Langkau ke kandungan utama

“Tasawuf Sebagai Kritik Sosial”








((Ahmad Choirur Roziqin))
0192841820


Buku ini merupakan refleksi daripada usaha untuk memperkuat pola fikir moderat, keseimbangan, keadilan dan sikap toleransi dalam Islam. Islam selama ini selalu dimunculkan dalam rupa yang ganas, dalam segenap aksi kekerasan dan anarkisme. Adalah sesuatu yang amat membimbangkan bagi kita apabila ada sekelompok umat Islam yang mengangkat simbol-simbol Islam untuk menjustifikasi tindak kekerasan dan perosakan terhadap sarana umum dan tempat ibadah.

Tasawuf, yang menjadi titik perbahasan dalam buku ini, merupakan salah satu elemen penting yang terlupakan oleh masyarakat Muslim kini. Apabila kita sekarang terlalu fokus pada aspek eksoteris sahaja, terlalu fokus pada nama, kulit, institusi ataupun gelaran semata. Kerapnya beberapa tindakan intimidasi, pemaksaan dan kekerasan yang membawa nama Islam mengukuhkan lagi kenyataan bahawa etika dan moraliti, yang menjadi inti ataupun nilai esoteris Islam,  sudah terlepas jauh daripada pengamalan keagamaan umat.

Ini kerana, esensi Islam bukan sahaja terletak pada dimensi legal-formal simbol-simbolnya. Malah, perilaku dan akhlak manusialah yang menjadi prioriti utama dalam melahirkan masyarakat yang mulia. Dalam surah Ash Shaffat ayat 33 disebutkan, “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang-orang yang berseru kepada Allah dan beramal salih, lalu berkata aku ini termasuk orang Muslimin.

Dalam ayat tersebut, jelas yang diutamakan adalah intipati ataupun usaha menyeru kepada Allah dan esensi beramal salih. Formaliti sebagai seseorang yang bergelar Muslim bukanlah tidak penting, tetapi ia dikemudiankan setelah usaha menggerakkan dan mengamalkan nilai-nilai murni Islam. Antara hikmah mengapa formaliti Islam diakhirkan dalam ayat tersebut ialah,  untuk menghindari lahirnya golongan munafik dan hipokrit dalam Islam. Kerana golongan munafik bersikap lebih mendahulukan bentuk formal, legal, ataupun simbol keagamaan, daripada melaksanakan amal salih dan akhlak mulia.

Dalam konteks inilah signifikansi tasawuf ditinjau kembali dari segi pembawaan utamanya, yang hanya sebatas ritual dan asketisme (kezuhudan) yang bersifat peribadi. Asumsi dasar yang melatarbelakangi buku ini ialah bahawa tasawuf merupakan sebuah misi kemanusiaan, yang melengkapi misi Islam secara holistik, mulai dari dimensi iman, Islam dan ihsan. Dan, posisi tasawuf  berada atau wujud sebagai aktualisasi dimensi ihsan dalam Islam ini, sehingga mampu melahirkan umat Islam yang tawassut (moderat), tawazun (seimbang), I’tidal (adil) dan tasamuh (toleran).

Perbincangan di dalam buku ini dibahagikan kepada tujuh bahagian :
1. Tasawuf, moraliti dan kekuasaan; yang cuba menyorot makna tasawuf dari segi etika pembebasan, melihat jihad dan terorisme dalam perspektif kesufian, serta persaudaraan antar iman

2. Rekonstruksi Fiqh Siyasah dan peran politik umat; membedah peranan ulama sebagai subjek (pelaku) dalam politik semasa. Juga turut membincangkan, apakah visi politik ulama? Di akhir bab, disentuh peranan ulama sebagai high politics, yang mewajibkan para ulama terlibat langsung dalam menyelesaikan masalah masyarakat kecil, di samping harus tetap menjaga jarak dengan para pemerintah.

3. Pesantren pendidikan Islam & basis komuniti moral; membahas tentang kontribusi pesantren sebagai tunjang pendidikan utama di Indonesia, pengorbanan para kiai dan santri (pelajar agama) dalam menyumbang ke arah kemerdekaan, serta tarbiyah & keislaman yang inklusif.

4. Islam membela hak-hak perempuan; di dalam bab ini dibahaskan tentang kedudukan wanita di dalam Islam. Ia mengambil jalan tengah antara golongan konservatif dan juga feminis ala Barat. Wacana ini sudah dapat dibuktikan apabila pada tahun 1957, Nahdatul Ulama (NU) memutuskan bahawa wanita boleh menjawat sebagai wakil rakyat.

5. Islam & inspirasi kebangsaan : teologi kerukunan dan kemajemukan bangsa; bab ini menyoroti bagaimana peranan Islam dalam mempererat persaudaraan terhadap sesama Muslim melalui ukhuwah Islamiyah, malah termasuk juga terhadap pelbagai suku bangsa dan agama di Indonesia.

6. Islam, hak asasi manusia & problem-problem kemanusiaan; bab ini juga amat menarik. Memandang hak asasi manusia dalam kacamata Islam, kemudian dikukuhkan melalui butiran-butiran Maqasid Syariah. Bagaimana umat Islam Indonesia memandang masalah perjudian, kemiskinan dan juga kesihatan masyarakat. Fiqh, yang merupakan cerminan daripada Syariah, telah mengalami perkembangan yang amat baik di sana, sehingga mampu mendepani isu-isu terkini. Sehingga hukum-hukum yang dikeluarkan bukan hanya hitam putih, bukan hanya antara halal haram.

7. NU & inspirasi untuk transformasi sosial; di dalam bab terakhir ini ditegaskan tentang peranan penting NU dalam membangun umat Islam Indonesia. Melalui pegangannnya, “menjaga tradisi lama yang baik, dan mengambil perkara baharu yang lebih baik” (al muhafadhatu bil qadim al shalih, wal akhdzu bil jadiid al ashlah), NU cuba untuk terus eksis sebagai gerakan Islam yang mampu menampakkan wajah Islam rahmatan lil ‘alamiin.

Buku ini ditulis pada tahun 2006, oleh K.H (baca : Kiai Haji) Said Aqil Siraj, salah seorang cendekiawan Muslim kelahiran Cirebon, Indonesia. Beliau terlibat aktif dalam gerakan NU, sebuah organisasi Islam terbesar dan paling berpengaruh di Indonesia dengan jumlah anggota seramai lebih daripada 30 juta umat Islam Indonesia. Said Aqil kini menjawat sebagai Ketua Umum Pengurus Besar NU bagi sesi 2010-2014. Pada tahun 2013, beliau juga pernah mendapat tempat ke-15 dalam senarai The World’s 500 Most Influential Muslims yang dikeluarkan oleh The Royal Islamic Startegic Studies Centre, Jordan.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang pali...

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S...

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak...