Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MERISIK RINDU

"NAK JADI THUKUL?" ((MERISIK RINDU))

Penghujung Julai 2014, sedang rakyat Malaysia beragama Islam sibuk membuat persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri lahir sebuah naskah antologi yang memuatkan esei, cerpen dan sajak  berjudul ‘Nak Jadi Thukul’. Mengapa Thukul, apa yang tersembunyi di balik perkataan tersebut? Mengapa mesti  dieja thukul  tidak tukul?  Teka-teki ini hanya akan terjawab apabila anda membaca naskah “Nak Jadi Thukul”. Buku tribute ini sebenarnya lebih mengangkat semangat juang seorang seniman  aktivis Indonesia yang secara tidak langsung terlibat dengan kegiatan kesusasteraan iaitu puisi. Selain itu beliau juga terlibat dalam kegiatan teater dan seni lukis. Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya mengapa Wiji Thukul, tidak adakah tokoh sasterawan dari tanah air sehingga perlu kita angkat susuk tokoh luar sebagai contoh? Ya, sudah tentu kita punya ramai susuk tokoh negarawan yang boleh diangkat namun begitu, kelahiran antologi ini bukanlah menolak perjuangan nasionalis ta...

SIAPA PENYAIR? (DEFINISI PENYAIR MENURUT BEDUK LOGAM DALAM ESEI THUKUL DAN PELURU)

Ada orang pm tanya, ‘ penyair ni apa ’? ‘ dan siapa saja yang mampu meluahkan isi dalam kefahaman, pendapat atau apa sahaja, macam tu ke ?’ Dia tanya lagi, ‘ apa maksud sebenar penyair ?’ Aku tak tahu ini salah siapa, atau nak salahkan siapa. Salah cikgu, atau salah murid? Atau salah kementerian? Tetapi kementerian juga, sebelum mereka menjadi kementerian, mereka juga pernah pernah pergi ke sekolah, pernah menjadi murid, dan pernah belajar dengan guru. Guru pula, jika mahu disalahkan kepada mereka sahaja, tentulah tidak adil, kerana sistem dan silibus diuruskan oleh kementerian. Akhirnya salah menyalahkan ini, akan menjadikan kita dalam ‘telur atau ayam, mana yang dulu?’ Aku cuma akan mengatakan ini adalah kejahilan dalam budaya sendiri, budaya jahiliyah terhadap jati diri sendiri, tiada identity , tiada kenal diri, yang menyebabkan kita terperangkap dalam perangkap budaya pembaratan hingga lupa kebudayaan dan jati diri kita sendiri. Jika bangsa A...

Ibrahim Pernah Atheis: Proses Kognitif dalam Pencarian.

Kita seringkali mendengar orang mengatakan ‘jangan menilai  pada kulit’ atau ‘ don’t jugde the book by it’s cover’ . Manusia merupakan makhluk yang visual. Kita memang diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang peka pada apa yang ada di sekeliling kita. Dengan cara inilah manusia juga mempertahankan diri dari bahaya. Manusia sering menggunakan penglihatan untuk menilai sesuatu sebelum menggunakan mana-mana pancaindera lain. Penilaian yang dilakukan melalui penelitian visual ini kerana  untuk mengelakan dari membuat keputusan yang salah.  Oleh itu ungkapan ‘jangan menilai buku dari kulitnya’ hanya mampu menjadi nasihat sahaja, ia tidak lebih dari itu. Hal ini kerana suka ataupun tidak kita memang melilai sesuatu dengan apa yang kita lihat. Begitu jugalah kita, melihat tajuk senaskah buku seperti ‘Ibrahim Pernah Atheis’ khalayak akan membuat berbagai interpretasi atau pun tanggapan awal melalui  pemahaman yang digarap melalui pengalaman pembacaan atau p...

Penekanan Akhlak dalam penyebaran Agama.

Hikayat  merupakan salah satu bidang kesusasteraan Melayu silam. Cerita – cerita hikayat biasanya berbentuk panjang dan menceritakan mengenai seseorang atau kejadian yang penting seperti sejarah atau cerita roman fiktif bertujuan untuk hiburan serta pembangkit semangat juang.  Kebiasaannya cerita hikayat adalah warisan dari penceritaan secara lisan, dengan itu ia mengekalkan format penceritaan lisan. Kebanyakan cerita hikayat ditulis dalam bentuk di mana, pembaca akan membacanya secara kuat untuk didengari oleh pendengar.                 Wali songo adalah nama yang tidak asing dikalangan masyarakat Indonesia, terutamanya masyarakat Islam yang tinggal di Pulau Jawa. Umumnya kita mengetahui Wali songo hanyalah sembilan orang iaitu Syed Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Giri, Sunan Drajad, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria dan Sunan Gunung Jati. ...