(review oleh Iman Danial Hakim) Sepanjang satu minggu yang lalu, saya mengisi sela-sela waktu antara program-program dan komitmen bersama keluarga dengan menikmati buku Berfikir Gaya Al Fateh ini. Sultan Muhammad Al Fatih dikagumi kerana beliau adalah insan yang membenarkan hadis Rasulullah (bisyarah nubuwwah). Jarak antara kenyataan Rasululllah ketika peperangan Khandaq dengan peristiwa pembukaan kota Konstatinopel (kini dikenali sebagai Istanbul) hampir 800 tahun lamanya. Dorongan untuk membuka antara kota terkebal pada ketika itu tidak sekadar atas faktor kepercayaan yang tinggi dengan kata-kata Rasulullah, bahkan kesungguhan umat Islam untuk menawan Konstatinopel juga mengambil kira faktor seperti sejarah dan geografi. Konstatinopel masyhur dengan kedudukan strategiknya, menawan Konstatinopel bererti menawan pintu masuk ke Eropah Timur dan mengawal laluan Asia-Eropah. Dari sudut sejarah, kerajaan Byzantin yang memimpin Konstatinopel adalah musuh ketat Islam. Bang...
'melawan dengan buku!'