada Rukmini tetapi cinta mereka terhalang kerana perbezaan kelas social. Ciri ini adalah perkara yang sering terjadi di zaman buku ini ditulis.Walaupun ajaran Islam diamalkan oleh penduduk kampong yang mengatakan semua manusia adalah sama di sisi Allah tetapi yang membezakan mereka adalah ketakwaan, tetapi perkara ini masih lagi berlaku.

Inilah yang dinamakan Islam diamalkan hanya pada kulitnya. Kita sibuk sembanyang tertonggeng-tongeng tetapi apabila kita dapat menangkap pencuri tabung masjid, kita belasah pencuri yang beragama sama dengan kita tanpa belas kasihan dan membogelkan mereka dan yang memalukan dilakukan oleh ahli Jemaah yang baru lepas bersolat. Agama Islam adalah agama kasih sayang tetapi apa yang ditunjukkan oleh mereka seperti merekalah yang menjual tiket ke syurga dan neraka.

Selanjutnya Hasan yang patah hatinya berpindah kebandar untuk bekerja. Hasan,hasil dari orang Islam yang mengamalkan ajaran Islam pada kulitnya sahaja menempuh zaman hidup dimana kepercayaannya diuji.Hasan yang kebandar adalah Hasan yang bertarikat dan berzikir dari ajaran tarikat.Usai solat dibaca zikir-zikir dalam bahasa Arab yang panjang dengan mengharapkan ketenangan.Selalunya apabila disebut seorang yang bertarikat,digambarkan oleh seorang yang telah mendalami ajaran Islam yang paling tinggi tingkatnya. Di sini Hasan berkenalan dengan Kartini,wanita yang seiras dengan kekasih hatinya.satu sahaja masalah pada Kartini adalah dia seorang ATHEIS. Hasan yang bertarikat membenci Kartini kerana kepercayaannya tetapi kerana cinta buta yang kian menarik Hasan, dia makin hanyut dalam buaian cinta dan makin hilang pedoman dari Islam.Hasan makin hilang pedoman apabila dia berjumpa Rosli, sang atheis tulen yang berdebat dengan Hasan dan ternyata Hasan kalah dalam penghujahannya.

Kita umat Islam sungguh marah bila orang Islam menjadi murtad mengikuti agama lain atau menjadi atheis. Ada yang hafal Al-Quran atau anak ustaz/ustazah tetapi akhirnya meninggalkan Islam semuanya kerana cinta. Bukankah situasi ini masih lagi berlaku sekarang?


Hasan yang sedang kemaruk cinta akhirnya mula meninggalkan agamanya.Tetapi akhirnya dia diserang penyakit TB. Memang benarlah kata orang yang manusia akan kembali pada Tuhannya apabila ditimpa kesaakitan dan penderitaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk