Langkau ke kandungan utama

'HAMBA': DAN KEPERLUAN REKONSTRUKSI SEJARAH




Rekonstruksi bererti pengembalian seperti semula, atau penyusunan kembali, jika merujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia. Menurut sarjana B.N Marbun, rekonstruksi adalah pengembalian sesuatu ke tempatnya yang semula, disusun kembali sebagaimana adanya atau kejadian semula. Ali Mudhofir pergi lebih jauh, dengan menyatakan, Rekonstruksionisme adalah salah satu aliran dalam filsafat pendidikan yang bercirikan radikal. Bagi aliran ini, persoalan - persoalan pendidikan dan kebudayaan perlu dilihat jauh ke depan, dan bila perlu diusahakan terbentuknya tata peradaban yang baharu.

Rekonstruksi bererti membangun atau pengembalian kembali sesuatu berdasarkan kejadian asal, dimana dalam rekonstruksi tersebut memuat nilai - nilai primer ((utama)) yang harus tetap ada dalam aktiviti membangun kembali sesuatu sesuai dengan keadaan asal. Untuk kepentingan pembangunan kembali sesuatu, apakai itu peristiwa, fenomena - fenomena sejarah masa lalu, hingga pada konsepsi pemikiran yang telah dikeluarkan pemikir - pemikir terdahulu, kewajiban para rekonstruktur (penyusun - penyusun) adalah melihat pada segala sisi, agar kemudian sesuatu yang cuba dibangun kembali sesuai dengan keadaan yang sebenarnya dan terhindar pada subjektiviti yang berlebihan, dimana nantinya dapat mengaburkan substance dari sesuatu yang ingin kita bangun tersebut. 


Tetapi sebenarnya agak sulit untuk bersikap objektif, sekurang - kurangnya pasti akan terlekat satu persen kecenderungan kita terhadap sesuatu yang dikaji. Bahkan yang mengatakan bahawa mereka neutral juga sebenarnya adalah berpihak. Mendiamkan diri di saat kezaliman tengah berlangsung, juga sebenarnya berpihak. Justeru, anda di pihak yang mana? Dalam 'rekonstruksi sejarah' ini, anda di pihak yang menang (memerintah), atau yang kalah? 



Menurut Sartono Kartodirdjo, sejarah itu mengandung dua pengertian, iaitu sejarah naratif dan sejarah metodologi. Sejarah naratif adalah cerita. Sejarah naratif dapat dilakukan siapapun, orang yang bukan sejarawan pun dapat melakukannya. Cerita - cerita lisan (oral sources), yang bergerak daripada mulut ke mulut sebagai misal. Sejarah naratif tidak memerlukan teori dan konsep dalam penulisannya. Sementara yang kedua, iaitu sejarah metodology, hanya berlaku di kalangan sejarawan, dan sejarah yang ini memerlukan teori dan konsep dalam penulisannya.



REKONSTRUKSI SEJARAH



Ada defenisi sejarah yang mengatakan bahawa sejarah ialah apakah yang dikerjakan oleh sejarawan. Defenisi ini menegaskan bahawa sejarawan mempunyai kebebasan dalam merekonstruksi. Yang mengikat sejarawan hanyalah fakta sejarah. Sejarawan itu seperti dalang, dia dapat memainkan apa - apa sahaja. Akan tetapi, ia dibatasi oleh wayang dan lakon. Taruhlah wayang sebagai fakta, dan lakon itu sebagai tema yang dipilih oleh sejarawan.



Sejarawan boleh juga dikatakan sebagai arkitek daripada pembangunan dan peristiwa masa lalu. Pekerjaan sejarawan itu sendiri ialah sebagai perekonstruksi peristiwa masa lalu. Rekonstruksi sejarah - sejarah itu dibangun atas dasar fakta - fakta. 



Apakah pula yang direkonstruksi sejarah? 

Ialah apa - apa sahaja yang sudah difikirkan, dikatakan, dikerjakan, dirasakan dan dialami orang. Sejarawan dapat menulis apa - apa sahaja, asal memenuhi syarat untuk disebut Sejarah. Janganlah dibayangkan membangun kembali masa lalu itu untuk kepentingan masa lalu itu sendiri; itu antikuarianisme atau romantisme terpukau pada sejarah kemilau lampau, dan bukan sejarah.

Jadi tidak pelik jika ada pihak yang menganggap bahawa Sejarah Melayu / Sulalatus Salatin cumalah hiburan / dongengan / khayalan orang - orang di istana. Tak pelik jika ada pihak menganggap Sejarah Melayu sebagai satu usaha "untuk mencipta atau memberikan suatu bentuk kekudusan kepada kalangan kerabat dan raja - raja awal Melaka" dengan menggunakan unsur mitos, peristiwa ajaib dan ketokohan luar biasa. 


Janganlah menanggap seseorang itu bebas lepas tanpa keberpihakan. Seperti yang disebut di perenggan atas, neutral juga berpihak. Pasif juga berpihak. Pasif ketika penindasan berlangsung, adalah berpihak kepada penindasan. Diam juga berpihak. Dalam erti kata lain, tiada istilah neutral yang sebenarnya. Maka, Tun Sri Lanang ketika mengarang Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang, berpihak kepada pihak yang mana? Rakyat terhina, atau pihak istana? Abdullah Abdul Kadir, atau lebih dikenali sebagai Munsyi Abdullah, yang mengarang Hikayat Abdullah, apakah beliau sunyi daripada keberpihakan?

Hang Tuah yang menjadi tema utama pengkisahan sejarah itu bukan sepatutnya dipolemikkan benar wujud atau tidak, tetapi watak 'sesetia - setaat' Tuah itu, menghampir kepada apa? Kepada siapakah watak Tuah itu berpihak? Dan Jebat yang direkonstruk oleh Kassim Ahmad, berpihak kepada siapa?


Faisal Tehrani dengan naratif fiksi 1515, boleh dianggap sebagai seorang rekonstruktur bani Melayu moden, dia menampilkan sebuah jungkirbalik sejarah, bahawa bukan Portugis yang menjajah Melaka, sebaliknya anak - anak Melayu, di bawah pimpinan Nyemah Mulya yang datang menakluk Lisbon, Portugis.


Hal ini mengarut jikalau mahu ditinjau dari segi logiknya, tetapi apakah pula logiknya berbangga dengan sejarah yang kalah? Bukankah generasi - generasi yang merdeka itu seharusnya memerdekakan diri mereka dari sejarah - sejarah yang kalah, dan mencipta logik - logik yang baharu? Kemerdekaan yang nihil dari erti perjuangan, perlu dicabar, agar terisi maknanya. Sejarah yang cuma berbangga dengan kekalahan yang memalukan, seharusnya disemak kembali, diconteng, jika perlu dikoyak dan dibakar hangus, agar anak cucu kembali memacu sejarah yang baharu.  

Kerana kita tidak benar - benar hidup di masa lalu, maka kita tidak benar - benar tahu, apakah yang benar - benar berlaku waktu Mat Indera dengan rakan - rakan gerilanya menyerbu Bukit Kepong. Lantas kerana ketidaktahuan itu, kita mahu berpihak kepada siapa? Berpihak kepada penjajah yang menjarah, atau kepada pihak ((pribumi)) yang melawan penjajah? Kepada pribumi ((Left. Adnan & Sarjan Hassan)) yang bersama penjajah, atau pribumi yang menentang penjajah?


Naratif yang telah diconstruct kedalam kepala kita semenjak kita mula menjamah buku - buku teks sejarah sekolah menengah, harus direkonstruksi kembali. Apakah benar itu sejarah kita, atau sejarah, yang disarung ke dalam otak kita, agar kita terus terjajah, dan berbangga dengan sambutan hari - hari penjajahan? Dan orang - orang putih tak pernah ada sambutan hari kemerdekaan, kerana merekalah yang menjajah kita, dan sampai ke hari ini mereka berbangga dengan superiority itu.



'HAMBA' garapan Akiya, adalah antara teks seterusnya yang mempersoal betapa sejarah selama ini hanya mencirikan keistimewaan Melayu, dan memarginalkan kaum lain, khususnya orang - orang asal. Betapa orang - orang asli, yang lebih asal dianaktirikan, tanpa perlu kita menerobos jauh menggunakan mesin masa untuk masuk ke dalam kotak imaginasi Akiya, reality orang - orang asli hari ini pun, menjadi saksi hidup, bahawa hanya orang - orang Melayu sahaja dibenarkan memiliki negara ini.  


Akiya, semestinya mewakili semesta pandangan orang - orang asli iaitu kaumnya sendiri, dan walaupun dia menulis dengan sangat emosional, tetapi seperti yang dikatakan di atas, seseorang itu tidak bebas lepas, walaupun satu peratus, kecenderungan terhadap sesuatu yang diperkatakan. Dan Akiya berhak untuk itu.  Cuma, watak orang - orang Melayu ((Islam)) digambarkan sangat hodoh, jelik, jahat, ganas, feudal di mata Akiya. Tidak mempedulikan soal atau benar dakwaan itu, apakah imej sekesat ini kita di mata orang - orang bukan Islam yang lain?

Dan akhirnya, Birch dibunuh kerana apa sebenarnya? Apakah benar, semua yang menentang British, disebabkan cita - cita murni menentang penjajahan, atau disebabkan kepentingan peribadi yang digugat?


http://www.ukm.my/penerbit/f208-9.htm
 http://mesejabdul.wordpress.com/2008/11/10/ulasan-novel-1515/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sulalatus_Salatin
http://leviyamani.wordpress.com/2013/04/14/pengertian-rekonstruksi/
http://iwanputrakaltim.blogspot.com/2012/09/teori-rekonstruksi-pemikiran.html
 http://serbasejarah.wordpress.com/2008/11/30/sejarah-adalah-rekonstruksi-masa-lalu/
http://mitmutchan.blogspot.com/2013/10/rekonstruksi-itu-bernama-sejarah.html
http://sasananuswantara.wordpress.com/2011/02/22/pelestarian-bukanlah-sikap-antikuarianisme-yang-memandang-masa-lalu-dalam-tinjauan-romantisme-pelestarian-mencakup-pula-di-dalamnya-transformasi-dan-revitalisasi/


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk