Skip to main content

Rahsia Ummi: Suatu Perspektif





Oleh: Sven Medyona
(tersiar awal di FB peribadi)

Mungkin antara karya Faisal Tehrani paling lemah (bila saya katakan lemah, bukanlah bermakna ia boleh ditandingi secara lewa). Ideanya klasik: percintaan antara dua darjat. Karakternya kaya dengan ciri individual yang amat nyata. Jalan ceritanya agak klise, namun mujur Faisal Tehrani punya mutu dan kekuatan gaya bahasa yang amat tinggi, sehingga ia lebih cukup untuk menebus keklisean plot novel ini.

Saya mula-mula mengenali penulis melalui seorang sahabat yang selalu berkongsi pautan blognya. Saya suka blognya yang selalu memerihalkan mengenai Syiah dan Iran, dari menjawab salah faham sehingga mengkhabarkan perkembangan serta kemajuan negara Ayatollah itu. Umur mula membaca pada 20 tahun, lalu jiwa rebel mencari kelainan membawa kepada toleransi terhadap minoriti.

Begitulah saya mengenal sasterawan ini. Bermula dari kenal menjadi minat, sebelum bertukar kepada kekaguman dan peletakan pada senarai Guru Kehidupan. Saya membacai 'Sebongkah Batu di Kuala Berang', 'Bedar Sukma Bisu', 'Perempuan Nan Bercinta', 'Tuhan Manusia' dan di antara bacaan berkenaan, artikel-artikelnya yang tersiar pada majalah 'In Trend'. Satu kali, saya menghadiri forum yang ada beliau.

Nilai keagamaan bersadur ketimuran yang diolah dengan keindahan bahasa, adalah identiti utama Faisal Tehrani. Perspektif yang beliau bawakan ke meja perbincangan sastera berserta segala peranannya selalu menjadi lokus perbahasan, tentang sempadan liberalisme dengan konservatisme dalam penulisan sastera. Sasterawan Negara, Anwar Ridhwan pernah memberi pandangan mengenai keupayaan penulis: sedar dengan kesusasteraan tinggi dan penuh wawasan.

Suatu hari pada tahun 2013, di salah-satu reruai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, saya menyalaminya. Genggamannya merenjat. Jemari itulah yang menghasilkan karya-karya yang amat berkualiti; ia seperti memegang tangan seorang ulama. Pandangannya dalam dan mendalami. Kawan kenalkan, dan beritahu tarikh lahir kami sama; beliau sekadar senyum dan menyambung otografinya pada sebuah naskhah.

Walau bagaimanapun, hanya satu ajaran Faisal Tehrani yang paling membisa: ia tercatit pada wijet teks sebelah kanan laman blognya dulu. Kali kedua saya terbaca adalah pada buku panduan menulisnya, 'Karya Nan Indah'. Catitan itu jugalah yang saya tempelkan pada muka surat terawal buku saya sendiri: iaitu anak muda harus bersikap dengan isu semasa dan menjumpakan masyarakat jalan keluar.

Kenapa saya katakan ia karyanya yang lemah?

Kemungkinan besar disebabkan perspektif saya yang berubah saat beliau menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir berserta keseluruhan kabinet Pakatan Harapan. Mungkin bagi orang lain tidak adil untuk menisbahkan itu sebagai radas mengukur karya - ia harus dilayan berasingan - tetapi, sukar untuk menerima yang penulis yang saya kagumi tidak mempunyai sikap yang saya fikir beliau tampilkan menjelang kepemimpinan baharu.

Mungkin sekali akal saya terlalu tohor untuk mendalami konsep perjuangan dan erti menulis bagi Faisal Tehrani. Tetapi, saya merindui zaman di mana saya boleh meneguk rebelionisme yang mengalir daripada mata air penulisannya. Saya merindukan non-konformisme Faisal Tehrani yang hampir lapan tahun menyemangati saya.

7.2/10.0


Comments

Popular posts from this blog

Review Buku : Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, karangan Za’ba.

Oleh: Mohamed Rozaidy

Aku percaya membaca itu untuk mencari makna, aku percaya membaca itu untuk membuka minda.
Pertama kali aku melihat kulit buku ini beserta penulisnya yang merupakan seorang tokoh yang digelar pendeta, aku mula bertarung dengan kata-kata yang dipilih untuk dijadikan tajuk buku ini. Sama ada buku ini akan menceritakan berkenaan perangai seseorang yang dipengaruhi oleh dirinya sendiri atau buku ini sebenarnya ingin mengulas berkenaan perangai seseorang yang suka bergantung kepada dirinya sendiri (tidak bergantung kepada orang lain dalam melakukan sesuatu). Setelah selesai membaca, maka aku katakan definisi kedua itu lebih tepat dalam konteks penghuraian daripada penulis.
Antara perkara yang mengecewakan aku tentang buku ini ialah aku terpaksa membaca dahulu pengenalan yang ditulis oleh Asmah Haji Omar. Pengenalan ini seolah-olah cuba merumuskan intipati buku ini yang sebenarnya membuatkan aku tidak puas hati. Sesuatu buku itu cukup sekadar diletakkan prakata sebagai p…

Mitos Peribumi Malas, Karya Syed Hussein Alatas

Oleh: Azli Sidek

Syed Hussein Alatas. Mitos Pribumi Malas: kajian imej orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam kapitalisme penjajah, penterjemah Zainab Kassim, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, m/s 275. 
. Syed Hussein melihat kapitalisme kolonial yang berlaku di tanah jajahan membawa kepada satu penindasan kepada masyarakat pribumi. Syed Hussein menggunakan Metodologi sosiologi pengetahuan yang mana pengkajian tentang ideologi kapitalisme kolonialisme yang menganggap bahawa masyarakat pribumi malas dan tidak mempunyai inisiatif untuk melakukan pekerjaan dan begitu pula pengkajian ideologi masyarakat peribumi yang tidak sebegitu rupa walaupun terdapat sebahagian yang berwatakan pemalas tetapi Syed Hussein menganggap perkara ini tidak boleh diwakilkan kepada keseluruhan masyarakat pribumi tersebut.
            Buku ini juga menerangkan bukti – bukti sejarah yang bermula daripada abad ke 16 hingga abad ke 20 yang mana sepanjang masa tersebut berlaku zaman industri (revolusi perin…

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.
oleh: Farahani R.
Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu.
Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya.
Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu.
Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletakan nama bangsa dalam do…