Langkau ke kandungan utama

Catatan

Resensi Nothing To Envy

Oleh: Endah Iman Bayangkan apa yang diceritakan dalam novel 1984 karya George Orwell adalah benar? Terdapat satu negara yang sanggup berbuat apa saja untuk mengekalkan koloni kekuasaannya? Setiap tindakan dipantau, setiap kegiatan diselidiki dan setiap apa yang kita fikirkan telah diprogram dalam satu sistem. Sistem untuk menyokong kerajaan. Sistem ini  dibuat untuk mengekalkan hegemoni pemerintah pada suatu-suatu masa. Akan ada orang-orang yang sanggup mengintip apa yang kita bualkan dengan keluarga, apa yang kita tonton sehingga kepada apa yang kita catat. Bila kita didapati bersalah, berkata sesuatu yang tidak menguntungkan kerajaan, merit kita akan dipotong. Dendanya kita kena menghabiskan masa mendengar kuliah tentang kenegaraan. Andai kata, apa kita lakukan itu menganggu gugat kerajaan, bersedialah ke kem buruh paksa. Itu yang saya perhatikan dan pelajari dalam buku Barbara Demick “Nothing To Envy”. Tajuknya datang dari propaganda yang mengatakan bahaaa t...

WHAT IS PROPERTY

Penulis: Pierre Joseph Proudhon Terbitan: Open source ‪#‎ ringkasan_nota‬   ‪#‎ what_is_property‬ Buku Proudhon ni boleh di download dalam bentuk *.pdf di  libcom.org , anarchy archieves dan jugak anarchy library. Memang aku ade sikit rasa payah lah baca buku ini seperti jugak mana-mana buku anarchist klasik yang menggunakan bahasa Inggeris klasik. Property yang dimaksudkan oleh Proudhon di sini bukanlah seperti yang golongan neo-classical economy dan liberal faham. Bukan yang seperti kita diajar. Ia adalah pandangan Proudhon sebagai seorang mutual anarchist. Dan ia lebih kepada kritikan ke atas sistem kapitalis yang hanya memberi faedah atau hasil pertanian kepada tuan punya tanah dan bukannya hanya pada pekerja. Buku ni memang penuh dengan kritikan keras beliau ke atas pemilikan property berdasarkan dua konsep: Ketidak adilan pemilik property dan membawa kepada penindasan orang lain semata-mata mahu keuntungan yang berasaskan greed dan profit semata-mata. ...

'Social Roots of the Malay Left'

SOCIAL ROOTS OF THE MALAY LEFT pada 16hb Disember 2014 pukul 8.32 ptg Penulis: Rustam A Sani Terbitan: The Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) 2008 #ringkasannota #socialroots Buku ini sebenarnya adalah hasil daripada kajian peringkat Master of Arts di Fakulti Sains Sosial, Universiti Kent di Canterburry pada 1975. Sedikit sahaja perubahan dilakukan di peringkat akhir penerbitan buku ini. Buku ini terbahagi kepada beberapa tajuk: The Nature of The Malay Left Malaya in the 1930s: Setting for the Roots of Malay Political Development The Kesatuan Melayu Muda (KMM) as the Origin of The Malay Left The Emergebce of The Non-Traditional Elites Melayu Raya: The Nation of Intent Conclusion Buku ini diulas mengikut pandangan penulis Rustam A Sani dan saya hanyalah menulis nota ringkasan dan bukanlah dari pandangan saya ataupun membuat sebarang #ulasbuku mengenai buku ini. Apa yang saya cuba lakukan adalah untuk mengutip seberapa banyak maklumat...

Ulasan buku Raja-Raja Melayu: Kemajuan atau Kemunduran?

((Sdr.  Ashraf Idris )) Krisis perlembagaan yang berlaku sekitar tahun 90an dan rentetan salah laku Raja telah memaksa Syed Husin Ali menulis beberapa artikel berkaitan isu ini. Buku ini merupakan salah sebuah tulisan beliau yang diterbitkan pada tahun 1993 dengan judul Isu Raja dan Pindaan Perlembagaan . Pada tahun itu berlaku kontroversi berkenaan cubaan kerajaan untuk membataskan kuasa raja-raja melayu yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad. Buku ini kemudiannya dikemaskini dalam bahasa inggeris pada tahun 2013 dan diberi judul yang baru iaitu The Malay Rulers: Regression or Reform?   Asal-usul Raja-raja Melayu Syed Husin Ali memulakan tulisan beliau dengan membawa kita kepada sejarah asal usul Raja-raja melayu. Mengikut lagenda seperti yang diriwayatkan dalam Sulalatus Salatin, Raja Melayu yang mula-mula muncul dalam dunia melayu ialah Sri Tri Buana. Menurut legenda, dia muncul daripada muntah seekor lembu. Menurut kepercayaan Hindu, lembu adalah binatang suc...