”ontologi (apa), epistemologi (bagaimana),
dan axiologi (untuk apa)”
Nasution seterusnya membahaskan secara ringkas tentang apa
itu pengetahuan, dan bagaimanakah cara memperoleh pengetahuan iaitu epistemology yang berasal dari perkataan
episteme.
Kaum materialist yang
tak percaya kepada agama seringkali menuduh bahawa pengetahuan yang diperoleh
dari agama tentang adanya Tuhan, adanya hari kiamat, adanya kehidupan akhirat,
dan sebagainya berdasar atas ilusi dan khayal belaka; atau sekurang –
kurangnya, bahawa pengetahuan yang diberikan agama itu tak membawa keyakinan
tentang kebenarannya.
Untuk melihat apakah tuduhan ini dapat
dipertanggungjawabkan, kata Nasution kita perlu memasuki epistemology. Apakah
kebenaran daripada luar wilayah agama, itu 100% benar dan tidak ada celah lagi
untuk dipersoal?
Menurut Nasution, ada dua theory mengenai hakikat pengetahuan, satu disebut realism. Dan
kedua, idealism. Kemudiannya, selepas dua theory mengenai hakikat pengetahuan,
ada dua lagi theory tentang jalan
memperoleh pengetahuan, iaitu sama ada jalan empirical dan rasional.
Realism
mempunyai
pandangan yang realistic terhadap
dunia ini. Pengetahuan menurut realism
adalah gambaran, atau salinan (copy)
yang sebenarnya dari apa yang ada dalam alam nyata (dari fakta, antaranya).
Pengetahuan atau gambaran yang ada dalam akal adalah salinan (copy) dari yang asli yang terdapat di
luar akal. Tak ubahnya sebagai gambaran yang terdapat dalam gambar foto. Realism berpendapat bahawa pengetahuan
adalah benar dan tepat, sesuai dengan kenyataan.
Sementara theory
kedua, disebut idealism, yang berpendapat bahawa mempunyai gambaran yang benar
– benar tepat dan sesuai dengan kenyataan adalah mustahil. Pengetahuan adalah
proses – proses mental atau proses psychology dan ini bersifat subjective. Oleh
kerana itu pengetahuan bagi seorang idealis hanya merupakan gambaran subjektif
dan bukan objektif tentang kenyataan. Subjective dipandang dari sudut yang
mengetahui, iaitu dari sudut orang yang membuat gambaran tersebut. Pengetahuan menurut
theory ini tidak menggambarkan
kebenaran yang sebenarnya; pengetahuan tidak memberikan gambaran yang tepat
tentang hakikat yang ada di luar akal. Yang diberikan pengetahuan hanyalah
gambaran menurut pendapat atau penglihatan orang yang mengetahui.
Kalau ada dua theory
mengenai hakikat pengetahuan, ada pula dua
theory tentang jalan memperoleh pengetahuan:
Yang pertama disebut empirical.
Menurut empirical, pengetahuan
diperoleh dengan perantaraan pancaindera. Pancaindera memperoleh kesan – kesan dari
apa yang ada di alam nyata dan kesan – kesan itu berkumpul dalam diri manusia. Pengetahuan
terdiri dari penyusunan dan pengaturan kesan – kesan yang berbagai rupa ini.
Theory kedua
disebut, rasionalisme, mengatakan bahawa pengetahuan diperoleh dengan
perantaraan akal. Betul dalam hal ini akal berhajat pada bantuan pancaindera
untuk memperoleh data dari alam nyata, tetapi akallah yang menghubungkan data
ini satu dengan yang lain, sehingga terdapat apa yang disebut pengetahuan. Dalam
penyusunan ini, akal mempergunakan konsep – konsep rasional atau idea – idea universal.
Konsep – konsep dan idea – idea ini
sendiri merupakan hakikat dan mempunyai wujud dalam alam nyata, bukan dibuat
manusia, tetapi adalah bahagian dari nature.
Yang dimaksud kelihatannya adalah prinsip – prinsip universal yang terdapat dalam alam, iaitu hukum – hukum alam
(sunnatullah / law of nature). Umpamanya
hukum sebab musabab.
Kalau ada yang bergerak, mesti ada yang menyebabkannya bergerak.
Dari keempat theory
di atas, tersusun pula theory – theory
berikut:
Realism
empirical: pengetahuan diperoleh dengan perantaraan pancaindera dan
pengetahuan ini merupakan ‘copy’ atau
salinan yang sebenarnya tentang fakta – fakta yang ada di luar akal. Menurut theory ini, pengetahuan menggambarkan
kebenaran. Tetapi theory ini tidak
tahan terhadap kritik bahawa pancaindera tidak selamanya memberikan gambaran
yang benar tentang hakikat yang ada di luar akal. Pancaindera terkadang
berbohong / terbohong.
Idealism
empirical: pengetahuan diperoleh dengan pancaindera, tetapi
pengetahuan ini tidak memberikan gambaran yang sebenarnya tentang hakikat. Menurut
faham ini pengetahuan tentang apa yang benar tak mungkin diperoleh.
Idealism
rasional:
pengetahuan diperoleh dengan perantaraan akal dan pancaindera, tetapi
pengetahuan ini juga tidak memberikan gambaran yang sebenarnya tentang hakikat.
Sekurang – kurangnya manusia tak akan mampu mengetahui apakah gambaran yang
diberikan tentang hakikat itu sesuai atau tidak sesuai dengan kenyataan. Yang paling
tinggi dapat diperoleh menurut ‘idealism rasional’ini
hanyalah pengetahuan tentang wujud sesuatu dan bukan pengetahuan tentang
hakikatnya
Realism
rasional:
pengetahuan diperoleh dengan perantaraan akal dan pancaindera. Dalam pemikirannya
mengenai data yang diberikan pancaindera, akal mempergunakan prinsip – prinsip universal,
dan hasil pemikiran ini merupakan ‘copy’
atau salinan yang benar tentang hakikat. Kebenaran di sini pun bukan bererti
kebenaran mutlak, tetapi kebenaran yang dekat pada hakikat, iaitu menurut
kesanggupan tertinggi dari akal dalam mendekati hakikat itu.
Theory inilah
yang dipakai dalam bidang ilmiah. Data yang diperoleh dari observasi dalam alam
dikumpulkan dan dari data ini diambillah satu kesimpulan, iaitu pengetahuan. Tetapi
susahnya dalam hal ini tidak semua data yang ada dalam alam dapat dikumpulkan. Alam
terlalu besar dan masa berjalan terus. Yang dapat dikumpulkan hanyalah
sebahagian dari data dan itu pun data yang telah terjadi (data yang belum
terjadi tak dapat dibuat jadi bahan observasi),
dan oleh kerana itu pengetahuan yang diperoleh bukanlah sebuah
pengetahuan yang lengkap; tetapi pengetahuan yang belum sempurna, kerana data
yang dikumpulkan, tidak sempurna. Oleh kerana itu seorang saintis hanya
mengadakan hipotesis dan hipotesis ini dipandang benar, selagi data yang datang
kemudian memperkuat kebenaran hipotesis tadi. Tetapi kalau data yang datang
kemudian memberikan gambaran lain, mencabar data sebelum, hipotesis tadi harus
diubah.
Dengan demikian pengetahuan – pengetahuan yang ada dalam lapangan
ilmiah belum tentu menggambarkan kebenaran yang sebenarnya. Selama ia belum
ditentang oleh data baru, ia dipandang benar. Tetapi tidak ada kepastian bahawa
data yang belum dapat dikumpulkan manusia, selamanya akan memberikan gambaran –
gambaran yang sama dengan gambaran yang diberikan data sebelumnya.
Kesimpulannya, semua theory
– theory yang tersebut di atas tidak membawa kepada pengetahuan yang benar –
benar memberi keyakinan bahawa apa yang diketahui adalah betul – betul sesuai
dengan fakta – fakta yang ada dalam kenyataan. Pengetahuan tentang alam materi,
walaupun pengetahuan itu diberikan secara ilmiah, belumlah tentu dan pasti
kebenarannya.
Kebenaran masih mampu diragukan. Oleh kerana itu banyak
filosof – filosof yang bersifat skeptic,
ragu – ragu bahawa kebenaran sebenarnya akan dapat diketahui manusia, seperti Hume, Descartes dsbnya. Juga Al –
Ghazali, kerana bagi Al – Ghazali, baginya akal tidak membawa kepada keyakinan.
Al – Ghazali lebih percaya kepada qalb
yang dapat sampai ke makrifat dalam faham tasawuf.
Akhirnya, kalau orang yang tak percaya kepada agama menuduh
bahawa pengetahuan – pengetahuan yang diberikan agama tidak menimbulkan
keyakinan bagi mereka, maka pengetahuan yang diperoleh secara ilmiah sekalipun
sebenarnya tidak pula membawa kepada keyakinan yang kuat. Kebenaran – kebenaran
yang dihasilkan pemikiran di luar lapangan agama, bahkan yang dihasilkan dalam
lapangan ilmiah sekalipun, belum tentu benar.
RUJUKAN:
BUKU: Falsafat Agama oleh Harun
Nasution
LINK: https://dadananugrah.wordpress.com/2009/03/21/epistemologi-melacak-sumber-ilmu-barat-islam/
Ulasan
Catat Ulasan