Langkau ke kandungan utama

Pelacur Kelas Pertama; ‘Never Judge The Book By Its Cover’




TAJUK : PELACUR KELAS PERTAMA
PENULIS: MELATI RAHIM
M/SURAT: 206 M/S
Terbitan: Merpati Jingga (INDIEKE)
tukang ulas: Ummi Abibah Binti Mohamad Adi

‘Never Judge The Book By Its Cover’
Pendapat peribadi aku , perkaitan pepatah di atas dengan buku ni ada dua. Yang pertama berkenaan tajuk dan ’cover’’ buku tu sendiri dan yang kedua watak dalam kisah ni. Secara ringkasnya naskah tulisan Melati ini hasil gabungan 3 cerita tentang 3 perempuan yang tersepit dengan kemahuan keluarga, kehidupan bersuamikan malaikat bertopeng syaitan dan pemerdagangan orang. Dan kisah ni juga lebih menfokuskan watak Shuhada selepas berkahwin dengan ustaz lulusan universiti di Mesir.

Melalui karya ni juga aku tertarik dengan kisah wanita dari Kygyrstan, sebuah negara yang punya budaya pelik menculik pengantin. Di sana, kalau pihak lelaki sudah berkenan dengan perempuan, maka pihak lelaki tadi hanya perlu menculik bbakal isteri secara paksa dan dinikahkan walaupun tanpa kerelaan pihak perempuan. Aku kira sebagai penghinaan dan diskriminasi yang jelas berlaku terhadap kaum wanita. (bayangkanlah zaman jahiliah dulu)

Sejujurnya, aku agak terkejut bila baca karya ni. Bagaimana kisah penindasan ke atas wanita diolah dengan unsur feminis dan islamik juga. Aku juga tertanya-tanya bagaimana si penulis ni boleh olah cerita sebegini rupa dengan memberi gambaran secara terperinci dan realiti dalam setiap babak yang dimainkan terutamanya tentang penderaan seksual seorang ustaz kepada isterinya. Yang menariknya juga cara penulisan penulis yang berani bereksperimen dengan gabungan islamik + porno hingga terhasil karya jujur dan tak meleret-leret. Orang kata eksplisit.

Buku pertama yang ditulis Melati ni sudah di’’ban’ dan tak dapat dikenalpasti puncanya. Mungkin sahaja kerana pendedahan berani kisah benar yang berlaku secara realiti oleh Melati melalui penulisannya. Di mana selama ini masing-masing memegang prinsip ’tidak mahu menjaga tepi kain orang’, lalu mereka terlepas realiti sesebuah rumahtangga yang diibaratkan seperti neraka bagi sesetengah individu. Gambaran masyarakat kini yang lebih rela berada dalam situasi ’denial’ dan terus-terusan disogok dengan kisah indah alam berumahtangga tanpa menyedari tidak semua yang berjaya mengecapi kebahagiaan itu.

“Aku mencari tuhan pada setiap penjuru ruang dan alam, namun aku gagal. Apakah tuhan sudah pekak dan bisu sehingga tidak lagi mahu mendengar rintihanku? Atau sebenarnya tuhan sudah mati? ”

Sebagaimana Melati menangis masa proses menyiapkan buku ni, aku tak dapat elak untuk mengalami situasi yang serupa. Ini kisah benar yang diceritakan kepada penulis semasa penulis terlibat sebagai salah seorang sukarelawan dengan badan NGO yang memperjuangkan hak wanita. Buku ini juga ada mengupas mengenai isu-isu ’Domestic Violence Acts’. Pada aku, kisah ini bukan sekadar cerita tikar dan bantal tetapi sebuah penulisan yang mencelikkan mata yang buta membuka jalan realiti.

*4 ½ bintang 
(Sebenarnya ada beberapa watak sampingan yang tak kurang hebatnya peranan dalam cerita ni, tapi aku malas nk ulas takut makin meleret). Lepas baca ni korang pasti sedar seseorang yang tidak menyempurnakan tanggungjawab dalam memelihara hak wanita bererti mereka tidak sempurna imannya walaupun sudah banyak amalan kebajikanyang dilakukan. Wallahualam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

Usrah yang melalaikan -Kritik pada buku Berfikir Tentang Pemikiran- (BHG 2)

Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali! (Fathi Aris Omar, dalam esei di Bawah Mendung Usrah). Buku SAF ini seperti disebutkan sebelum ini sangat tepu nilai keusrahannya. Boleh dikatakan aku agak kecewa juga membaca 100 ms pertamanya. Aku tak rasa ini yang aku nak dengar atau nak baca dari mahasiswa anak Melayu-Islam yang belajar di bandar Lenin (Leningrad). Jika sekadar hendak berusrah-usrah, di Malaysia sudah bersepah. Tak perlu belajar sejauh itu. Atau jika sekadar hendak membaca tentang Al-Banna, Qutb atau Maududi, di Malaysia juga ada, banyak dan semak. Begitu juga jika hendak mendengar ceramah Maza, buka sahaja Youtube. Mungkinkah mahasiswa-mahasiswa Melayu-Islam Malaysia, kebanyakannya apabila berad...

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...