Dengan membawa kemuliaan jamaah haji telah kembali.
Mereka bersyukur kepada Allah Yang Pengasih.
Di dalam perjalanan dari Arafat menuju Mekkah,
Dengan takzim mereka mengulangi ucapan ‘Labbaika’.
Ketika menghadapi kekerasan Padang Pasir Hijaz,
Mereka bersukaria kerana telah selamat dari siksa dan api.
Mereka telah menunaikan haji dan telah menyelesaikan umrah.
Kini, dalam keadaan selamat mereka kembali ke tanah air.
Aku menyempatkan diri untuk menyambut kepulangan mereka,
Walau biasanya orang – orang yang seperti aku ini, tidak berbuat demikian.
Tetapi salah seorang diantara para jamaah itu,
Adalah sahabatku yang sejati.
Kepadanya aku bertanya, bagaimanakah ia telah menempuh
Perjalanan yang sangat sulit dan menakutkan itu?
Kepadanya, kukhabarkan, sejak kepergiannya meninggalkan aku sendiri,
Yang kurasakan adalah sesal dan duka – cita semata – mata.
Tetapi kini aku gembira kerana engkau telah menunaikan ibadah haji,
Dan kerana engkaulah satu – satunya haji di negeri kita ini.
Ceritakanlah kepadaku: Bagaimanakah engkau telah menunaikan haji?
Bagaimanakah engkau telah memuliakan Tanah Suci?
Setelah melepas pakaian dan hendak mengenakan ihram,
Di saat – saat hati menggelora itu, apakah ‘niat’ – mu?
Telah engkau tinggalkanlah setiap sesuatu yang harus engkau tinggalkan?
Telah engkau tinggalkankankah setiap sesuatu yang lebih hina daripada Allah Yang Maha Besar?
Tetapi jawabnya: Tidak!
Kepadanya aku bertanya:
Apakah ia telah menyerukan ‘Labbaika’
Dengan pengetahuan yang sempurna dan dengan penuh takzim? Apakah ia telah patuh dengan kepatuhan Ibrahim?
Tetapi jawabnya: Tidak!
Kepadanya aku bertanya:
Ketika berada di Arafat,
Ketika sedemikian hampir kepada Allah Yang Maha Besar,
Sempatkah ia berkenalan dengan Dia?
Tidakkah ia berhasrat untuk mempelajari sedikit pengetahuan?
Tetapi jawabnya: Tidak!
Kepadanya aku bertanya:
Ketika masuk ke dalam Ka’bah
Seperti yang telah dilakukan oleh keluarga ‘Kahf dan Raquim’
Tidakkah dibuangnya sikap mementingkan diri sendiri?
Tidakkah ia takut kepada hukuman akhirat nanti?
Tetapi jawabnya: Tidak!
Kepadanya aku bertanya:
Ketika menembak berhala – berhala,
Tidakkah ia memandang berhala – berhala itu sebagai syaitan?
Dan setelah itu tidakkah ia menghindari kejahatan?
Tetapi jawabnya: Tidak!
Kepadanya aku bertanya:
Ketika berkorban,
Untuk makanan orang – orang yang lapar dan anak – anak yatim,
Bukan Allah – kah yang pertama sekali difikirkannya?
Dan, setelah itu tidakkah ia membunuh ketamakan di dalam dirinya?
Tetapi jawabnya: Tidak!
Kepadanya aku bertanya:
Ketika berdiri di Maqam Ibrahim,
Apakah ia bersandar kepada Allah semata – mata
Dengan hati yang tulus dan keyakinan yang teguh?
Tetapi jawabnya: Tidak!
Kepadanya aku bertanya:
Ketika melakukan thawaf
Mengelilingi Ka’bah,
Tidak ingatkah ia bahwa semua malaikat
Senantiasa thawaf mengelilingi bumi?
Tetapi jawabnya: Tidak!
Kepadanya aku bertanya:
Ketika melakukan Sa’y,
Ketika berlari – lari diantara Shafa dan Marwa,
Tidakkah ia menjadi suci dan bersih?
Tetapi jawabnya: Tidak!
Kepadanya aku bertanya:
Kini, setelah kembali dari Mekkah,
Dan rindu kepada Ka’bah,
Tidakkah akunya terkubur di sana?
Tidakkah ia berhasrat untuk pergi lagi?
Tetapi jawabnya: Tidak!
“Semua yang engkau pertanyakan ini,
Tidak satupun yang kumengerti!”
Maka kepadanya aku berkata:
Wahai sahabat! Sesungguhnya engkau belum menunaikan ibadah haji!
Sesungguhnya engkau belum taat kepada Allah!
Memang engkau telah pergi ke Mekkah untuk mengunjungi Ka’bah! Memang engkau telah menghamburkan wang untuk membeli kekerasan padang pasir!
Jika engkau berniat hendak melakukan ibadah haji sekali lagi,
Berbuatlah seperti yang telah kuajarkan ini!
Jadi, ada apa dengan nihilism?
Ramai yang mengatakan, bahwa Friedrich Nietzsche, adalah seorang pengusung nihilist, tetapi seperti ada kejanggalan, atau sesuatu yang masih belum beres, kerana, jika Nietzsche mengusung nihilist, daripada mana pula datangnya, konsep ubermensch atau Superman (manusia super) dan konsep will to power (kehendak untuk berkuasa)? Ianya seperti kontradiksi, antara semangat untuk hidup, dan kehidupan tanpa makna.
Kita perlu membelek lebih banyak, untuk menekuni pemikiran nihilist Nietzsche,
seorang atheist yang bukan konvensional, supaya kita tidak membuat
kesimpulan yang terburu – buru. Cuma kesimpulan awal (hipotesis) yang
boleh didapatkan tentang Nietzsche, jika benar beliau benar – benar beriman dengan konsep manusia super / ubermensch / Superman, atau will to power, bagaimana boleh dia mati gila? Apakah inilah hujungnya, hayat cerdik pandai Barat?
Tetapi Nietzsche bukanlah orang Barat yang biasa. Dia adalah orang Barat yang luarbiasa, yang Superman.
Tamadun Barat, perbezaan ketara dengan Tamadun Timur ialah cara pandang (worldview).
Ini antara yang utama membezakan antara Tamadun Barat yang kering dan
kontang dari wahyu, sementara Tamadun Timur yang miskin pemikiran.
Nietzsche, seperti disebutkan, bukanlah atheist yang
konvensional, bahkan boleh dikatakan juga beliau berkemungkinan besar,
juga seorang agnostic yang radikal. Kerana defenisi seorang agnostic adalah, bahawa manusia tak sanggup dan tak mampu memperoleh pengetahuan tentang Tuhan.
Sepertimana Thomas Henry Huxley, yang mengatakan bahwa pengetahuan yang positif dan pasti tentang Tuhan tak mungkin diperoleh. Kerana Nietzsche menurut
Santosa, membantah kemungkinan untuk mampu mendapatkan pengetahuan
‘mutlak’, bahkan melalui eksprimen empiris sekalipun. Orang yang sampai
pada pandangan seperti ini, akan menjadi seperti astronot yang melayang
– layang di ruang hampa atau bahkan lebih dari itu, kerana ‘aku’ pun
tidak ada, segalanya menjadi hampa, termasuk diri kita sendiri menjadi
bahagian dari kehampaan itu. Tentu sahaja orang tidak boleh hidup dalam
keadaan seperti ini, yang bahkan tanah yang ia pijak pun dapat
diragukan. Dengan pandangan yang seperti ini, Nietzsche menurut
Santosa, telah sampai pada titik puncak dari upaya filsafat Barat untuk
mendapatkan pengetahuan yang secara ironinya, bahwa tidak ada sesuatu
pun yang dapat ‘diketahui’ secara mutlak dalam erti sebagaimana yang
kita gunakan sehari – hari.
Bagi Nietzsche, sama
ada melalui jalan empirisme atau metafizik, keduanya sama – sama tidak
mampu mendapatkan kebenaran ‘mutlak’ yang diidam – idamkan.
Jadi, kebenaran mutlak, ada atau tidak? Atau kebenaran sudah mati?
Persoalan
ini persoalan yang besar sebenarnya. Apakah kebenaran mutlak itu ada?
Apakah seseorang itu bisa menggapai kebenaran yang mutlak?
Seorang Nietzsche tidak
mempercayai bahawa kebenaran yang mutlak itu ada. Adakah segala rahsia –
rahsia di alam ini, mempunyai jawapannya yang tepat? Sekiranya masih
mempunyai tafsiran, bererti subjektif. Jika namanya subjektif, maka
bererti sekalipun ada kebenaran itu, kebenaran itu tidak bersifat
mutlak, kerana adanya penakwilan demi penakwilan. Kebenaran yang
sesungguhnya, yang dikatakan mutlak itu, adalah kebenaran yang sudah
tidak perlu ditafsir – tafsirkan lagi. Selagi boleh ditafsirkan, selagi
itu tidak boleh dikatakan ianya adalah kebenaran yang mutlak.
Penyangkalan terhadap Sebuah Filsafat yang Hampa
Kita
tidak akan pergi kemana – mana dengan keraguan. Keraguan sahaja, tidak
akan membetikkan apa – apa. Keraguan, seperti dictum Descartes, Cogito Ergo Sum
(aku ragu, maka aku ada) sebenarnya, adalah permulaan kepada pencarian.
Kita memerlukan keraguan – raguan untuk memulakan pencarian. Tetapi
hanya keraguan semata – mata, seseorang itu tidak akan ke mana – mana.
Perajurit akan tewas di medan perang, jika ia ragu – ragu membuat
keputusan.
Lawan terhadap keragu – raguan, ialah
keyakinan. Dan keyakinan mempunyai tujuan. Tulis Ali Syari’ati dalam
permulaan naskhah ‘Haji’, ‘kehidupan di zaman sekarang ini telah tidak
seperti kehidupan yang seharusnya, sehingga merupakan sebuah aksi yang
sia – sia: sebuah gerakan yang tidak bertujuan! Sebuah aksi yang bermula
dengan siang untuk diakhiri dengan malam, dan malam bermula untuk
diakhiri dengan pagi.
Hidup ini, kata Ali Syari’ati,
‘bagaikan sandiwara dimana kita menyaksikan pergantian siang dan malam
yang tidak berkesudahan. Sebuah pertunjukan yang sangat aneh! Apabila
mempunyai suatu keperluan maka engkau akan berharap dan berjuang untuk
memenuhi keperluan tersebut. Tetapi setelah perjuanganmu itu berhasil,
maka engkau akan akan memandang enteng semua jerih payah yang telah
engkau curahkan. Yang demikian ini adalah filsafat hidup yang tidak logic.’
Bukankah ini yang sedang dipelopori Barat, sebuah kehidupan tanpa tujuan?
‘jika
hidup hanyalah sekadar untuk memenuhi keperluan hari demi hari bagi
seorang manusia, maka ia tidak memiliki arah di dalam hidupnya.
Tujuannya hanyalah untuk hidup. Keadaan seperti ini bagaikan semangat yang mati di dalam jasad yang masih hidup.’
Jika
hidup cumalah sekadar untuk pemenuhan perut dengan air dan makanan,
apakah bezanya insan dan haiwan? Tetapi manusia normal, sedaya upaya
membezakan dirinya dengan haiwan, tetapi pokok pangkal permasalahan dan
segala tetek bengek yang dibicarakannya, masih berpolemik sekitar,
‘perut, organ bawah perut dan tempat tidur’. Mereka tidak mahu berangkat
ke fasa yang lebih tinggi!
Jadi tidak pelik jika seorang Nietzsche mengemukakan kehampaannya terhadap kehidupan yang tidak mempunyai makna. Apakah tujuan kehidupan?
Jika tujuan kehidupan, jawapannya, untuk kehidupan, ternyata kita mempunyai masalah besar yang belum dibereskan.
Keadaan yang tidak sihat ini, kata Syari’ati, dapat diubah oleh pengalaman menunaikan ibadah haji!
Sebelumnya
engkau tinggal di rumah dengan tenang dan puas, tetapi begitu engkau
punya keinginan untuk menunaikan ibadah haji, engkaupun akan bangkit dan
meninggalkan lingkungan hidupmu sehari – hari.
Haji,
syarah Syari’ati, adalah sangat bertentangan dengan perjuangan –
perjuangan tanpa tujuan. Haji adalah pemberontakan melawan nasib malang
yang disebabkan oleh kekuatan – kekuatan jahat. Dengan menyempurnakan
ibadah haji, kata Syari’ati, kita dapat memutuskan jerat – jerat yang
menjaring diri kita selama ini. Aksi yang revolusioner ini akan
menunjukkan kepada kita, cakerawala yang terang benderang dan jalan yang
terhampar menuju keabadian.
((Tinggalkanlah rumahmu dan kunjungilah ‘rumah Allah’ atau ‘rumah ummat manusia’))
Tinggalkan keegoanmu, dan datanglah kepada Allah / umat manusia.
Kuburkan egoism / keakuanmu / individualistic dan segera menuju Allah / umat manusia.
((Siapapun
adanya engkau, engkau adalah seorang manusia, putera Adam, dan khalifah
Allah dimuka bumi. Engkau adalah kerabat Allah, kepercayaanNya,
penguasa alam semesta yang diciptakanNya dan muridNya))
Segala yang berada di langit dan di bumi (di dunia tampak / terlihat / tersentuh) adalah diciptakan Tuhan, untuk serve /
melayani keperluan umat manusia. Ternyata Islam menurut pemahaman Ali
Syari’ati, menampilkan bahawa manusia, adalah ciptaan yang luhur, yang
mulia, yang suci, yang kehidupannya di atas muka bumi, sebagai pewaris,
sebagai penjaga, amanah Allah. Sementara aliran – aliran lain, khususnya
yang tidak mempercayai Tuhan, penolakan mereka membawa mereka bersimpan
siur, berkecamuk, sarat kontradiksi antara konsep dan praktik.
((kepadamu
Allah telah mengajarkan nama tiap sesuatu. Dia menciptakan engkau dari
ruhNya dan memberikan kualiti – kualiti yang istimewa kepadamu. Dia
memuliakan engkau, bahkan malaikat - malaikatNya bersujud kepadamu))
Sementara
ahli falsafah – ahli falsafah Barat moden masih memperdebatkan asal
usul kejadian manusia, yang dikatakan mereka, berasal daripada binatang,
dan menolak langsung peranan penciptaan, konsep kemanusiaan Islam,
jelas dalam surah Al – Baqarah, menerangkan selepas dijadikan Adam,
Allah mengajarkan ‘nama tiap sesuatu’. Ini bukanlah sebarangan. ‘nama
tiap sesuatu’ mengusung ‘konsep’. Sekiranya tidak ada ‘nama’, apa lagi
yang tinggal? Ideology memerlukan nama, theology memerlukan
nama. Apa – apa sahaja memerlukan nama. Dan ternyata, konsep
kemanusiaan ini, menunjukkan bahwa manusia adalah ciptaan yang mulia
lagi bijaksana sehinggakan ciptaan yang menyembah Allah pun tunduk
kepada manusia.
Ternyata konsep manusia sebegini
mengajarkan bahawa manusia itu bukan cuma untuk berfikir tentang perut
atau organ di bawah perut, tetapi lebih lagi, untuk mencapai makna
‘manusia super’ / insan kamil.
((wahai
makhluk kepercayaan dan khalifah Allah di muka bumi! Engkau telah
berpaling kepada wang, hawa – nafsu, ketamakan, permusuhan dan
kecurangan. Engkau telah terperosok ke dalam keadaan ketika Allah Yang
Maha Besar belum meniupkan ruhNya ke dalam dirimu. Dimanakah ruh Allah
itu sekarang ini? Wahai manusia! Bangkitlah dari kemerosotan tersebut!
Bebaskanlah dirimu dari kebinasaan yang perlahan – lahan ini!
tinggalkanlah
kampong halamanmu dan pergilah ke Tanah Suci. Di sana engkau akan
menghadap Allah Yang Maha Besar di bawah langit Masy’ar yang terang
benderang. Di sana nanti keterpencilan dirimu akan hilang dan akhirnya,
engkau akan menemukan dirimu sendiri))
kemudian,
setelah selesai memahami, apa esensi diri ini, tanggungjawab seterusnya
menjadi dua, sebagai makhluk yang (1) individual dan (2) social.
Bagaimana mahu menyelamatkan social sekiranya individual masih belum beres / selesai? Dan apalah ertinya individual tanpa social? Permasalahan dunia hari ini, kerana corruptnya dua jenis manusia, iaitu manusia yang mempedulikan, tanpa Tuhan, sementara manusia bertuhan yang tak mempedulikan.
Tiada
cara lain lagi, kata Syari’ati. Hanya ‘Haji’, mampu meleburkan segala
kesombongan diri menjadi satu, bergomol dengan permasalahan masyarakat,
tanpa melupakan keperluan mengislahkan diri terlebih dahulu, didalam
hati, mempunyai cinta, kasih dan tauhid, sekaligus tangan berwatak
seperti Ibrahim, memegang kapak, dan siap untuk memukul mati berhala –
berhala moden yang telah menipu dan meragu kemanusiaan selama ini,
menyesatkan anak – anak Adam, dan menjauhi sifat kemanusiaan, dan
menjadikan manusia tak ubah seperti binatang yang cuma memikirkan
‘gharizah’ / instinct lahiriah dan mengabaikan esensi seorang manusia.
Manusia,
yang sebenarnya, melampaui batas – batas antara malaikat dan haiwan,
antara penyujud sembah dan pemenuh perut / pelayan gharizah, manusia
yang sebenarnya, adalah penjelmaan misi Tuhan, yang mencari makna hakiki
kewujudan diri (individual) sekaligus terlibat dalam pergolakan zaman
(social), membereskan ketidakadilan yang menggugat zamannya!
Rujukan:
Buku ‘Haji’ (terjemahan / terbitan Penerbit Pustaka)
Buku ‘Nietzsche Sudah Mati’ oleh Akhmad Santosa
Buku ‘Teologi Kiri’ oleh Dr. Abdul Munir Mulkhan (terbitan Kreasi Wacana)
Buku ‘Falsafat Agama’ oleh Harun Nasution (terbitan Bulan Bintang)
Link blog: http://uncivilized-uncivilizedimagination.blogspot.com/2011/05/aku-juga-nihilis.html
Assalamualaikum. Very interesting! Ringkasan yang sangat baik. Saya sendiri punya bukunya tpi belum tuntas membacanya.
BalasPadamTeruskan membuat ulasan-ulasan lain. May Allah Taala bless you.