Langkau ke kandungan utama

'Perempuan Nan Bercinta' dan Kecemburuan Regime Sunnah






Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) 'Perintah Larangan' terhadap penerbitan novel pengarang prolific Faisal Tehrani, 'Perempuan Nan Bercinta adalah kerana berkemungkinan memudaratkan ketenteraman awam.



Mereka menggunakan Akta Mesin Cetak untuk mewartakan 'Perintah Larangan' tersebut. 'Perintah Larangan' tersebut menetapkan, bahawa pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam adalah secara mutlak dilarang di seluruh negara.



KDN mengeluarkan larangan terhadap novel itu kerana novel itu mengandungi unsur mempertikaikan dan memperlekehkan hadith yang diriwayatkan oleh Ahl Sunnah wal Jamaah yang seolah - olah mendiskriminasi wanita, selain ia mendewakan Ahlul Bayt secara berlebihan. Menurut KDN lagi, 'Perempuan Nan Bercinta' juga menafikan Ahl Sunnah wal Jamaah sebagai mazhab yang diterima selain mengandungi unsur seolah - olah ajakan menentang pihak berkuasa Ahl Sunnah Wal Jamaah dengan alasan kebebasan bermazhab.



Menurut KDN, keputusan itu sebenarnya dibuat bagi menghalang cubaan menyuntik propaganda Syi'ah menerusi karya creative yang mungkin disasarkan kepada golongan academic dan remaja.



Novel yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia serta dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Bhd itu dikatakan boleh mendatangkan implikasi negative dengan mengelirukan pegangan syari'at Islam (Ahl Sunnah Wal Jamaah). 



Persoalan paling fundamental, mengapakah Jabatan - jabatan agama yang mendapat gaji setiap bulan, elaun setiap tahun ini, tidak membalas balik novel yang dikatakan ancaman itu? Kenapa tidak buat bengkel penulisan creative, untuk lawan semula penulisan Faisal Tehrani tersebut? Mengapa takut jika benar?

Sampai bila mahu menggunakan Saif ad - Daulah (pedang kekuasaan)? Di manakah Saif al - Hujjah (pedang penghujahan)?

Tidakkah mereka membaca dengan teliti, muka surat demi muka surat, dengan sabar, betapa sulit kerja Dr. Ali Taqi berusaha mempertahankan keizzahan agama dengan mendirikan FASEH?

Setakat ini, hujah - hujah untuk ban mana - mana buku, masih sangat dangkal dan cliche. 



rujukan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

Usrah yang melalaikan -Kritik pada buku Berfikir Tentang Pemikiran- (BHG 2)

Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali! (Fathi Aris Omar, dalam esei di Bawah Mendung Usrah). Buku SAF ini seperti disebutkan sebelum ini sangat tepu nilai keusrahannya. Boleh dikatakan aku agak kecewa juga membaca 100 ms pertamanya. Aku tak rasa ini yang aku nak dengar atau nak baca dari mahasiswa anak Melayu-Islam yang belajar di bandar Lenin (Leningrad). Jika sekadar hendak berusrah-usrah, di Malaysia sudah bersepah. Tak perlu belajar sejauh itu. Atau jika sekadar hendak membaca tentang Al-Banna, Qutb atau Maududi, di Malaysia juga ada, banyak dan semak. Begitu juga jika hendak mendengar ceramah Maza, buka sahaja Youtube. Mungkinkah mahasiswa-mahasiswa Melayu-Islam Malaysia, kebanyakannya apabila berad...