Langkau ke kandungan utama

Catatan

OKU: Menurut Perspektif Gerakan Islam

Selain Kuasa, Pemerintahan, Politik, Adakah Terdapat Perbincangan Dalam Kamus Gerakan Islam Tentang OKU? Bung Rosli Ibrahim, membuka naratif Gelap Matanya, dengan syair pujangga Maulana Muhammad Iqbal, Di jalan ini, Berhenti di suatu tempat yang tiada Yang pegun bermakna mati Berjalan bagi yang telah berjalan Berhenti dalam hasrat Suatu ketika akhirnya musnah. Sementara aku lebih tertarik dengan kritikan beliau terhadap gerakan Islam dalam permasalahan tentang OKU. Pada muka surat ke 51, dalam fasal OKU dan Agama, pada tajuk: Agamawan dan OKU, Rosli bertanya, ‘ Tahukah anda bahawa nabi-nabi (A.S.) pernah menjadi OKU; misalnya nabi Ya’kub (buta), Ayub (penyakit ganjil), Musa (kepetahan bicara). Perkara ini (sifat fizikal sebagai OKU) tidak mencederakan peranan mereka sebagai utusan Tuhan. Sebenarnya al-Qur’an memberikan beberapa symbol-simbol tersembunyi mengenai kisah-kisah para nabi yang OKU ini. Namun amat sukar menemukan orang yang mampu memahaminy...

Esei Menjawab Kritikan Wanita Songsang

Oleh: Apis Cuer Ini adalah satu esei untuk menjawab balik kritikan dan respon kepada buku yang dihasilkan oleh penulis buku Wanita Songsang. Sebagai seorang lelaki, rasanya saya juga layak untuk menyatakan pendapat terhadap apa yang mereka katakan di dalam buku tersebut. Menjadi seorang lelaki tidak bermaksud saya tidak faham langsung penderitaan yang dilalui oleh wanita. Dengan terlahirnya saya dari seorang ibu yang penyayang, saya boleh merasai penderitaan yang dialami biarpun berlainan jantina walaupun saya bukan di dalam situasi tersebut kerana saya seorang manusia. Pertama sekali saya mengakui ia adalah usaha yang bagus menghasilkan satu penulisan yang berkontroversi. Ia akan sering menjadi perbualan orang ramai, biarpun yang suka ataupun benci kerana buku ini memberi kritikan ke atas feminis yang ingin mengubah beberapa peraturan agama Islam. Secara tidak langsung terhasillah beberapa pembincangan yang bermanfaat, sekurang-kurangnya bukan borak kosong. Ini tidak berma...

Animal Farm, Sebuah Ulasan!

Tajuk: Animal Farm, George Orwell (1945) Pengulas: IR Ramadhan Buku yang mahu aku ulas kali ini adalah novel Animal Farm(1945) karya George Orwell. Persepsi awal aku pada novel ini yang aku peroleh daripada rakan-rakan facebook adalah mengenai perangai manusia yang berpolitik seperti haiwan, cara pentadbiran mengikut undang-undang rimba, manusia yang diperintah oleh haiwan, namun setelah aku membacanya aku tak dapat dapatan seperti yang kawan-kawanku di facebook nyatakan. Jadi aku tertanya-tanya samada mereka itu benar mengulas usai membacanya atau membaca secara rawak atau membaca tajuk kulit kemudian mengulasnya? Usai membaca novel ini dari kulit ke kulit, aku ingin berkongsi pendapat ku mengenai isu-isu yang dibawa oleh penulis, yang bagiku persis dengan keadaan di Malaysia iaitu isu berkenaan kepimpinan, bagaimana pembodohan rakyat berlaku, bagaimana rakyat yang progressif itu dilayan, undang-undang yang dicabul oleh penguasa dan perwatakan ahli-ahli politik. semua i...

(Malcolm) X Untuk Pemula

                                                               “every saint has as past, and every sinner has a future” (Oscar Wilde) P ada dekad terakhir abad ke-20, Malcolm X menjadi seorang watak yang sangat luar biasa. Generasi-generasi yang lahir selepas Malcolm X masih memperdebatkan warisan spiritualnya. Auranya yang begitu cemerlang hingga sering kali menenggelamkan organisasi yang Malcolm X selamatkan dari kemunduran, tetapi kemudian mati ditinggalkannya: Nation of Islam. Malcolm lahir dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja sebenarnya. Tidak ada apa-apa yang terlalu menakjubkan ketika kelahirannya. Dia seorang bayi kulit Hitam yang biasa ketika dilahirkan. Dia juga menangis seperti bayi-bayi lain yang baru lahir. Ketika kecil, dia juga makan dan minum seperti kanak-kanak lain. Tidak ada mal...

Buku Senja di Djakarta oleh Mochtar Lubis

Pengulas: Apiscuer             Buku ini mengandungi pelbagai kisah hidup di Jakarta. Ianya boleh dikatakan hampir semua golongan yang disentuh. Saya rasa terlalu banyak untuk disebutkan di dalam review ini. Tapi, ceritanya akan dicerita sedikit sahaja agar pembaca boleh bayangkan bagaimana jalan cerita ini. Di dalam setiap bab, ianya mewakili satu bulan. Di dalam satu bulan pula ada beberapa cerita. Bermula dari bulan Mei sampai bulan Januari. Selepas habis cerita untuk satu bulan, akan ada laporan bulanan. Kisah-kisah watak lain diceritakan walaupun tidak ada kaitannya dengan jalan utama cerita ini. Memang agak unik bagaimana penulis ini menyampaikan ceritanya. Saya akan menceritakan beberapa watak yang penting sahaja. Kisah Orang Miskin Dimulakan kisah tentang...