Oleh: Zawani Syafiqah Faridah Hanom atau naskah asalnya yang bertajuk ‘Setia Asyik Kepada Masyuknya’ atau ‘Shafik Afandi Dengan Faridah Hanom’ adalah sebuah karya klasik oleh pelopor Kaum Muda di Tanah Melayu sebelum merdeka yang kurang dikenali dan diangkat hari ini iaitu Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi. Karya klasik yang bersifat romantis ini bukan semata-mata berkisarkan percintaan Faridah Hanom dan kekasihnya Shafik Afandi tetapi juga turut diselitkan isu emansipasi wanita (proses pembebasan wanita dalam agama atau ekonomi untuk mendapatkan hak yang sama rata dengan lelaki) dalam pergelutan adat dan agama. Di dalam karya ini, Faridah Hanom ditonjolkan sebagai watak seorang perempuan berbangsa Arab (Mesir) yang bukan sahaja cantik rupa parasnya malah juga beradab dan berpendidikan tinggi; digambarkan bahawa dia fasih Bahasa Perancis dan tinggi ilmu agamanya seperti kebolehan membaca kitab-kitab ulama. Dia juga mempunyai cita-cita yang tinggi dan mulia yakni ingin membe...
'melawan dengan buku!'