Langkau ke kandungan utama

MEMBEDAH P. RAMLEE dan THE THIEVES OF RIYADH


MEMBEDAH P. RAMLEE dan THE THIEVES OF RIYADH

(oleh Asrul Rashid)

Bedah P Ramlee dan The Thieves of Riyadh adalah dua buah buku yang berbeza tetapi mempunyai persamaan yang jelas. Buku berkenaan filem arahan dan lakonan P Ramlee ini diterbitkan oleh Dubook Press manakala The Thieves of Riyadh diterbitkan oleh sebuah badan penerbitan di London.

Persamaan yang jelas pada kedua buku ini di mana buku ini membedah dan mengeluarkan isi perut filem p Ramlee yang banyak mengkritik golongan atasan tidak kira sama ada raja, sultan, bangsawan, agamawan, pemimpin politik, orang kaya dan yang berpangkat di dalam menindas orang bawahan.

Perkara yang sama diperkatakan di dalam buku The Thieves of Riyadh ini, ianya berkisarkan pemerintahn keluarga As Saud yang membentuk Negara Arab Saudi yang ada pada hari ini. Negara yang didirikan di atas timbunan mayat-mayat bangsa Arab sendiri. Sebuah kekuasaan yang secara terangnya zalim namun masih dianggap bangsa yang mulia dan sentiasa mendapat tempat di dalam masyarakat kita ini.

Di dalam filem P. Ramlee dapat diperhatikan banyak isu yang disampaikan oleh beliau. Dari perihal penindasan terhadap golongan miskin bawahan, perihal berkahwin sehingga tiga isteri ataupun mencari nama anak yang tidak berhenti menangis. Tetapi apa yang telah disentuh oleh penulis buku ini Daniyal Kadir adalah kritikan P Ramlee secara sinis terhadap bangsa Arab melalui filem - filemnya seperti Tiga Abdul, Ahmad Albab, Ali Baba Bujang Lapok serta banyak lagi.

Ini bertentangan dengan kebiasaan orang Melayu yang meletakkan bangsa Arab pada kedudukan yang agak istimewa disebabkan bangsa Nabi Muhammad adalah berbangsa Arab, maka apa sahaja yang berkenaan Arab itu adalah baik dan suci belaka. Letakkan sahaja istilah Arab pada nama produk anda dan ianya akan laris di pasaran.Boleh cuba sendiri jika ragu-ragu.

P Ramlee secara terang-terangan di dalam filemnya memperlihatkan yang bangsa Arab itu tidak ada bezanya dengan bangsa lain malahan mungkin lebih teruk. Ini digambarkan dengan watak Tuan Sidiq Segaraga, Abdul Wahab dan Abdul Wahib di dalam filem Tiga Abdul sebagai seorang yang gila harta, pemutar belit, penipu, pencuri, pemeras tetapi bodoh juga akhirnya. Jika masyarakat menggangap segala yang datang dari tanah Arab itu  adalah baik, itu adalah tidak tepat. Tidak semuanya sesuai diserapkan di dalam masyarakat ini. Tidak semuanya berkenaan Arab itu adalah sunnah ataupun sunat dilakukan.

Di dalam filem Ahmad Albab pula terdapat satu dialog yang terkenal iaitu "ini jubah Yahudi mabok mana pulak  yang kau pakai ni?" ini disebut oleh bapa mertua lakonan A.R Tompel yang memarahi Syawal lakonan P Ramlee setelah dimalukan di depan orang ramai. Jika diperhalusi ini adalah satu lagi kelebihan masyarakat kita di dalam tidak menerima kelemahan sendiri. Segala kelemahan akan disalahkan ke atas pihak ketiga sama ada Yahudi, Kristian, Amerika mahupun Cina DAP untuk mengelakkan diri sendiri mengakui kelemahan itu.
m
Arab Saudi diasaskan oleh Raja Abdul Aziz Ibn Saud pada tahun 1932. Beliau mempunyai isteri dan anak yang ramai. Di antaranya Raja Abdullah yang memerintah pada 2005 hingga 2015 dan digantikan oleh Raja Salman, mereka adalah adik beradik. Sistem pemerintahan Arab Saudi adalah bersifat kekeluargaan dan bukan seperti kekhalifan seperti yang disangkakan. Malahan mereka mendakwa mereka adalah penjaga dua tanah haram iaitu Mekah dan Madinah.

Mereka mengamalkan ajaran Wahabiah dan telah merobohkan banyak tempat-tempat pengebumian Nabi, keluarga Nabi dan sahabat serta imam-imam penting Islam kerana tidak mahu tempat tersebut dilawati kerana bertentangan dengan ajaran Wahabiah itu tadi. Mereka juga tidak sehaluan dengan Syiah mahupun Sunnah. Tidak menjadi kepentingan siapa yang sebenarnya mengikuti ajaran sebenar Islam namun ianya bukanlah alasan untuk menindas manusia lain yang berbeza pegangan.

Di dalam buku ini juga diceritakan wajah sebenar pemimpin Arab dan keluarganya itu yang dikatakan penjaga Mekah dan Madinah. Wajah-wajah kejam, tamak, dengki dan hina ini diterangkan dengan jelas. Bagaimana tanah Hijaz dan Najdi dirampas untuk dijadikan tapak negara peribadi mereka sendiri. Bagaimana hasil minyak mentah dibolot oleh keluarga As Saud ini serta wang hasil ibadah haji yang diraih melalui jutaan jemaah haji yang datang setiap tahun sering diulang di dalam buku ini.

Jemaah haji dipanggil oleh mereka sebagai kambing yang tidak ada kerja lain dari menyusahkan mereka untuk diuruskan ketika musim haji padahal mereka lupa dari sumber mana harta mereka yang melimpah ruah itu. Harta yang mereka habiskan dengan judi, arak, pelacur, bot mewah, kereta mewah, istana-istana besar dan segala nikmat dunia yang penyembah Arab di sini tidak dapat gambarkan dan fikirkan. Malahan merekalah juga bersahabat baik dgn Amerika dan membeli senjata dari mereka kerana takut dengan kebangkitan rakyat menentang kerakusan mereka.

Keseluruhannya kedua buah buku ini menjelaskan tentang kebobrokan bangsa Arab yang disanjung tinggi itu sehingga dibawa ke dalam kehidupan masyarakat kita ini.Buku ini jika diperhalusi akan menyedarkan yang tidak perlunya menyadur budaya sendiri dengan budaya bangsa lain kerana sesebuah bangsa itu boleh berdiri dengan megahnya dengan budayanya sendiri.




Ulasan

  1. Assalamualaikum. Kat mane boleh dapat buku The Thieves of Riyadh tu ye?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

Usrah yang melalaikan -Kritik pada buku Berfikir Tentang Pemikiran- (BHG 2)

Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali! (Fathi Aris Omar, dalam esei di Bawah Mendung Usrah). Buku SAF ini seperti disebutkan sebelum ini sangat tepu nilai keusrahannya. Boleh dikatakan aku agak kecewa juga membaca 100 ms pertamanya. Aku tak rasa ini yang aku nak dengar atau nak baca dari mahasiswa anak Melayu-Islam yang belajar di bandar Lenin (Leningrad). Jika sekadar hendak berusrah-usrah, di Malaysia sudah bersepah. Tak perlu belajar sejauh itu. Atau jika sekadar hendak membaca tentang Al-Banna, Qutb atau Maududi, di Malaysia juga ada, banyak dan semak. Begitu juga jika hendak mendengar ceramah Maza, buka sahaja Youtube. Mungkinkah mahasiswa-mahasiswa Melayu-Islam Malaysia, kebanyakannya apabila berad...