Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ANARKIS

NOTA PENERBIT UNTUK BUKU PERIHAL ANARKISME KARANGAN NOAM CHOMSKY

  NOTA PENERBIT UNTUK BUKU PERIHAL ANARKISME KARANGAN NOAM CHOMSKY   Sepengetahuan kami selaku penerbit buku-buku progresif, di Malaysia hanya ada satu setakat ini buku yang ditulis tentang anarkisme yang agak khusus (walaupun ada juga tajuk-tajuk lain dalam buku tersebut) iaitu The Black Book (tajuk bahasa Inggeris tetapi isinya dalam Bahasa Melayu) tulisan Raja Otek terbitan Cukong Press. Sementara seperti biasa, Indonesia yang selalu mendahului dalam bab budaya termasuk literasi lebih meriah dan rancak. Antara dalam pemerhatian kami yang paling awal ialah Marjin Kiri yang banyak memfokuskan pada anarkisme berbanding penerbit seperti Resist Book, Ultimus, Yayasan Obor, Kendi, Berdikari, Komunitas Bambu dll. (Bahkan Marjin Kiri di kesempatan yang lain seolah cuba mempertautkan anarkisme dan Nietzsche dalam sebuah buku terjemahan mereka, dengan memberikan fakta bahawa Emma Goldman antara tokoh feminis anarkis yang kerapkali mengangkat Nietzsche dan mengkuliahkan idea-idea ...

IDEOLOGI: Sebuah Memoir Zin Mahmud, Sebuah Ulasan Lucy M

Oleh: Lucy M Dah habis baca buku memoir Pak Zin berjudul Ideologi. Buku yang hilang itu hari telah ditemui semula. Inilah petanda kebesaran tuhan. Buku memoir Pak Zin ini menceritakan perjalanannya dalam menukang aliran pemikirannya. Pada usia muda, semangat membaca telah meluap-luap di dalam diri Pak Zin dan mempertemukannya dengan buku-buku ideologikal. Salah satunya ialah sosialisme. Sebaik saja membaca buku itu, serta-merta Pak Zin mengaku dirinya sosialis. Gua tak tipu. Ini tulisan Pak Zin sendiri. Namun, perjalanan dalam menjadi seorang sosialis bukanlah sehala semata apatah lagi tanpa ranjau dan liku. Di dalam pengamatan Pak Zin terhadap iklim politik dunia pada zamannya itu memperlihatkan aliran sosialis telah pun berpecah kepada pelbagai blok dan arus. Ada yang mengikuti arus China Merah. Ada yang mengikuti arus Rusia. Ada juga yang pro kepada sosialisme tapi memilih untuk berkecuali dari menuruti dua arus besar ini. Memoir Pak Zin ini, bagi gua antara memo...

WHAT IS PROPERTY

Penulis: Pierre Joseph Proudhon Terbitan: Open source ‪#‎ ringkasan_nota‬   ‪#‎ what_is_property‬ Buku Proudhon ni boleh di download dalam bentuk *.pdf di  libcom.org , anarchy archieves dan jugak anarchy library. Memang aku ade sikit rasa payah lah baca buku ini seperti jugak mana-mana buku anarchist klasik yang menggunakan bahasa Inggeris klasik. Property yang dimaksudkan oleh Proudhon di sini bukanlah seperti yang golongan neo-classical economy dan liberal faham. Bukan yang seperti kita diajar. Ia adalah pandangan Proudhon sebagai seorang mutual anarchist. Dan ia lebih kepada kritikan ke atas sistem kapitalis yang hanya memberi faedah atau hasil pertanian kepada tuan punya tanah dan bukannya hanya pada pekerja. Buku ni memang penuh dengan kritikan keras beliau ke atas pemilikan property berdasarkan dua konsep: Ketidak adilan pemilik property dan membawa kepada penindasan orang lain semata-mata mahu keuntungan yang berasaskan greed dan profit semata-mata. ...