Langkau ke kandungan utama

IDEOLOGI: Sebuah Memoir Zin Mahmud, Sebuah Ulasan Lucy M



Oleh: Lucy M

Dah habis baca buku memoir Pak Zin berjudul Ideologi. Buku yang hilang itu hari telah ditemui semula. Inilah petanda kebesaran tuhan.

Buku memoir Pak Zin ini menceritakan perjalanannya dalam menukang aliran pemikirannya. Pada usia muda, semangat membaca telah meluap-luap di dalam diri Pak Zin dan mempertemukannya dengan buku-buku ideologikal. Salah satunya ialah sosialisme. Sebaik saja membaca buku itu, serta-merta Pak Zin mengaku dirinya sosialis. Gua tak tipu. Ini tulisan Pak Zin sendiri.

Namun, perjalanan dalam menjadi seorang sosialis bukanlah sehala semata apatah lagi tanpa ranjau dan liku. Di dalam pengamatan Pak Zin terhadap iklim politik dunia pada zamannya itu memperlihatkan aliran sosialis telah pun berpecah kepada pelbagai blok dan arus. Ada yang mengikuti arus China Merah. Ada yang mengikuti arus Rusia. Ada juga yang pro kepada sosialisme tapi memilih untuk berkecuali dari menuruti dua arus besar ini.

Memoir Pak Zin ini, bagi gua antara memori seorang sosialis yang menarik kerana tidak mengikuti sebarang organisasi sosialis sama ada yang bersenjata atau pun yang menyertai pilihan raya. Memoir sosialis, leftist lokal sudah pun diabadikan dalam buku-buku tertentu dan kebanyakan daripadanya, ditulis orang lain dan mengikuti perjuangan bersenjata seperti Rashid Maidin, Kamarulzaman Teh, Samsiah Fakeh, dll. Nama-nama ini terlibat dalam perang gerila dan memilih untuk mengangkat senjata sementara Pak Zin memilih untuk mengangkat pena dan buku. Disebutkan juga nama-nama nasionalis Kiri seperti Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan Kassim Ahmad yang hidup sezaman dengan Pak Zin.

Pengalaman hidup Pak Zin yang mengamati sifat dan sikap kuasa sosialis dalam merespon kepada musuh dan sekutu memberikan kita warna dan serpihan opini dalam perang propaganda dari kacamata orang awam yang tidak mengikuti perjuangan bersenjata.

Namun, walaupun Pak Zin menceritakan yang sosialisme yang diimaninya adalah yang didirikan secara kolektivisme dan tanpa perlu perampasan kuasa- hampir kesemua arus sosialis ketika itu telah pun dan barangkali telah berputus asa dengan cara yang damai ini. Revolusi Budaya yang berlaku di China dan kisah perekrutan ejen soviet juga Khmer Rogue yang melanyak musuh di kawasan mereka mencerminkan, sosialisme- dalam ruang yang lebih besar memerlukan perlawanan yang sebegini. Untuk ruang yang lebih kecil seperti desa dan kampung, kolektivisme dapat dibentuk secara alami kerana mereka ialah kelas yang tidak perlu bergantung kepada kelas sosial yang lain. Mereka menyara diri sendiri dan dengan itu, penghirupan nilai lebihan kerja hampir sama sekali tidak berlaku.

Buku ini membuat hati kita berdetak kerana barangkali membuatkan kita mengenang saat-saat permulaan kita bertemu dengan ideologikal merah ini. Dan sehingga ke hujung bacaan, kita masih akan rasa teruja kerana iman Pak Zin ke atas sosialisme masih bertahan walaupun parti-parti sosialis sudah pun dihentam kiri dan kanan.

Pada usia yang lebih berusia, Pak Zin menemui anarkisme yang bagi gua agak berlawanan dengan keadaan lazim di mana anak muda yang akan menyukai anarkisme dan lambat-laun akan bertukar arah kepada ideologi yang lebih mempunyai aturan atau menunduk terus kepada Establishment.

Memoir Pak Zin adalah sebahagian rakaman sejarah ke atas dunia Kekirian Malaysia. Kita diberi kesempatan untuk pulang ke zaman silam dan melihat bagaimana resahnya Malaysia ketika itu kerana arus Kekirian yang berhempas deras di sekeliling mereka.

Mampukah millenial Kiri Nusantara menggugat oligarkis? Atau pun akhirnya merekalah yang menggantikan posisi oligarkis dengan mendirikan kapitalisme di bawah nama nasionalisasi negara?

Itu persoalan berzaman yang akan dikerjakan setiap generasi Kiri. Selagi mana perbahasan antara kelompok sesama Kiri ini berjalan, selagi itulah obor perlawanan marak dan menyala. Maka, membacalah, menulislah dan bergaduhlah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

Usrah yang melalaikan -Kritik pada buku Berfikir Tentang Pemikiran- (BHG 2)

Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali! (Fathi Aris Omar, dalam esei di Bawah Mendung Usrah). Buku SAF ini seperti disebutkan sebelum ini sangat tepu nilai keusrahannya. Boleh dikatakan aku agak kecewa juga membaca 100 ms pertamanya. Aku tak rasa ini yang aku nak dengar atau nak baca dari mahasiswa anak Melayu-Islam yang belajar di bandar Lenin (Leningrad). Jika sekadar hendak berusrah-usrah, di Malaysia sudah bersepah. Tak perlu belajar sejauh itu. Atau jika sekadar hendak membaca tentang Al-Banna, Qutb atau Maududi, di Malaysia juga ada, banyak dan semak. Begitu juga jika hendak mendengar ceramah Maza, buka sahaja Youtube. Mungkinkah mahasiswa-mahasiswa Melayu-Islam Malaysia, kebanyakannya apabila berad...