Langkau ke kandungan utama

Ibrahim Pernah Atheis: Proses Kognitif dalam Pencarian.



Kita seringkali mendengar orang mengatakan ‘jangan menilai  pada kulit’ atau ‘don’t jugde the book by it’s cover’. Manusia merupakan makhluk yang visual. Kita memang diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang peka pada apa yang ada di sekeliling kita. Dengan cara inilah manusia juga mempertahankan diri dari bahaya.

Manusia sering menggunakan penglihatan untuk menilai sesuatu sebelum menggunakan mana-mana pancaindera lain. Penilaian yang dilakukan melalui penelitian visual ini kerana  untuk mengelakan dari membuat keputusan yang salah.  Oleh itu ungkapan ‘jangan menilai buku dari kulitnya’ hanya mampu menjadi nasihat sahaja, ia tidak lebih dari itu. Hal ini kerana suka ataupun tidak kita memang melilai sesuatu dengan apa yang kita lihat.

Begitu jugalah kita, melihat tajuk senaskah buku seperti ‘Ibrahim Pernah Atheis’ khalayak akan membuat berbagai interpretasi atau pun tanggapan awal melalui  pemahaman yang digarap melalui pengalaman pembacaan atau pengalaman hidup yang bersifat peribadi dan sebagainya.

Inti pelajaran agama berada pada ketauhidannya. Ini adalah yang membezakan suatu agama dengan agama yang lain, atau antara orang beragama dengan yang tidak beragama.

Agama Islam dengan agama lain misalnya sudah pasti berbeza di dalam ketauhidannya. Islam hanya menyembah satu Tuhan, sedang agama lain mungkin boleh menyembah lebih dari satu tuhan. Ataupun jika Tuhannya satu mungkin karekter Tuhan yang disembah itu berbeza.

Ada Tuhan berbentuk benda dan patung. Ada yang menyembah Tuhan yang berada di dalam syurga, ada yang menyembah Tuhan di langit  dan ada yang menyembah tuhan yang berada di hati. Atau mungkin ada yang meyembah Tuhan yang berada di akhirat tapi tidak di dunia.

Agama Islam mengikuti cara Ibrahim dalam bertuhan. Menyembah Tuhan sekaligus berada di syurga, di langit, di bumi, di hati, di akhirat, di dunia dan meliputi apa sahaja yang tampak mahupun tidak nampak. Iaitu ‘Tuhan Yang Segala-galanya’.

Untuk ‘menemukan’ Tuhan yang sempurna itu Nabi Ibrahim melalui fasa – fasa yang khusus. Awalnya, beliau mengenal tuhan patung  yang di sembah oleh orang tua dan masyarakat sebagai pengikut agama pagan. Lantas, beliau melakukan perlawanan terhadap praktik penuhanan patung-patung itu kerana tidak masuk di akalnya, dan menghancurkannya, sehingga dikejar oleh masyarakat  dan penguasa.

Ketidakpuasannya terhadap tuhan patung membuka jalan kepada beliau untuk melakukan pencarian spritualyang sangat panjang dan menghabiskan masa mudanya. Sebuah pencarian yang tidak kenal erti lelah dan pantang berputus asa. Itulah saat – saat beliau tidak mengakui Tuhan agama pagan, biarpun begitu beliau masih juga belum bertemu dengan Tuhan yang sebenar (Allah). Dia juga sempat tidak bertuhan kepada apa pun atau siapapun dalam erti kata lain Atheis.

Tetapi hati beliau yakin, tentang adanya ‘sesuatu’ yang maha hebat itu. Sesuatu yang menguasai segala realiti di langit dan di bumi. Dan segala peristiwa yang terjadi  di dalamnya. Naluri ketuhanan membimbing Nabi Ibrahim sewaktu muda untuk melakukan pencarian menggunakan kecergasan akal. Segala gelodak hatinya dipertanyakan ke sekelilingnya. Jika tidak masuk akal, ditolak. Bertahun – tahun Nabi  Ibrahim melakukan pencarian. Dari tidak percaya Tuhan agama pagan sampai akhirnya bertemu Tuhan yang boleh diterima oleh akal yang sihat.

Dengan berkambangnya sains dan pemikiran moden, proses pencarian Tuhan itu memang menjadi lebih kritis. Pertanyaan – pertanyaan yang dulu menghinggapi benak Nabi Ibrahim  sebenarnya turut berkecamuk di benak  anak – anak muda masa kini.

Meskipun dengan bahasa yang berbeza dan keilmuan yang semakin beragam, kita tetap melihat bahan atau perkara yang sama. Dewasa ini kita melihat banyak anak muda yang memiliki kecenderungan melakukan pencarian ala Nabi Ibrahim itu.

Sayang, banyak antara mereka yang terjebak pada jalan yang salah malah menjadi atheis. Meskipun sebahagian mereka menemui Tuhan sebagaimana Nabi Ibrahim. Semua itu bergantung kepada niat yang mendalam. Bagi yang melakukan dengan penuh kesombongan, mereka akan berputar – putar di jalan yang menyesatkan diri sendiri. Tetapi jika melakukan dengan rendah hati dan kesungguhan mencari, ia akan benar – benar menemui Tuhan, Dzat Maha Agung, Sang Penguasa alam semesta.

Lebih jauh, proses ketauhidan Nabi Ibrahim itu bukan hanya dari tidak bertuhan kepada bertuhan, melainkan juga bergerak dari keragu – raguan yang tak digoyahkan. Sebuah proses keimanan yang sangat intens, dari  ‘ilmul yaqin menjadi ‘ainul yaqin, dan berhujung pada haqqul yaqin.

Pada tahap ini Nabi Ibrahim memasuki kawasan spiritual yang sangat dalam, meninggalkan kawasan keilmuan yang sekadar berasas pada rasional dan logik atau memasuki wilayah rasa dengan pembuktian yang sangat halus dan terasa samar  bagi orang – orang awam. Namun semua itu sangat jelas bagi Nabi Ibrahim.

Kerana itu tidak hairan, di masa tuanya Ibrahim sampai sanggup mengorbankan anak kesayangannya Ismail, meskipun Allah memberikan perintah melalui mimpi. Sebuah petanda yang kurang jelas bagi orang biasa, walaupun begitu Nabi Ibrahim yakin dan memang terbukti bahawa keputusan itu benar. Bahawa semua itu adalah dari Tuhan.

Begitulah segala ringkasnya isi yang boleh kita kupas di dalam buku Ibrahim Pernah Atheis melalui penulisan Agus Mustofa. Apa yang boleh kita rungkai di sini perjalanan mencari Tuhan itu melibatkan fenomena kejiwaan atau lebih tepat lagi ia berkaitan dengan disiplin psikologi. Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi, mari kita amati penelitian tentang manusia.

  Manusia sebagai Homo Sapiens
Homo Sapiens adalah mahkluk yang berfikir sehingga menjadi makhluk yang cergas dan bijaksana. Dengan daya fikirnya manusia dapat berfikir  apakah  yang sebaiknya dilakukan pada masa sekarang atau masa yang akan datang berdasarkan pertimbangan  masa lalu iaitu pengalaman. Pemikiran yang bersifar abstrak merupakan salah satu wujudnya budaya manusia yang kemudian diikuti  budaya lain, berupa tindakan atau perilaku ataupun kemampuan mengerjakan suatu tindakan.

 Manusia sebagai Homo Faber
Homo Faber bermaksud manusia dapat membuat alat – alatan dan mempergunakannya atau disebut sebagai manusia kerja. Salah satu tindakan atau wujudnya budayanya berupa barang buatan manusia (artifact). Manusia mencipta alat – alatan kerana mereka menyedari kemampuan mereka terbatas. Contohnya mereka hendak melihat bintang dan mikroorganisme maka mereka mencipta teropong dan mikroskop.

Manusia sebagai Homo Languens
Manusia berbicara melalui bahasa untuk menyampai idea atau pemikiran mereka. Bahasa sebagai eskpresi dalam tingkat biasa adalah bahasa lisan. Antara satu suku dengan satu suku yang lain terdapat perbezaan bahasa. Perbezaan yang lebih tinggi diwujudkan dalam tulisan sehingga sebuah pemikiran dapat diterima oleh bangsa atau generasi bangsa lain.

Manusia sebagai Homo Socius
Manusia hidup bermasyarakat, bukan berkumpulan seperti binatang yang hanya mengenal hukum rimba, iaitu yang kuat akan berkuasa. Manusia bermasyarakat diatur dengan tatatertib demi kepentingan bersama, dalam masyarakat manusia terjadi tindakan tolong – menolong.

Dengan tindakan itu, walaupun fisiknya realatif, lemah, tetapi dengan kemampuan nalar (pemikiran untuk menilai buruk baiknya, fikiran yang sihat, akal budi, intelek) yang panjang tujuan – tujuan bermasyarakat dapat dicapai.

Manusia sebagai Homo Economicus
Manusia dapat mengadakan usaha atas dasar perhitungan ekonomi. Salah satu prinsip dalam hukum ekonomi adalah untung dan rugi. Dalam tingkat kesederhanaan manusia cukuplah sekadar memenuhi keperluan sendiri. Ekonomi berkembang melalui pemasaran. Oleh itu setiap produktiviti akan dipasarkan untuk memperoleh keuntungan.

Manusia sebagai Religius
Manusia menyedari adanya kekuatan ghaib yang memiliki kemampuan lebih hebat dari kemampuan manusia. Sehingga menjadikan kekuatan tersebut sebagai kepercayaan atau agama. Tahap ini melahirkan animisme, dinamisme dan totenisme kemudian lahir pula kepercayaan yang disebut sebagai agama samawi yang percaya kepada tuhan  yang Maha Esa, percaya kepada nabiNya dan Kitab suciNya yang dipergunakan sebagai pedoman manusia.

Manusia sebagai Homo Humans
Manusia sebagai mahkluk yang mempunyai naluri.

Manusia sebagai Homo Aesteticus
Manusia tahu akan keindahan  dan nilai-nilai yang estetika, cantik dan sebagainya. bagaimanapun cantik itu sangat subjektif dalam konteks pemikiran manusia berdasarkan nilai setempat dan penerimaan bersama sesuatu kelompok.

Dari perbezaan – perbezaan yang sedemikian banyak, semakin nyata bahawa manusia memang memiliki sifat-sifat yang unik, jauh berbeza daipada haiwan apalagi tumbuhan. Sehingga manusia tidak dapat disamakan dengan binatang atau tumbuhan. Dalam diri manusia terdapat curiosity (rasa ingin tahu), kerana pemikiran berkembang dari semasa ke semasa. Rasa ingin tahunya atau pengetahuannya selalu bertambah sehingga terjadi timbunan pengetahuan.

Manusia selalu ingin tahu dalam hal apa sesungguhnya yang ada (know what), bagaimana dengan alam sesuatu terjadi (know How), dan mengapa demikian (know why) terhadap segala hal. Seseorang tidak akan puas apabila sesuatu yang ingin diketahui tidak terjawab. Keingintahuan manusia tidak terbatas pada keadaan diri manusia sendiri atau keadaan sekelilingnya, tetapi terhadap semua hal yang adaalam fana ini bahkan terhadap hal – hal yang ghaib.

Peringkat hubungan manusia dengan alam : Pertama adalah manusia yang masih sangat tergantung dengan alam, sehingga ada kesan bahawa ia adalah sebahagian dari alam. Manusia pada peringkat ini dikenali sebagai manusia alam (natural man). Yang hidupnya bergantung pada pemberian alam (food gathering). Manusia alam menganut apa yang disebut sebagai agama alam, animisme, dinamisme, atau totenisme.

Kedua adalah manusia yang sudah menguasai alam sehingga ada kesan manusia sebagai raja di dunia, manusia pada peringkat ini di sebut sebagai manusia budaya (cultural man) yang hidupnya dilakukan dengan cara menghasilkan apa yang diperlukan (food producing).

            Untuk itulah manusia berusaha mencipta alat yang dapat membantu mengatasi keterbatasan tersebut. Dengan peralatan tersebut, memang dapat mengetahui apa yang terkandung di dalam alam, tetapi sebahagia besar masih merupakan teka – teki. Mitos dan mitologi. Mitos adalah cerita rakyat yang dibuat – buat atau dongeng yang berkait dengan kejadian, gejala yang terdapat di alam, seperti tokoh, pelangi, petir, gempa bumi, dan manusia perkasa. Mitologi bererti pengetahuan tentang mitos, Mitologi merupakan kumpulan cerita – cerita mitos, banyak muncul pada zaman prasejarah, yang disampaikan dari mulut ke mulut atau secara lisan. Secara garis besar mitologi dapat dibezakan menjadi tiga pecahan. Mitos sebenarnya, cerita rakyat dan legenda. Mitos sebenarnya adalah manusia dengan imajinasinya berusaha secara sungguh-sungguh menerangkan gejala alam yang ada, namun usahanya belum dapat tepat kerana kurang memiliki pengetahuan sehingga sebahagian cerita dikaitkan dengan seseorang tokoh, dewa atau dewi.

Tujuan manusia menciptakan mitos, kerana pada saat itu manusia masih dalam tingkat peradaban mistik. Mereka percaya akan adanya kekuatan – kekuatan ghaib yang melebihi kekuatan manusia biasa. 

Dalam zaman demikianlah, mitos dipercayai kebenarannya kerana beberapa factor. Pertama, kerana keterbatasan pengetahuan manusia. Kedua, kerana keterbatasan pemikiran manusia. Ketiga, kerana keingintahuan manusia untuk sementara telah terpenuhi. Telah dikemukanan bahawa kebenaran memang harus dapat diterima oleh akal, tetapi sebahagian lagi dapat diterima secara intuisi, iaitu penerimaan atas dasar kata hati sesuatu itu benar. Kata hati yang rasional dalam kehidupan masyarakat awam sudah dapat diterima sebagai suatu kebenaran (pseudo science), kebenaran dan hasratnya ingin tahu sudah dipenuhi, paling tidak untuk sementara waktu, manusia berfikiran rasional; rasional adalah menerima sesuatu atas dasar kebenaran fikiran dan rasional. fahaman tersebut bersumber pada akal manusia yang diolah dalam otak. 

Dengan berfikir rasional, manusia meletakan hubungan dari apa yang telah diketahui dan yang sedang dihadapi. Kemampuan manusia mempergunakan daya akalnya disebut inteligensi, sehingga dapat disebutkan adanya manusia yang mempunyai intelegensinya rendah, normal dan tinggi.

Begitulah apa yang kita lihat melalui penelitian terhadap manusia. Agus Mustafa dalam penulisan Ibrahim pernah Atheis menerapkan teori psikolgi kognitif. Teori ini menekan bahawa manusia bahawa manusia tidak dilihat sebagai makhluk yang bereaksi secara pasif pada persekirannya tetapi berusaha memahami persekitarannya kerana manusia merupakan makhluk yang sentiasa berfikir (homo sapiens).

      Berdasarkan teori ini, jiwa mentafsir pengalaman interaksi secara aktif dengan mencipta, mengorganisasi, mentafsir dan mencari makna. (seperti yang dipercayai oleh pelopor aliran rasionalisme seperti Immanuel Kant dan Rene Descartes). Aliran Rasionalisme ini kemudian menjadi asas kepada aliran psikologi Gestalt yang melihat manusia sebagai organisme aktif yang mentafsir dan memahami persekitaran masing-masing sebelum memberi tindak balas. Manusia mengungkap pola rangsangan secara keseluruhan dalam satuan pemikiran dan tindak balas kejiwaan.

            Pengertian yang mudah tentang psikologi kognitif ialah salah satu cabang dari psikologi dengan pendekatan kognitif  untuk memahami perilaku manusia. Ia mempelajari  tentang cara manusia menerima, mempersepsi, mempelajari, memahami, mengingat dan berfikir tentang sesuatu informasi.

            Oleh itu psikologi kognitif adalah kepercayaan seseorang tentang sesuatu yang didapatkan dari proses berfikir tentang seseorang atau sesuatu. Proses yang dilakukan adalah memperoleh pengetahuan dan memanipulasikan pengetahuan melalui aktiviti mengingat, menganalisis, memahami, menilai, membayangkan dan berbahasa. kapasiti atau kemampuan kognisi biasa diertikan sebagai kecerdasan atau inteligensi. bidang ilmu yang mempelajari kognisi beragam, dianataranya adalah psikologi, falsafah, komunikasi, neurosains serta kecerdasan buatan.

            Kepercayaan atau pengetahuan seseorang tentang sesuatu dipercayai dapat mempengaruhi sikap mereka dan pada akhirnya mempengaruhi perilaku atau tindakkan mereka terhadap sesuatu.

Kisah Ibrahim vs atheis adalah kisah pertarungan spiritual dalam diri kita sendiri. Jika kita jujur, senenarnya setiap kita akan mengalaminya. Jiwa akan terus bergolak antara kebodohan, keangkuhan dan keimanan.  Semua itu berjalan seiring dengan waktu, yang mengiring kita menuju ‘jalan pulang’.

Bukankah setiap kita bakal mati? Dan kembali kepada permulaan eksistensi (kewujudan) kita. Orang yang tidak bertuhan mengira kematian itu sebagai pengakhiran segalanya. Dari tiada kembali kepada tiada, tanpa ada konsekuensi (kesudahan) apa pun. sementara yang bertuhan mengembalikan semuanya kepada Sang Pencipta, sebagai sumber eksitensi. Dan kita bakal mempertanggungjawab atas semua perbuatan.

Kecerobohan dalam menyimpulkan dan bersikap bakal dibayar sangat mahal, semata – mata kerana keangkuhan dan kesombongan. Allah mengingatkan hal itu dalam firman-firmannNya. Bahawa orang-orang yang tak mempercayai kehidupan sesudah mati  adalah orang-orang yang bakal menyesali  kebodohannya. Yakni, ketika mereka sudah berada di alam barzakh, alam dimana jiwanya ternyata masih hidup meskipun badanya telah mati.

Maka, agar tidak terjadi penyesalan akibat kebodohan kita sendiri, Allah menganjurkan supaya kita berhati – hati, berfikir terbuka dan rendah hati menarima segala kemungkinan. Dengan cara ini, Insya’Allah hikmah akan bermunculan menyempurnakan kesimpulan yang kita ambil dalam menyikapi kehidupan.

Bahawa, realiti ini bukan hanya yang kelihatan dan boleh dibuktikan secara pengelihatan. Kerana ia hanya menepati sebahagian kecil tidak sampai lima peratus dari realiti alam semesta. Jika kita terlalu sombong  untuk menerima kenyataan ini maka cubalah menggeser  keangkuhan tidak berdasar yang telah kita pegang selama ini, untuk mengobservasi (memerhatikan) realiti yang lebih mendalam. Di dalam Al – Qur’an diistilahkan sebagai hal – hal ghaib yang tak kasat mata (tidak keterlihatan; pedadogi tampak). 

Kerana, dengan cara ini kita telah membuka reality tersembunyi yang peratusannya lebih dari 95 peratus.

Kegaiban yang tidak kelihatan itu tidak boleh difahami dengan logik dan rasionalisasi semata-mata, melainkan mesti diceburi dengan proses – proses spiritual yang lebih professional dan mendalam. Jika tidak, kita akan terkena sindiran Al – Qur’an, yang menyebut kita hanya bermain perkiraan dan menduga – duga realiti ghaib itu dari kejauhan. Dan kita akan terus berada dalam keragu – raguan yang mendalam.

Smua terpulang kepada kita sendiri. Sebab kehidupan ini bukan bukan soal objektif, melainkan subjektif. Ternyata semua mesti dimulai dari niat yang subjektif kerana segala objektif hanyalah subordinasi (subordination; pentaksetaraan) dari apa yang kita persepsikan dalam memahami realiti. Penemuan – penemuan moden tentang relativiti dan ketidakpastian  segala sesuatu  telah menjadi landasan yang kuat bahawa subjektiviti memang lebih dominan daripada objektiviti. Bahawa realiti tidak lebih hanyalah manifestasi dari subjektiviti yang disepakati.

Jika kita sependapat dalam hal ini, maka sekaranglah saatnya untuk menata persepsi subjektiviti kita. Memasuki proses spirituality yang jauh lebih mendasar dari sekadar bermain-main logika dan rasionalitasi yang hanya berada di permukaan realiti. Kerana, cara itu tak akan pernah menyentuh substansi.

Jika kita bertujuan untuk bertemu dengan Sang Maha realiti yang Maha Subjektif. Tidak ada jalan lain, kecuali kita menata diri kita dengan cara subjektif yang telah diajar olehnya. Agar Dia berkenaan hadir  dalam keseluruhan kesedaran kita. Dalam segala peristiwa yang kita lalui. Dengan cara itulah Ibrahim memperoleh kedalaman spiritualnya, sehingga Allah memperlihatkan tanda – tanda keagungannya di alam semesta yang sedang diperhatikan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S