Langkau ke kandungan utama

KONSEP MASYARAKAT TANPA KELAS & PEKERJA TERPINGGIR!


Konsep ‘classless society’ (masyarakat tanpa kelas) harus dibincangkan terlebih dahulu, sebelum kita mahu membincangkan lebih jauh tentang persoalan miskin – kaya menurut worldview kaum buruh. Kerana jika konsep ini tidak diperdebatkan terlebih dahulu seracik – raciknya menyebabkan akan berlakunya ketempangan dalam melakukan aksi perubahan sosial.

Masyarakat tanpa kelas adalah merupakan utopia seorang Karl Marx, seorang ahli falsafah materialis German, yang meyakini selepas pertentangan kelas (class struggle) antara si miskin – kaya, kelas pekerja (proletariat) – majikan (capitalist - borjuis) *thesis V anti – thesis, maka akan terwujudlah synthesis baharu iaitu ‘masyarakat tanpa kelas’. Sebuah kelas yang baharu, yang sama rata sama rasa akan terwujud selepas adanya pertentangan dua kelas, iaitu kelas yang memiliki modal (borjuis) yang akan sentiasa ditentang oleh kelas yang tidak memiliki modal (proletar).

Dalam theory tersebut, sebelum ketibaan ‘masyarakat tanpa kelas’ itu, masyarakat waktu itu akan diperintah oleh dictator proletariat, dan keadaan / tahapan / stage ini, sememangnya pernah dicapai.

Apakah dia masyarakat tanpa kelas?
Masyarakat tanpa kelas, menurut Luthfi Hutomi di dalam eseinya bertajuk, ‘Masyarakat Tanpa Kelas dalam Konsep Negara Kesejahteraan, Sebuah Harapan atau Utopia?’  adalah suatu masyarakat di mana semua orang setara, sedarjat kelas sosialnya (equality, egalitarian), semua alat produksi (alat untuk mengeluarkan produk, mode of production) dimiliki secara bersama dan sudah tiada lagi negara / daulah (stateless).

Sehingga ke hari ini, idea ini masih lagi absurd (kabur), walaupun benar impian yang didambakan Karl Marx itu murni, tetapi utopia itu samalah seperti utopia ahli – ahli falsafah dahulukala (Plato, Yunani * The Republic, Farabi, Islam* Al – Madinatu Fadhilah, Thomas Moore, Barat* Utopia), walaupun seringkali pendokong – pendokong Marxism mendakwa bahawa ideology yang dijunjung mereka, adalah saintifik.

Kerana itu, walaupun regime communist (nama lain bagi ‘classless society’) berjaya menumbangkan regime – regime feudal – borjuis – capitalist, daulah yang mereka perintah tidak ubah lebih buruk dan teruk bahkan tidak berlebihan jika dikatakan lebih dahsyat dan mengerikan dari regime capitalist yang ditumbangkan.

Seperti yang disebutkan di atas tadi, sememangnya keadaan ‘diktator proletariat’ (dictatorship of proletariat) pernah berlangsung dan masih berlangsung, di dalam regime communist. Kita boleh melihat yang masih kental dengan idea ‘diktator proletariat’ ini seperti di Korea Utara, dan yang telah dihancurkan seperti di Timur Tengah yang dulunya mereka menganut Baath Party,  dan kesemua regime communist di Asia Tenggara, ciri yang paling ketara adalah negara yang mereka perintah tidak mempunyai demokrasi (ketiadaan pilihanraya), yang paling mengerikan seperti yang berlaku di Cambodia / Kemboja / Kampuchea yang diperintah oleh regime Khmer Rouge dipimpin Pol Pot. Benarlah seperti yang dikatakan Hayek, untuk mewujudkan idea Karl Marx ini, hanya boleh dilaksanakan dengan konsep ‘dictatorship of proletariat’.

Kerana itu Hutomi mempertikaikan apakah logik idea classless society itu jika dicabar dengan konsep ‘welfare state’ (negara berkebajikan)? Hutomi menjelaskan lagi bahawa ‘welfare state’ yang dimaksudkan beliau bukanlah Negara sekadar pemerhati (watch – dog) yang tidak boleh ikut campur atas urusan individu warganya, namun berusaha proaktif untuk menyejahterakan rakyatnya. Suatu persoalan ditanyakan Hutomi sendiri, apakah kelas – kelas sosial itu akan tercabut saat masyarakat mencapai kemakmurannya dalam ‘welfare state’? Atau idea ‘classless society’ itu sebenarnya hanyalah angan – angan palsu?

Hutomi menjelaskan lanjut tentang idea ‘welfare state’ itu, bahawa gagasan ini pertama kali dipraktikkan di Eropah dan Amerika Syarikat pada abad ke – 19 yang ditujukan untuk mengubah kapitalisme menjadi lebih manusiawi (compassionate capitalism).

Konsep ini mencapai puncaknya di era ‘golden age’ pasca Perang Dunia II. Dan kini idea ‘welfare state’ itu masih terpakai oleh negara maju dan membangun, antaranya yang popular seperti yang dianut oleh negara – negara Skandinavia, seperti Sweden, Denmark dan Findland, termasuklah German dan Austria.

Mengikut pandangan Hutomi lagi, idea ‘welfare state’ lahir dari rahim liberalisme, terutama liberalisme modern yang menganggap negara harus turut bertanggungjawab atas rakyatnya (bukan lagi seperti yang difahami aliran liberalisme klasik), bahkan idea ‘welfare state’ ini nampaknya ikut hadir dalam benak sosialis seperti Sjahrir, sosok sosialis terkemuka di Indonesia.

Bagi Sjahrir, negara berkebajikan / kesejahteraan (‘welfare state’) akan dapat mengurangkan masalah kemiskinan, memajukan keseteraan sosial, kestabilan sosial dan ekonomi yang berkesan. Secara ideologynya, cita – cita Sjahrir merupakan bentuk peralihan antara capitalism laissez – faire menuju sosialisme dalam bentuk negara kesejahteraan ‘Universalits Welfare State’, iaitu regime / daulah / negara yang berkebajikan / kesejahteraan sosial demokrat dengan jaminan sosial yang universal dan kelompok sasaran yang luas.

Hutomi berpandangan, kemungkinan Karl Marx yang sangat yakin akan gagasan ‘masyarakat tanpa kelas’ ini, yang mengutarakan bahawa masyarakat akan berkembang ke tahap di mana tiada lagi kelas – kelas sosial di dalamnya, terlepas pandang akan keupayaan dan kemampuan masyarakat menyesuaikan diri dengan capitalism – tahap terakhir sebelum idea communist.
(feudal – borjuis – monarchy, capitalism, socialism, communist)

Hal ini yang dikritik oleh Bernstein yang menyatakan bahawa perjuangan kelas (class struggle) tidak semestinya dicapai dengan revolusi, apatah lagi revolusi kelas pekerja. Jika kita melihat dengan lebih jujur tanpa bias ideology, kita akan menyaksikan bahawa Revolusi Rusia 1917 bukanlah berlaku kerana revolusi kelas pekerja (malahan kontradiksi dengan idea materialisme histori, bahawa selepas feudal – borjuis Tsar, bukanlah socialism tetapi mestilah berlaku capitalism terlebih dahulu, malangnya sebaliknya yang berlaku dan tidak dihiraukan oleh penganut – penganut ‘saintifik’ ini) tetapi berlaku kerana sekelompok orang daripada Parti Bolshevik yang berhasil mendapatkan kekuasaan melalui revolusi berdarah hingga berhasil menduduki tampuk pemerintahan. Setelah itu barulah pemikiran – pemikiran socialism diterapkan kepada seluruh rakyatnya. Begitu jugalah apa yang berlaku di Republik of China, socialism di German Timur termasuk di negara – negara Eropah Timur. Semua ini terjadi bukan kerana perjuangan kelas (class struggle) tetapi disebabkan cengkaman dan penjajahan negara socialist ke atas negara – negara tersebut. Atas penjajahan ini maka socialism dapat diterapkan secara menyeluruh.

Malah lebih menggelikan hati, sepatutnya negara – negara yang lebih maju yang lebih awal bertransformasi menjadi negara – negara communist, bukannya negara – negara miskin dan mundur, tetapi sampai ke hari ini Amerika tetap Amerika, Eropah Barat tetap Eropah Barat, sementara Britain yang begitu lama mempunyai Parti Buruh pun, tidak bertukar – tukar menjadi negara / satelit communist, adakah orang – orang di negara maju belum mempunyai ‘kesedaran sosial yang tinggi’ lagi, sepertimana orang – orang di negara – negara miskin?
Di sana tetap terdapat golongan capitalist dan golongan pekerja (working class), dan para pekerja juga membenci majikan – majikan yang menindas mereka , namun negara – negara maju tersebut tidak juga berubah menjadi negara socialist, bahkan masih lagi menjadi negara capitalist hingga sekarang.

PEKERJA MALAYSIA: TERPINGGIR di BUMI KAYA!
Selepas menjelaskan betapa mimpinya idea ‘classless society’ tadi, barulah kita masuk ke dalam kupasan tentang buku yang merupakan siri tulisan seorang aktivis rakyat (sekarang senator) yang menulis dalam akhbar Suara PRM dalam ruangannya Bicara Buruh.

Selepas penjelasan tentang idea – idea utopia Marx itu, barulah kita boleh jelas terhadap kaedah apa yang sepatutnya kita gunakan dalam menghentam capitalism yang menindas kaum pekerja. Kita tidak dapat memikirkan bagaimana kehidupan yang ‘classless’, kerana siapa yang akan menghasilkan barang – barang? Kaum pekerja tetap akan ada sampai bila – bila, miskin dan kaya tetap akan wujud sampai bila – bila, cuma sistem ekonomi yang berkiblatkan 100 % capitalism ini, sememangnya menjahanamkan fikrah – jasadiah – rohaniah umat manusia. Maka dengan itu memilih kepada idea ‘welfare state’ tidaklah terlalu ‘mimpi’ dan angan – angan mat jenin. Walaupun Hutomi sinis sekali terhadap idea classless society, dan mengatakan adalah ‘nonsense’ untuk idea ini terlahir dalam ‘welfare state’, kerana bagi Hutomi, bagaimana negara yang sudah mereduksi (mengurangkan) ketegangan sosial, tekanan ekonomi, merapatkan jurang miskin – kaya dengan cara mengagihkan wang dari poket kaum kaya kepada kaum miskin mirip dengan gagasan socialism tentang peranan negara, akan melahirkan anak – anak bangsa yang bangkit protest? Sindir Hutomi, bahawa semangat yang dimiliki warga negara pun turun sejak pemerintah telah menjamin keseluruhan hidup mereka. 

Bukankah kalau perut sudah kenyang, kita jadi mengantuk? Maka apakah orang – orang yang sudah kenyang ini dapat kita mengharapkan melakukan revolusi yang akan menghilangkan seluruh kelas sosial dalam masyarakat modern, tanya Hutomi.

Maka buku ini mencatat keluh kesah seorang pemimpin kaum pekerja yang menulis tentang ketertindasan kaum buruh di zaman yang globalisasi ini. Betapa hari ini begitu ramai orang mudah menyebutkan perkataan ‘globalisasi’ itu tanpa faham apakah yang diusung oleh globalisasi itu. Mereka ini, sindir Syed Shahir, tidak ubah seperti burung tiung yang dibela oleh kawannya.

Globalisasi menurut Syed Shahir adalah merupakan suku kata yang ditutur oleh setiap bibir manusia di dunia kini. Namun maksud dan takrifan mungkin berbeza di antara seorang penutur dengan yang lain, bergantung kepada latar belakang politik, ekonomi dan sosial sang penutur. Yang utama ialah kesan dari proses globalisasi tersebut terhadap umat manusia.
Syed Shahir dalam buku yang diterbitkan oleh SIRD ini mempersoalkan tentang betapa kaum pekerja di tanahair berada di dalam posisi yang agak lemah. Syed Shahir menanyakan perubahan negara yang telah banyak berubah lebih daripada tiga dekad lalu apakah taraf dan martabat pekerja turut berubah pada tahap yang sewajarnya selaras dengan kemajuan zaman yang ada sekarang?

Gaji minimum yang diperlukan oleh pekerja – pekerja di Malaysia ialah gaji yang sewajar atau selayaknya buat manusia. Ertinya menurut Syed Shahir, gaji tersebut mestilah cukup untuk menampung segala kos perbelanjaan kehidupan untuk dirinya dan keluarganya. Dengan naiknya harga bahan bakar seperti minyak petrol, diesel, gas memasak (setiap tahun, tanpa kawalan) yang sekaligus menjadikan harga barangan dan perkhidmatan turut naik tentunya memberikan dampak yang cukup hebat terhadap golongan berpendapatan rendah termasuk pekerja. Bagaimana tidak naiknya indeks jenayah yang semakin tinggi hari demi hari sekiranya pekerja – pekerja yang tidak mampu mengikat perut atau melakukan lebih dari satu pekerjaan, terpaksa melakukan jenayah?

Setiap kali perangkaan mengenai kemalangan perusahaan yang membawa kepada maut dipaparkan, kita menjadi bimbang. Banyak pekerja yang maut semasa melakukan pekerjaan dalam semua sektor termasuk pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, perladangan dan sebagainya. Di masa yang sama, tulis Syed Syahir lagi, banyak juga yang kehilangan anggota dan pancaindera yang sudah tentu menjejaskan kehidupan mereka. Pekerja – pekerja juga terdedah kepada penyakit yang diakibatkan oleh pekerjaan seperti terdedah kepada bahan kimia, gas, bahan bertoksik, tekanan (stress) yang memberi efek kepada jiwa, bahaya fizikal dan biologikal. Harga yang selama ini dibayar oleh kelas pekerja adalah terlalu mahal, tegas Syed Shahir.

Ada kisah menyayat hati yang dilekatkan di dalam kumpulan tulisan ini, iaitu pada 10 Mei 1993, sebuah kilang yang membuat permainan kanak – kanak telah terbakar. Kilang ‘Kader Toy Factory’ yang terletak di pinggir ibu kota Bangkok terbakar, menyebabkan sebanyak 188 orang menemui maut manakala 469 yang lain mengalami kecederaan parah. Kebanyakan daripada pekerja – pekerja ini adalah perempuan. Mereka terperangkap di dalam kilang kerana semua pintu masuk dan keluar dikunci. Tindakan pemiliki kilang ini mengunci semua pintu adalah untuk mengelak daripada pekerja – pekerja mencuri barang permainan keluaran kilang tersebut. Kebanyakan pekerja perempuan yang cuba menyelamatkan diri terpaksa terjun dari tingkat 3 dan 4.

Setiap dasar dan polisi yang dibuat dan diputuskan pula, yang menyentuh kepentingan para pekerja jarang sekali dirundingi dengan pekerja atau pemimpin – pemimpinnya. Seolah – olahnya, di negara ini kata Syed Shahir, hanya segelintir manusia sahaja yang layak berfikir dan selanjutnya memutuskan apa yang baik untuk majoriti rakyat. Mungkin bagi elite ini, rakyat termasuk pekerja hanya layak bekerja sahaja. Berbeza dengan negara – negara lain di dunia, bahawa suara pekerja didengar, pekerja diajak berunding sebelum sesuatu dasar atau polisi diputuskan.

Kesatuan pekerja telahpun wujud di Malaysia lebih dari 110 tahun, kesatuan pekerja sepatutnya bukanlah sesuatu yang asing di negara ini, tetapi malang sekali, dari sejumlah lebih daripada 10 juta tenaga kerja (kata pengantar Syed Shahir ini ditulis tahun 2006) yang terdapat di Malaysia, jumlah pekerja yang menganggotai kesatuan pekerja adalah kurang daripada 10 peratus. Ada banyak sebab kata Syed Shahir, mengapa jumlah peratusan pekerja yang menganggotai kesatuan pekerja masih rendah. Antara lain, ialah karenah birokrasi dalam pentadbiran, dasar yang tersirat yang tidak menggalakkan wujudnya kesatuan pekerja yang besar dan kuat, penentangan hebat oleh para majikan, sikap pasif pekerja, dan termasuklah pimpinan pekerja yang tidak benar – benar komited dan sebagainya.

Syed Shahir turut mengkisahkan tentang pemogokan, sebuah kuasa brutal yang cuma ada di tangan kaum pekerja. Sekiranya seluruh kaum pekerja bersatu, pastilah kilang – kilang tidak akan berani mempermain – mainkan mereka. Ini menunjukkan bahawasanya kesedaran yang ada belum di paras mendidih lagi. Dan sebenarnya yang lebih patut untuk diteliti adalah, hanya semangat protest, melahirkan kebencian sahaja tidak membuahkan apa – apa. Sewajibnya yang berada di front paling hadapan, iaitu pimpinan kaum pekerja yang sepatutnya membimbing kaum pekerja. Kesatuan pekerja sewajibnya diperkuatkan. Malang sekali, apakah kepimpinan kaum pekerja berminat dengan pendidikan terhadap diri mereka sendiri?

rujukan
zine INQILAB

PEKERJA MALAYSIA: TERPINGGIR DI BUMI KAYA! (SYED SHAHIR SYED MOHAMUD)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)?

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk sastera untuk