Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SYAFIQ SHAH

KEADILAN ILAHI - HAMKA

Okey, buku ini aku belum baca lagi, akan tetapi cover nya menarik hati betul. Kawan aku, Syafiq Shah baru sahaja mendapatkan buku ini, selain dua buah buku lagi iaitu Terusir dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, yang dikarang oleh Buya  HAMKA. Syafiq yang masih memburu karya Pak HAMKA bertanya, 'ada info bagaimana nak memburu karya Buya HAMKA yang lain?' Aku ingat ini buku non fiksyen dan sama dengan genre 'Keadilan Ilahi' tulisan sarjana Iran, Murtadha Muthahhari, ternyata bukan. Ini adalah novel tulisan Buya HAMKA. Kata Syafiq, setakat ni, ketiga-tiga karya Buya HAMKA yang dibelinya adalah terbitan Pustaka Dini. Kurang berpuas hati dengan cetakannya, dari sudut font yang terlampau besar. Tetapi isi dalamnya asli, masih tetap memaksa pembaca merujuk kamus  dewan bahasa. Karya Buya HAMKA memang mengasyikkan. Petikan dari novel Keadilan Ilahi - HAMKA: "Wahai anak-anak gadis, bersuami itu biarlah dua perkara. Pertama dapat berlepas hati,...