Langkau ke kandungan utama

"KRITIKAN MUTAHHARI TERHADAP GERAKAN KEMERDEKAAN ISLAM"



“Maraghbar Asri!”
 “Allahuakbar!” 
“Maraghbar Asri!”
 “Allahuakbar!” 
“Maraghbar Asri”



Pekikan Maraghbar Asri atau ‘pergi mampus Asri’ berselang seli dengan takbir Allah Maha Besar, Allah Maha Besar bergaung dalam Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 6 Muharram 1403 Hijrah bersamaan 23 Oktober 1982. Suasana ini seperti dicatat oleh Almarhum Asri Muda dalam Memoir Politik Asri, sudah begitu gawat, dan seperti yang dinyatakan, hubungan ukhuwah antara pimpinan sudah menunjukkan wajah yang muram. Pada ketika itulah Muktamar Tahunan PAS yang ke – 28 diadakan.



Ternyata ketika ini, pengaruh revolusi Iran begitu ketara sekali mempengaruhi muktamirin – muktamirin, sehingga akhirnya menjatuhkan kepimpinan Asri yang cenderung berwatak Nasionalisme Melayu yang tidak banyak berbeza dengan UMNO dari segi cita – cita Melayunya dan tambahan lagi beberapa orang pemimpinnya tidak mencerminkan watak Islam, dan kesan akhirnya, sampai menaikkan Kepimpinan Ulama’, ke panggung politik nasional PAS. Almarhum Tuan Guru Yusof Rawa seterusnya mengemudi bahtera bernama PAS yang merupakan mata rantai dari perjuangan politik Islam dari zaman Abu Bakar Baqir di Gunung Semanggol disambut Dr. Burhanudin Helmy.



Selepas kejayaan Revolusi Islam Iran menjatuhkan regime pro Amerika Shah Pahlevi tahun 1979, telah berlaku suatu perubahan yang maha penting dalam gerakan politik PAS iaitu ke arah Era Kepimpinan Ulama’ pada tahun 1982.



Tuan Guru Yusuf Rawa, Presiden PAS (1982 – 1989) menjelaskan dalam temubualnya, mengatakan bahawa
semua yang memimpin PAS adalah ulama’, tetapi tidak sama dengan ulama’ di Iran. Sebenarnya ulama’ patut memimpin sebuah gerakan Islam. Soal ulama’ memimpin ini sudah ditentukan oleh Islam. Tidak timbul soal ulama’ ambil alih. Manusia mesti dipimpin oleh orang yang terbaik, orang yang terbaik dikalangan manusia adalah Nabi, sesudah ketiadaan Nabi ialah ulama’.

Poinnya, sama ada manusia suka atau tidak suka, pimpinan manusia yang ditentukan oleh ulama’. Apa yang PAS buat adalah membetulkan kedudukan. Kalau perkara itu berlaku di Iran macam itu, maknanya Iran telah membuat satu perkara yang betul. Apa yang dibuat oleh PAS ialah meletakkan gerabak pada rel yang betul..,’



Berlepas dari konsep yang agak tebal dan berbau sangat ‘teokrasi’ ini, kita dapat melihat betapa konsep Kepimpinan Ulama’ yang difahami golongan terdahulu dengan yang difahami golongan sekarang sangat berbeza sekali, terutama apabila Iran yang sememangnya diketahui ramai adalah bermazhab Syi’ah, dan revolusi politik yang menumbangkan Shah sememangnya merupakan idea – idea atau intisari dari doktrin Syi’ah yang tidak tega membenarkan monarki dan kezaliman hidup di tengah – tengah mereka tanpa diberikan tentangan.

Tuan Guru Yusuf Rawa turut ditanya ketika itu, apakah PAS bercadang hendak menghantar delegasi ke Iran untuk mempelajari sesuatu berhubung kejayaan Iran menjadikan negara itu sebuah negara Islam?



Mendengar soalan itu, Tuan Guru Yusuf Rawa menjawab, ‘adalah menjadi matlamat PAS untuk mendapat maklumat dari sumber yang paling rapat. Dalam hal ini Iran sendiri kalau boleh kita mahu pergi buat dialog dengan Khomeini sendiri. Cara seperti ini adalah praktikal, kalau kita nak tahu dasar Amerika, maka kita pergi Amerika dan jumpa dengan Reagan. Oleh itu sekiranya kita ada peluang, kita hendak berjumpa dengan sumber – sumber yang merancang dasar luar masing – masing. Sebab itu juga PAS sekarang ini sedang meneroka ruang – ruang diplomasi kerana untuk memerintah negara ini kita mesti berbaik – baik dengan negara dunia lain. Langkah – langkah patut dibuat untuk menemui tokoh – tokoh dunia supaya mereka kenal PAS...,’ Ternyata kepimpinan PAS terdahulu, merupakan antara warisan kebijakan ‘reformis – reformis terdahulu’ yang menggagaskan konsepsi pergerakan Islam moden permulaan abad ke – 20.

Murtadha Muthahhari dalam bukunya Islamic Movements in Twentieth Century yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia oleh RausyanFikr Institute, menyebutkan beberapa nama sosok yang mengusung pemikiran keterbukaan dalam pergerakan Islam moden. Diawali dengan Sayyid Jamaluddin Al – Afghani, yang berkat daripada kerja kerasnyalah yang melahirkan Syekh Muhammad Abduh, yang kemudian melahirkan ‘Angkatan Baru’ sebelum Ikhwanul Muslimin, Kawakibi yang menentang autokrasi regime, dan Iqbal dari ranah India yang terkenal dengan gagasan rekonstruksi pemikiran Islamnya.



AFGHANI
Gerakan yang dimulakan oleh Afghani bersifat intelektual sekaligus sosial dalam konteksnya. Afghani ingin menggerakkan kebangkitan dalam pemikiran umat Islam dan organisasi sosial mereka. Afghani tidak mengikatkan dirinya pada sebuah kota, sebuah negara, atau bahkan sebuah benua. Mengisi waktu sesaat di setiap negara, Afghani melancong melalui panjang dan luasnya Asia, Eropah dan Afrika. Dalam setiap kota yang beliau kunjungi, dia menjalin banyak hubungan baik dengan berbagai kelompok masyarakat, sehingga kita pun mendengar bahawa dia ikut bergabung dengan militer secara praktik di beberapa negara dalam rangka memperluas pengaruhnya di kalangan tentera (bahkan dikhabarkan, bahawa beliau juga menyertai perkumpulan rahsia Freemasonary sebelum keluar akhirnya).

Despotisme internal dan kolonialisme asing adalah penyakit paling kritikal, paling nyata dimata Afghani yang melihat umat Islam menghidapi penyakit ini. Dalam rangka memerangi dua faktor yang berparalel tersebut, Afghani menyedari bahawa adalah penting dan wajib bagi Muslim untuk mempunyai kesedaran politik dan harus aktif terlibat dalam politik.

Kelebihan Afghani selain mempunyai pengetahuan yang baik tentang masyarakat Syi’ah juga Sunnah, ialah, walaupun ia adalah seorang reformis, mendorong Muslim untuk belajar ilmu pengetahuan moden, teknologi dan mengambil peradaban Barat; untuk memerangi buta huruf, mengatasi ketertinggalan mereka di bidang teknologi dan industri, namun dia sangat sedar dengan bahaya ekstrim dalam modenisasi. Teori Afghani, bahawa Muslim yang sebenarnya seharusnya menyeimbangkan antara pengetahuan moden dan pandangan mereka mengenai dunia. Dengan erti kata lain, beliau tidak menyukai Muslim yang terbawa oleh glamour budaya Barat dan mulai untuk melihat dunia dari luar, bukan dari dunia Islam tetapi dari sudut pandang Barat. Afghani menentang bukan hanya terhadap kolonialisme politik Barat, tetapi juga terhadap kolonialisme kultural. Ini yang membezakan antara Afghani dengan tokoh modernis Islam, Sayyid Ahmad Khan, yang begitu keterlaluan dalam pemujaan terhadap Barat.



ABDUH Syekh Muhammad Abduh, adalah antara figur Sunnah yang agak kontroversi dan berani dalam pembukaan panggung dimensi politik Islam pra kejatuhan Uthmaniyah. Fikrah beliau yang terbuka, sampai melahirkan sosok – sosok yang sampai ke hari ini masih mengundang kritikan, seperti Taha Husain, Qasim Amin, Ali Abd Raziq dll. Tetapi muridnya Rasyid Redha yang mengarang Tafsir al – Manar mungkin merupakan bukti bahawa Abduh merupakan sosok brilliant Muslim Sunni yang terbuka dalam pendidikan, yang membebaskan murid – muridnya memilih jalan yang tersendiri untuk menjadi apa. 

Antara perbezaan Afghani dan Abduh adalah pendekatan / jalan yang ditempuh untuk cita - cita pembebasan. Sementara Afghani berpisah dengan Abduh kerana memilih pendekatan politik, Abduh memilih pendekatan pendidikan selepas hilang percaya pada jalan perpolitikan.



KAWAKIBI
Abdul Rahman Kawakibi, tak pasti, jika dia masih bernyawa sampai sekarang, adakah dia akan tertanya – tanya, mengapa watak sejarahnya seperti ditanam hidup – hidup dan jarang – jarang diceritakan kisahnya? Boleh dilakukan ujian kepada anggota – anggota gerakan Islam berapa ramaikah yang kenal akan Kawakibi?

Kawakibi boleh dikatakan sebagai tokoh reformasi Sunni yang ketiga selepas Afghani dan Abduh. Kawakibi adalah salah seorang pemikir Islam yang paling garang menentang authoritarian. Beliau berjuang keras menentang autokrat Turki yang memerintah Syria. Seperti Afghani, Kawakibi juga mengusung gagasan pentingnya kebangkitan politik umat Islam. Beliau selanjutnya mempercayai bahawa sebuah regime politik, apapun jenis bentuknya, baik monarki, baik republik berparlimen, tidak cukup kuat untuk menghapuskan authoritarian. Jenis regime apa pun mungkin untuk memiliki sikap diktator. Apa yang paling penting sebenarnya adalah kesedaran dan kebangkitan sosio – politik dan kesedaran rakyat dan kemampuan mereka mengawasi kelas penguasa (ruling class). Memerangi authoritarian hanya dapat dilakukan melalui kesedaran massa yang terjaga. 

Kawakibi antara lain mengatakan bahawa setiap autokrat, dalam rangka mempertahankan dirinya dalam kerusi kekuasaannya, mencuba untuk mengambil udara kesucian. Mereka berpura – pura berbagi pengalaman agamanya dalam rangka melayani motif dalam dirinya untuk memperkuat peranan absolutenya. Hanya sebuah tingkatan kesedaran sosial politik yang tinggi sahaja, di kalangan rakyat yang dapat memiliki potensi untuk bertahan dari eksploitasi autokrat.

Anggota – anggota Parti Islam Se – Malaysia (PAS) harus berani belajar, harus berani membuka lembar – lembar sejarah mereka yang mempunyai pasang surut, jatuh bangun, atas bawah, melakukan koreksi terhadap ‘siapakah diri mereka’ yang sebenarnya, apatah lagi pasca Muktamar yang ‘kacau’. Kita tidak benar – benar pasti, apakah PAS masih sempat untuk melakukan perubahan untuk mempunyai masa hadapan jika tidak mempunyai kejelasan fikrah sebaliknya terperangkap dalam perangkap sektarian dan kebodohan berpolitik?

Adakah ahli – ahli PAS berani melakukan Revolusi Maraghbar Ke – II untuk merubah keadaan stagnant ini?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk