'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.
oleh: Farahani
R.
Saya bukan orang yang mudah diyakini
tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis
oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat
etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu.
Jangan dulu mengamuk, sabar; saya
bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak
membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang
yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam
agak asing dalam masyarakatnya.
Tapi resensi saya tidaklah menyimpang
sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun
media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan
kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu.
Mula-mula saya sangat menolak untuk
digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletakan nama bangsa
dalam dokumen-dokumen rasmi saya. Jawapan 'bangsa' dalam dokumen rasmi saya
adalah 'Kedayan', dan saya bangga menjadi Kedayan.
Kerana ingin menjaga kejiwaan bangsa,
saya kurang percaya dengan idea 'memelayukan' rakyat Malaysia tapi menyokong
jika tiada lagi soalan 'bangsa apa?' dalam urusan pentadbiran Malaysia. Namun
apa yang menyedarkan saya ialah penulisan garapan kumpulan penulis The Patriots
ini - dimana Kedayan juga adalah rumpun Melayu.
Dan identiti 'Melayu' kini tidak sama
dengan 'Melayu' dahulu.
Jika kita menelusuri semula sejarah
Asia Tenggara mengenai kerajaan-kerajaan awalnya, kita pasti biasa mendengar
nama Champa dan Funan. Kita pasti pernah terdengar pernah wujudnya Majapahit
dan Srivijaya, barangkali Sailendra. Kita pasti pernah terlihat dalam teks
mengenai Chih Tu, Kedah Tua dan Langkasuka.
Percaya atau tidak, menurut dapatan
daripada The Patriots ini, mereka inilah pembina tamadun Melayu. Bukanlah
Parameswara ataupun Sultan Iskandar Syah, pengasas Kesultanan Melayu Melaka.
Bahkan, Kesultanan Melayu Melaka bukan juga menjadi asal kepada bangsa Melayu
ini dan disifatkan sebagai kerajaan penyambung kegemilangan Srivijaya namun
tidak lagi menyambung kepesatan serupa dalam zaman puncak Srivijaya.
Ini sekaligus telah mengubah persepsi
saya terhadap bangsa Melayu yang dahulunya sempit, iaitu hanya memikirkan kaum
Melayu itu ialah penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Ini juga sebenarnya harus
menjadi asas kepada pembinaan semula identiti bangsa Malaysia, iaitu dengan
mengenal sejarah tamadun Melayu secara langsung dan lebih mendalam.
Dengan hanya memperkatakannya sekadar
ada, ataupun membicarakannya sepintas lalu tidak akan mampu mengisi 'ethos'
Melayu yang hilang dek masuknya pengaruh Barat secara langsung dalam
sosiopolitik kerajaan-kerajaan Melayu. Semangat Melayu kini cuma tinggal
sorakan takbir kononnya melawan kafir - dan itu saja. Tiada lagi imbauan
kehebatan Srivijaya, keadilan Sultan Melayu, kecemerlangan barisan pembesar
yang strategis malahan sumbangan Melayu itu sendiri dalam keilmuwan dunia
seperti perubatan, pelayaran dan sains.
Tahukah anda, bangsa Melayu yang
mencipta angka 'sifar'?
Tamadun Melayu seharusnya diceritakan
bermula dari datangnya manusia Austronesia, gelombang hijrah manusia yang awal
mendiami kepulauan sebelah timur China. Ia harus dikronologi daripada Tamadun
Sungai Batu sehingga Kesultanan Perak, yang mengikut The Patriots, adalah penyambung
warisan darah Sultan Melaka dahulu.
Tamadun Melayu bukan setakat
melingkari dunia Melayu seperti yang kita kenal sekarang, tapi harus melibatkan
potensi pengaruh kebudayaan Melayu suatu masa dahulu sehingga sebahagian aksara
lama dari tamadun terkenal seperti Maya hampir sama dengan tulisan aksara dunia
Melayu.
Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei
…ini hanyalah sebahagian daripada ketamadunan Melayu. Tamadun China tidak akan mencatatkan sesuatu itu jika ianya
tidak penting untuk diketahui. Tetapi, kita sudah tahu bahawa China silam
sememangnya banyak mencatatkan perihal Melayu, seperti tamadun Funan, Champa ,
Jawa dan Melaka.
Bayangkan peninggalan-peninggalan
mereka, dan cuba imaginasikan ketinggian ilmu mereka sampai dapat membina bukan
saja sistem politik yang besar, kelangsungan ekonomi yang pesat, teknologi
pencairan besi dan emas dahulu (yang baharu saja ditemui) serta pembinaan
candi-candi yang besar dan gah berdiri hingga ke abad ke-21.
Secara teknikalnya, buku ini tidaklah
sesempurna mana namun input yang dapat diserap dalam tujuan kefahaman sangat
tinggi nilainya hingga menenggelamkan beberapa kelemahan teknikal mereka
seperti kesalahan ejaan, repetisi isi dan ada juga beberapa artikel yang
semacam 'terpotong' atau tidak lengkap.
Ada juga yang saya ragui fakta mereka,
seperti mengenai kerajaan Goryeo yang dikatakan berada pada zaman Dinasti Sui.
"Antara kerajaan yang terpaksa
menghadapi kemaraan tentera Dinasti Sui itu ialah Kerajaan Goryeo di
Semenanjung Korea ..."
(Raja Ariff Danial, 2016:60)
Untuk pengetahuan pembaca, kerajaan
Goryeo merupakan kerajaan yang paling agung dalam pembinaan tamadun Korea.
Kerana itulah, Goryeo atau nama lainnya "Koryo" menjadi klu kepada
namanya kini, iaitu Korea.
Ia menghairankan saya, kerana pada
asasnya, Dinasti Sui bermula dari 581-618M manakala kerajaan Goryeo pula 918–1392M.
Saya berpendapat bahawa penulis
artikel ini tersilap faham mengenai galuran sejarah Korea, yang mana penamaan
kerajaan 'Goryeo' ialah nama yang hampir sama dengan nama sebuah lagi kerajaan
semasa era 'Three Kingdom' di Semenanjung Korea iaitu Goguryo ataupun Koguryo.
Dengan itu, saya merasakan penulis
bermaksud untuk menyebut kerajaan lama 'Goguryo' dan bukannya kerajaan
'Goryeo'.
Meskipun tampak mudah dan remeh,
tetapi kesilapan fakta dalam sejarah adalah suatu 'dosa' yang besar terutamanya
buat penulis yang menukilkan sejarah itu sendiri.
Apapun, buku ini adalah usaha yang
sangat baik dimana pengkajian mengenai ketamadunan Melayu kurang diketengahkan
buat tatapan masyarakat khususnya masyarakat Malaysia. Kudos untuk kumpulan
penulis ini dan adalah menjadi harapan saya untuk terus membaca lembaran kitab
kedua mengenai tamadun Melayu kerana sejujurnya, saya sudah mula bangga menjadi
sebahagian daripada ‘wangsa’ Melayu.
Resensi buku ini juga adalah latihan
untuk saya agar tidak menjadi hipokrit kerana walaupun saya kurang gemar akan
The Patriots, tapi saya tetap puji usaha murni mereka mengkaji identiti bangsa
Melayu ini dan tidak membataskan label ‘Melayu’ sekadar suatu priviledge bagi hanya orang yang tinggal
di kawasan Tanah Melayu. Malahan, saya sedia membaca kajian mereka lagi selagi
mana ia tidak membawa kepada kesuburan sentimen etnosentrik – penyakit orang
Barat.
Reviu yang bagus dan adil. Sedang berkira-kira untuk membeli. Terima kasih.
BalasPadamPERMAINAN KARTU TERBAIK BERSAMA BANDAR RESMI DAN TERPERCAYA DEWAKIUKIU.NET
BalasPadamPOKER DOMINO99 BANDARQ CAPSA SUSUN DUQ & BANDAR POKER DALAM 1 USER ID
MAU JADI KAYEH GAN???^.^
DISINI AJEH,GAK PERLU WAKTU LAME JADI KAYEH
* PENDAFTARAN GRATIS DAN MUDAH
* TRANSAKSI DANA SUPER CEPAT & AMAN
* PERMAINAN FAIR PLAYER VS PLAYER 100%
* DAPAT DI MAINKAN DENGAN HAPE ANDROID DAN IOS
* MEMBERIKAN BONUS CASHBACK MINGGUAN & SEUMUR HIDUP
PERMAINAN KARTU ONLINE TERBAIK DAN TERBESAR BERSAMA AGEN BANDAR RESMI DEWAKIUKIU.COM POKER-DOMINOQQ-BANDARQ-CAPSASUSUN-ADUQ BANDARPOKER DALAM 1 USER ID
DAN JADILAH DEWA BESAR HANYA DISINI
KEUNTUNGAN BERMAIN BERSAMA DEWAKIUKIU.NET
* PENDAFTARAN GRATIS DAN MUDAH
* DEPOSIT&WITHDRAW SUPER CEPAT & TERJAMIN
* PERMAINAN FAIR PLAY, MEMBER VS MEMBER ( NO BOT )
* BISA BERMAIN MELALUI HP ANDROID DAN IOS
* BONUS ROLINGAN TERBESAR
* BONUS REFERALL SEUMUR HIDUP
* MINIMAL DEPO&WD RP.20.000
BANK AKTIF
BNI-BRI-BCA-MANDIRI-DANAMON
BBM: 33428C8D
WA :+855962762654
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam