Langkau ke kandungan utama

MENGAPA MAHASISWA MENGGUGAT?



*Mahasiswa Menggugat, susunan Muhammad Abu Bakar ini mengisahkan tentang kajian akademik perjuangan siswa pasca kemerdekaan.

*Mengapa Mahasiswa Memberontak?

Mengikut Prof. Donald Rogan, dalam bukunya The Campus Apocalypse, bahawa gerakan pelajar - pelajar mempunyai hubungan rapat dengan persoalan mencari 'kerahmatan' atau salvation. Rogan yang telah membuat peninjauan tentang aktiviti - aktiviti selama dua puluh tahun itu seterusnya menekankan bahawa pelajar - pelajar adalah berjuang untuk mengelakkan diri dari menjadi manusia - manusia yang bertanggungjawab kepada kedudukan dunia dewasa ini (yang penuh kecelakaan?).

Akibatnya, Rogan menekankan, ada di antara pelajar - pelajar yang mencari jalan keluar melalui seks, madat dan seterusnya menerusi aktiviti - aktiviti ganas. Aktiviti - aktiviti ini, menurut Rogan termasuklah demonstrasi dan mogok yang kadang - kadang membawa kepada pergolakan dengan pihak polis. Dengan aktiviti - aktiviti ini juga mereka percaya bahawa message mereka dapat didengar dan seterusnya dapat melahirkan kesan - kesan dalam perjuangan mereka untuk membentuk masyarakat yang lebih adil dan rasional (yang ideal).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mitos Peribumi Malas, Karya Syed Hussein Alatas

Oleh: Azli Sidek Syed Hussein Alatas.  Mitos Pribumi Malas: kajian imej orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam kapitalisme penjajah , penterjemah Zainab Kassim, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, m/s 275.  . Syed Hussein melihat kapitalisme kolonial yang berlaku di tanah jajahan membawa kepada satu penindasan kepada masyarakat pribumi. Syed Hussein menggunakan Metodologi sosiologi pengetahuan yang mana pengkajian tentang ideologi kapitalisme kolonialisme yang menganggap bahawa masyarakat pribumi malas dan tidak mempunyai inisiatif untuk melakukan pekerjaan dan begitu pula pengkajian ideologi masyarakat peribumi yang tidak sebegitu rupa walaupun terdapat sebahagian yang berwatakan pemalas tetapi Syed Hussein menganggap perkara ini tidak boleh diwakilkan kepada keseluruhan masyarakat pribumi tersebut.             Buku ini juga menerangkan bukti – bukti sejarah yang bermula daripada abad ke 16 hingga ...

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

MENGENAL DIRI TOK KENALI

((Sdr. Huzaifah Shaharuddin)) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". ( Al-A'raaf 7:172 ) Maafkan aku Tuhan kerana aku terleka dan lalai. Sudah terlalu lama aku terkhayal sehingga terlupa dengan janji. Aku lupa, benar-benar lupa. Sudah tiba masa untuk bangkit, melangkah untuk meneruskan perjalanan. Kehidupan ini seumpama berjalan di atas titian. Bermula dengan kelahiran dan penamatnya adalah kematian. Sewaktu berjalan menuju penamat hayat ini, ada banyak hentian-hentian yang memukau dan mele...