Langkau ke kandungan utama

Animal Farm, Sebuah Ulasan!



Tajuk: Animal Farm, George Orwell (1945)
Pengulas: IR Ramadhan

Buku yang mahu aku ulas kali ini adalah novel Animal Farm(1945) karya George Orwell. Persepsi awal aku pada novel ini yang aku peroleh daripada rakan-rakan facebook adalah mengenai perangai manusia yang berpolitik seperti haiwan, cara pentadbiran mengikut undang-undang rimba, manusia yang diperintah oleh haiwan, namun setelah aku membacanya aku tak dapat dapatan seperti yang kawan-kawanku di facebook nyatakan. Jadi aku tertanya-tanya samada mereka itu benar mengulas usai membacanya atau membaca secara rawak atau membaca tajuk kulit kemudian mengulasnya?

Usai membaca novel ini dari kulit ke kulit, aku ingin berkongsi pendapat ku mengenai isu-isu yang dibawa oleh penulis, yang bagiku persis dengan keadaan di Malaysia iaitu isu berkenaan kepimpinan, bagaimana pembodohan rakyat berlaku, bagaimana rakyat yang progressif itu dilayan, undang-undang yang dicabul oleh penguasa dan perwatakan ahli-ahli politik. semua isu-isu dibawa ke muka pembaca ini oleh binatang sebagai pelakonnya. Dalam novel ini manusia itu adalah punca kepada kejahatan. Jadi apa sahaja perangai manusia yang dibawa oleh binatang adalah bagi mengambarkan kejahatan manusia itu bukan binatang. Apa ada pada binatang? Akal pun tiada.

Sebelum aku terus kepada ulasan kepada isu-isu yang telah aku gariskan aku mahu membawa pembaca kepada kisah sebab-sebab terjadinya episod politik dalam kalangan binatang ini. puncanya daripada Mejar tua, seekor babi tua yang nak mati, dia ini boleh dikatakan sebagai veteran yang bijaksana dan dihormati. Dia mendapat alamat akan berlaku satu pemberontakan dalam kalangan binatang yang bakal mengusir Jones, pemilik ladang asal sebelum bertukar kepada animal farm, dan para binatang akan dipimpin oleh binatang itu sendiri. Dalam amanatnya, dia mengambarkan bahawa situasi binatang yang ditadbir oleh binatang ini lebih baik daripada ketika ditadbir oleh manusia. 

Dialah yang mengatakan bahawa manusia itu punca kejahatan. Dan daripada dialah timbulnya ideologi Animalisme yang menjadi pegangan binatang-binatang di ladang itu dan menjadi pencetus kepada kepimpinan binatang.

Watak pemimpin yang aku kategorikan sebagai pemimpin diktator, dimainkan wataknya oleh Babi. Iya, babi. Babi dalam ini dianggap sebagai binatang yang paling bijak di kalangan binatang-binatang lain. Kerana mereka bijak maka mereka menganggap mereka itu layak memegang tampuk pemerintahan. Dua ekor watak babi dominan dalam ini, iaitu Snowball dan Napoleon. Dua ekor ini adalah pemimpin tertinggi. Semasa kedua-dua ekor ini menjadi pemimpin tertinggi dapat aku katakan pada masa itu sistem pemerintahan mereka mengikut lunas-lunas demokrasi dan kemudian kerana Napoleon gila kuasa Snowball diusir dan sistem demokrasi itu menjadi sistem diktator., akan aku huraikan nanti. Seekor lagi adalah Squealer, yang ini membawa watak sebagai menteri penerangan. Gayanya persis Ahmad Maslan.

Usai diusir Jones daripada ladang, Snowball dan Napoleon mentadbir ladang. Pelbagai pembaharuan dilakukan oleh mereka, seperti menetapkan perlembagaan yang bagi melindungi hak-hak binatang, pendidikan untuk para binatang dan perhimpunan mingguan untuk para binatang membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan binatang-binatang di ladang itu. Ketika ini keputusan-keputusan daripada pentadbir atasan harus melalui binatang-binatang bawahan melalui perhimpunan mingguan. Namun, kerana tamak kuasa, Napoleon mengusir Snowball, dan di sinilah bermulalah episod penindasan yang lebih teruk.

Namun begitu, semasa kedua-duanya, Snowball dan Napoleon, memerintah, korupsi telahpun berlaku. Pada awal mereka memegang tampuk kekuasaan, mereka menjanjikan tiada perbezaan antara binatang dengan binatang lain. Semua binatang adalah sama, kata mereka. Tetapi sedikit demi sedikit berlaku pencabulan hak. Kaum elitis babi diberikan keistimewaan yang lebih berbanding binatang lain. Kata mereka, mereka wajar diberikan keistimewaan itu kerana merekalah yang berhempas-pulas memerah akal untuk memikirkan cara untuk mentadbir animal farm. Kala itu catuan makanan mula berlaku. Stok makanan senantiasa hilang.  Bilamana ada binatang yang menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena, Squealer mula memainkan peranan menjelaskan rasional di sebalik tindakan-tindakan para pemerintah. Seperti Malaysia, di kala para pemimpin kita menindas rakyat dengan kos sara hidup yang naik menggila, akan muncullah menteri-menteri dengan kenyataan bodoh bagi mengelirukan rakyat terhadap isu-isu berkenaan. Dalam novel ini, binatang-binatang yang bodoh seperti kuda mudah termakan dengan propaganda yang dibawa oleh Squealer. Dan binatang-binatang bodoh itu adalah binatang yang tidak pandai membaca. Menggunakan kelebihan inilah mereka semasa di bawah pemerintahan diktator Napoleon untuk meminda perlembagaan.

Snowball semasa mengusulkan idea yang boleh membangunkan ladang iaitu dengan membina kincir angin, idea itu ditentang oleh Napoleon. Snowball seekor babi yang bijak dalam hal-hal merekacipta ini telah mereka sebuah kincir angin dan menerangkan akan kelebihan-kelebihannya kepada para binatang semasa perhimpunan mingguan. Melihat para binatang mula melebihkan sokongan kepada Snowball, Napoleon menggunakan pengawal rahsianya iaitu para anjing untuk menyingkirkan Snowball. Dalam situasi di Malaysia, para polis digunakan oleh pemerintah korup untuk mendiamkan mulut pesaingnya. Berbalik pada Napoleon, sebelum ini dia menentang idea kincir angin itu, namun setelah diusirnya Snowball, idea itu di-hijack olehnya. Dia menggunakan kuasa mutlaknya untuk memaksa para binatang untuk bekerja membina kincir angin dalam keadaan makanan yang dicatu dan para elitis bersukaria.

Tiada yang berani bersuara, kerana bodoh dan kalau tidak bodoh pun, mereka takut kerana Napoleon menggunakan anjing-anjingnya untuk mengugut para binatang yang bersuara. Perhimpunan mingguan dimansuhkan. Segala keputusan tidak lagi diperbincangkan bersama tetapi diputuskan sendiri oleh para elitis babi. Jika ada binatang yang disyaki bersubahat dengan anasir-anasir luar dalam menjatuhkan kepimpinan Napoleon, dia akan membunuhnya menggunakan anjing-anjingnya di hadapan khalayak ramai.

Dalam setiap retoriknya Napoleon menolak kerjasama antara binatang dengan manusia, namun dialah orang yang melakukan perdagangan dengan manusia. Dan Squealer akan menerangkan rasional-rasional di sebalik tindakan ketuanya itu kepada para binatang. Di akhir novel ini, dilihat para elitis babi ini duduk semeja bersama-sama manusia yang pada awalnya dikatakan sebagai punca kejahatan sambil meneguk arak.

Pada bab ke dua novel ini penulisnya telah melampirkan 7 fasal perlembagaan  demi menjaga hak binatang usai Jones diusir. Namun sepanjang episod novel ini, semua 7 fasal itu dilanggar dan diubah. 

Mesej yang aku dapat dekat sini, penguasa akan buat apa sahaja untuk mencapai kepentingan dirinya hatta dia terpaksa menjilat ludahnya sendiri. 7 fasal perlembagaan itu adalah hasilan mereka, tapi kerana mahu mencapai sesuatu maksud yang bertentangan dengan perlembagaan itu  mereka mengubah dengan semborono. Dan jika tidak mengubahnya mereka akan melanggarnya sendiri.

Jika kamu membaca novel ini, keadaan yang diceritakan memang persis dengan Malaysia daripada pemimpinnya yang korup, rakyat yang diperbodohkan, polis yang digunakan tidak lebih untuk mengekalkan kekuasaan mereka, undang-undang yang dicabuli, ahli-ahli politik yang memualkan dan lain-lain lagi. Bacalah novel ini!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk