Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Zin Mahmud

Resensi Buku Ideologi Zin Mahmud

Oleh: Farahani Rosman Mengulas sebuah catatan memori seseorang terkemuka bukanlah senang, sekurangnya untuk saya. Catatan memori ini sifatnya peribadi; ia terhadir selepas melalui suatu proses renungan rasa dan rasional. Tertimbul insaf di masa-masa muhasabah diri, tertimbul lucu di masa-masa senang hati. Untuk Zin Mahmud yang lebih tersenyum jika dipanggil Pak Zin, kenangan-kenangan pergerakan fikirnya tertulis setakat upayanya mengimbau noktah-noktah penting dalam hidupnya. Tertulis dalam prakatanya, beliau bersungguh-sungguh ingin menepati memorinya dengan maklumat yang benar. Tarikh, atau tahun itu penting untuk kita faham anggaran semangat zaman yang cuba diterangkan. Begitulah apa yang saya dapat daripada Pak Zin. Buku ini buku yang laris di pasaran. Baru sahaja hinggap di rak buku, ia lesap di tangan orang lain menuju ke meja juruwang. Saya sendiri terpaksa menunggu ia dicetak buat kali kedua dengan kerjasama Republik Buku dan Gerak Budaya. Sesudah memilikinya, barulah saya fa...

IDEOLOGI: Sebuah Memoir Zin Mahmud, Sebuah Ulasan Lucy M

Oleh: Lucy M Dah habis baca buku memoir Pak Zin berjudul Ideologi. Buku yang hilang itu hari telah ditemui semula. Inilah petanda kebesaran tuhan. Buku memoir Pak Zin ini menceritakan perjalanannya dalam menukang aliran pemikirannya. Pada usia muda, semangat membaca telah meluap-luap di dalam diri Pak Zin dan mempertemukannya dengan buku-buku ideologikal. Salah satunya ialah sosialisme. Sebaik saja membaca buku itu, serta-merta Pak Zin mengaku dirinya sosialis. Gua tak tipu. Ini tulisan Pak Zin sendiri. Namun, perjalanan dalam menjadi seorang sosialis bukanlah sehala semata apatah lagi tanpa ranjau dan liku. Di dalam pengamatan Pak Zin terhadap iklim politik dunia pada zamannya itu memperlihatkan aliran sosialis telah pun berpecah kepada pelbagai blok dan arus. Ada yang mengikuti arus China Merah. Ada yang mengikuti arus Rusia. Ada juga yang pro kepada sosialisme tapi memilih untuk berkecuali dari menuruti dua arus besar ini. Memoir Pak Zin ini, bagi gua antara memo...