Perjalanan Sebuah Revolusi Perancis; Sebab dan Akibat (Part II) by; Sadiq Jebat Bahagian-II ini kita akan membicarakan pasca-revolusi kejatuhan kuasa monarki di Perancis, seperti yang telah dijelaskan pada minggu lepas— Perancis telah melalui beberapa peringkat tetapi peringkat awalnya bermula pada tahun 1789 sewaktu ketirisan ekonomi Perancis akibat daripada dua perkara yang telah dinyatakan sejarawan Rude. Dengan itu kembalinya kita pada bahagian dua ini untuk mengetahui lebih dalam berkenaan pasca-revolusi kejatuhan monarki. Pada bahagian ini kita akan membahaskan beberapa sub-topik yang telah disenaraikan oleh saudara Qasim Ahmad iaitu penulis buku Eropah Moden; Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan;- Ø Kelab-kelab Politik dan Pengukuhan kepada Revolusi. Ø Perlembagaan Sivil Gereja dan Ancaman terhadap Revolusi. Ø Perpecahan Berterusan dan Kejatuhan Girondin. Ø Zaman Ganas. Ø Kejatuhan Robespierre. ...
'melawan dengan buku!'