Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tuhan

Hayy bin Yaqdzon: Manusia dalam Asuhan Rusa

  Oleh: Amirrul Zaki Ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini. Jika Tuhan tidak mengutuskan para Nabi bersamaan kitab suci al-Quran, adakah manusia tidak mengenal Tuhan dan agama? Karya Ibnu Thufail menjelaskan dalam bentuk sastera pertanyaan ini.  Sedikit fakta menarik tentang buku ini. Dalam banyak Ibnu Thufail menulis buku hanya karya Hayy Bin Yadzon dapat diselamatkan dari kebodohan hujung pemerintahan al-Muwahhidun yang mengharamkan ilmu falsafah. Nama penuh Ibnu Thufail adalah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaisi al-Andalusi . Beliau mahir dalam falsafah rasio Aristotle seperti tokoh muslim yang lain seperti Ibnu Sina, al-Kindi dan Ibnu Farabi. Beliau pakar ilmu perubatan sehingga menjadi Doktor peribadi pemerintah. Ibnu Sina juga menulis karya Hayy Bin Yaqdzon tetapi versi berbeza dari karya Ibnu Thufail. Terdapat banyak kekeliruan kerana nama tajuk sama tetapi berbeza penceritaan.  Ibnu Thufail menulis Hayy Bin Yadzon dalam bentuk ...

Tan Malaka & Tuhan

Adakah persoalan ini penting sebenarnya? Mempertanyakan sesuatu yang terlalu personal? Persoalan ini akan merambah kepada persoalan lain sebenarnya, yang hujungnya akan membawa kepada pertelingkahan yang berakhir dengan 'nak tanam di jirat mana?' Kerana jika kita mengatakan Tan Malaka seorang yang bertuhan, maka bertuhan yang mana pula? Adakah bertuhan gaya agnostik -yang berdiri antara ragu dan tidak- ? Atau bertuhan gaya deism -yang Tuhan mengoperasikan alam secara mekanikal- ? Atau bertuhan gaya pantheism -yang Tuhan mencair menjadi segala sesuatu- ? Atau bertuhan seperti mereka yang beragama dalam organized religion? Itu juga harus dipecahkan lagi. Organized religion yang mana? Organized religion ardhi (bumi), atau organized religion samawi (langit)? Organized religion ardhi, seperti Hindu, Buddha, atau organized religion samawi atau semitic religion - seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Atau mudah ceritalah, Islam. Adakah Tan Malaka seorang yang beragama Islam (Muslim)? ...

TEOLOGI KIRI: Dr. Abdul Munir Mulkhan

Oleh: Benz Ali 'Agama sudah mati. Jika Nietzsche mengatakan Tuhan telah mati, aku mengatakan pula agama sudah mati, lebih fokus, khusus dan serius, Islam itu sendiri telah mati. Agama adalah tidak berguna, jika tidak mampu menyelesaikan permasalahan umat manusia. Dan wahyu-wahyu adalah tidak berguna jika manusia itu tidak wujud.' Ini adalah inti kepada apa yang akan aku kumandangkan pada sesi mengupas buku karangan Dr. Abdul Munir Mulkhan berjudul 'Teologi Kiri: Landasan Gerakan Membela Kaum Mustadh'afin, yang diberikan pengantar kata oleh Kuntowijoyo, seorang sasterawan intelektual yang pernah menulis, 'Muslim Tanpa Masjid' dan 'Radikalisasi Petani'. Bukan aku seorang yang mengatakan tentang kematian agama ini. Mulkhan menyebutkan bahawa tesis dari Fukuyama dan Huntington mengatakan bahawa di masa hadapan, agama akan bankrap, agama akan muflis apabila agama sudah tidak mampu memberikan apa-apa nilai guna, memberikan apakah faedah-faedah kepada penganut...