Langkau ke kandungan utama

ANTITHESIS: SEBUAH KUMPULAN CATATAN PEMIKIRAN




((NAMAKU MIZTER ADK))

Aku dapat buku ini daripada seorang gadis cantik. Tarikh 12/11/2014, aku mula membaca pukul 8 malam hingga 11.10 malam. Tanpa henti. Pertama kali aku memandang buku ini sudah mampu untuk membuat nafsu aku meronta untuk membacanya. Sosok Benz Ali bukanlah penyebabnya, langsung tidak menjadi katalis untuk menarik minat aku tetapi tajuk buku itu mampu. Tajuk yang diambil daripada seorang  filasuf German. Aku mula faham antithesis itu apa selepas membaca Madilog hasil tangan seorang revolusioner Indonesia, Tan Malaka. Revolusioner yang kesepian bagi aku, tidak segah nama Soekarno. Mengapa jadi begitu? Boleh mula membuat kajian. Secara ringkas aku memahami antithesis itu sebagai kontradik bagi thesis, yang mana akan berlaku pertembungan dan menghasilkan sintesis. Kemudian sintesis itu akan menjadi thesis baru dan seterusnya dicabar lagi. 

Kata Tan Malaka, sintesis itu pembatal bagi kebatalan. Tajuk ini mampu merentap jiwa aku juga kerana bagi seorang islam yang berimankan Tuhan Yang Maha Esa, aku teringat akan sirah para rasul utusan tuhan. Mereka sentiasa menjadi antithesis atau manusia bughah di waktu zaman mereka hidup. 

Autoriti yang berkuasa ketika itu sentiasa mahu menghentikan mereka daripada terus menyebarkan risalah tuhan, ada dibakar ada dihina dicerca dan di di di yang lain. Aku merasakan tidak hina kamu menjadi yang berbeza daripada arus perdana atau bahasa penjajah ‘’mainstream’’ jika yang dibawa itu bermanfaat lebih lebih lagi kebenaran. Manfaat itu subjektif (?). Panjang juga bebelan aku tentang tajuk sahaja. HAHAHA !!

Pada Bab 0 mukasurat 12, aku suka dengan kenyataan ‘’ Dan bagiku kerja kita wajib memandaikan massa. Bukan menuhankan tokoh. ‘’. Aku menyokong dengan satu sebab jelas, Firaun yang direjam ditentang Musa a.s kerana meremehkan akal rakyatnya atau dalam bahasa kasar menyematkan bangangisme dalam kepala otak rakyatnya. Inilah yang aku nampak politikus-politikus cuba sematkan kepada rakyat tanpa kira pihak yang memakai apa label sekalipun. Tokoh-tokoh pula didewakan cukup menunjukkan Negara ini masih dalam lanskap politik dunia ketiga. Idea yang sepatutnya mengangkat tokoh itu bukan personaliti mereka. Dalam Bab 2 mukasurat 18, persoalan ‘’ Adakah pimpinan pro rakyat ini menyangka bahawa SPR tidak akan bermain tipu dalam PRU-13 ini  ? ’’. Sejujurnya aku tergelak kerana persoalan itu patut ditambah juga ‘’rakyat’’ selepas pro rakyat. 

Aku sebagai anak muda yang tak belajar di university mana-mana lagi selepas keluar daripada sebuah IPTA, tak percaya dengan pilihanraya mampu merubah rejim. Pernah aku terfikir, kenapa pimpinan pro rakyat ini tidak usulkan/hasut rakyat untuk tidak keluar mengundi langsung tetapi keluar protes di jalanraya. HAHAHA ! Ini mungkin satu khayalan tapi aku harap jadi kenyataan walaupun aku secara sedar merasakan memang sekadar khayalan kerana ini Negara dunia ketiga.

Bab 3 menceritakan tentang aktivis dan aku suka nak tambah satu lagi ‘’point’’ memandangkan aku nampak perkara ni makin membiak ibarat tiada vaksin. Aktivis di Malaysia ini aku lihat ramai yang terpengaruh dengan ‘’penghasut rakyat’’ atau nama lain Tukar Tiub atau nama lain juga Hishamuddin Rais. Tukar Tiub ini memang seorang yang aku kagum dengan pendirian dan perjuangannya walaupun ada yang aku sendiri tak setuju. Sejarah perjuangan mahasiswanya sendiri bagi aku lebih hebat berbanding dengan Anwar Ibrahim tapi seperti yang sudah aku nyatakan, dia tidak mempunyai personalitI yang sopan, baik dan boleh dikuis-kuis manja gitu. HAHAHA ! Ya inilah isi aku, aktivis ramai yang menjadi klon orang lain. Seorang Tukar Tiub semua mahu menukar tiub tiada yang mahu tukar tayar, rim bla bla. Dan aku percaya juga makin ramai lepas ni mahu jadi Benz Ali. Aku tiada masalah kalau mahu tiru untuk belajar dan bina latar sendiri tapi klon sebiji betul itu bukan belajar lagi.

‘’ Islamis sangat berharap kepada kekuasaan untuk melawan kemaksiatan.’’ Seikhlas dan paling jujur dalam buku ini bab 42 aku berulang kali membaca dan mengingati kembali bagaimana autoriti kekuasaan (daulah) berjaya mendoktrin massa sehingga setiap apa yang mereka lakukan benar dan seolah-olah dapat ‘’whatsapp’’ bertalu-talu daripada tuhan sebagai legitimasi. Apa yang jelas aku sendiri lihat ini juga menjadi senjata baru buat duit tanpa disedari. Kadang-kadang aku sendiri tidak memahami apa yang mereka cuba lakukan. Bayangkan begini kamu sudah tahu tempat lazim muda-mudi mahu berzina atau berkhalwat  tetapi mengapa kamu biarkan mereka memulakan proses dahulu kemudian baru nak serbu ? Kaitkan contoh yang aku beri ini dengan tindakan penguasa agama ketika operasi cegah maksiat. Pukul 1 atau 2 pagi baru mereka serbu sedangkan mereka tahu pesta bermula lebih awal dan di mana tempatnya. Ada lagi yang aku tak puas hati, HAHAHA ! Aku tak faham mengapa mereka boleh suka suki saja nak pecahkan pintu bilik orang dan tahan mereka (pelaku). Saidina Umar al-Khattab r.a ketika menjadi khalifah pernah memecahkan pintu rumah seseorang kerana dia meminum arak tetapi yang menariknya Saidina Umar r.a pula dimarah kerana dikatakan tidak menghormati ruang peribadi dicampur sengaja mencari keasalahan orang dan yang lebih menarik  Saidina Umar r.a meminta maaf dan tidak menghukum lelaki itu. Nampaknya pihak penguasa agama lebih khalifah daripada khalifah. *Aku percaya ramai tak setuju dengan aku.*

Bahagian abu Chin Peng itu agak buat aku memikirkan kembali kenapa sukar manusia-manusia ini untuk menerimanya. Sejarah perjuangannya dahulu tidak pernah dicerahkan dan tak habis-habis mengangkat negara Baginda Queen itu dan sampai satu tahap inilah alat pemerintah untuk mengekalkan kuasa pemodal yang berimankan keuntungan maksimum. Mereka tidak mahu cerahkan fikrah rakyat agar tahu komunis itu apa kapitalis itu apa supaya tiada rakyat sedar dan bangkit melawan kaum pemodal. Sentimen yang selalu dimainkan komunis tak percaya agama, tuhan sebab pelopornya Karl Marx itu tidak bertuhan dan beragama. Persoalan aku mudah, bila pula Adam Smith itu islam ? Dia juga seorang yang tidak beragama tapi bezanya dia masih mengaku ada tuhan. Tuhan bagi dia apa dan bagaimana itu tidak pula aku ketahui. Adam Smith itu ‘’deist’’bukan ‘’theist’’ pun.  Satu lagi, aku tak rasa kalau orang itu beriman atau tidak akan bawa kita ke neraka pun, iman itu perkara peribadi.  Aku masih ingat sewaktu menonton satu forum yang panelnya Prof Aziz Bari, beliau menyebut bahawa salah seorang anggota Suruhanjaya Reid yang menyediakan draf perlembagaan iaitu Ivor Jennings dari Universiti Cambridge, Ivor memberi pandangannya kepada perkata 153 iaitu mengenai kedudukan istimewa orang Melayu itu adalah seorang yang tidak pedulikan tuhan. Apa masalah ?

Akhir kata, banyak lagi aku nak ulas sebenarnya tapi aku rasa nanti yang membaca bosan sebab panjang terutama macam aku, malas nak baca bila panjang-panjang. Tidak terlambat juga rasanya untuk ucapkan tahniah kepada penulis buku dan penerbitnya atas karya membuka minda ini.   Aku harap yang masih belum ada buku ini boleh dapatkan segera dan bacalah dengan lapang dada tanpa perlu emosional gaya orang tak dapat Br1m. Sekian terima kasih dan Assalamualaikum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

  Oleh: Afaf Syukriyah Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri. Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling b

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela.

'Kitab Tamadun Melayu' : Kitab Sempurna yang Bercacat Cela. oleh: Farahani R. Saya bukan orang yang mudah diyakini tentang penulisan-penulisan yang membanggakan suatu kaum, khasnya yang ditulis oleh The Patriots memandangkan penulisan mereka terkadang seakan bersifat etnosentrik - Melayu, Melayu dan Melayu. Jangan dulu mengamuk, sabar; saya bukan rasis. Cuma saya mencuba untuk bebas dari menjadi rasis dengan tidak membiasakan diri mengenal hanya perihal Melayu sahaja. Apatah lagi untuk orang yang lahirnya di Borneo, suasana perkauman dan anti-agama selain dari Islam agak asing dalam masyarakatnya. Tapi resensi saya tidaklah menyimpang sepenuhnya kepada Melayu dan kekerapannya dibicarakan di media sosial mahupun media mainstream, tapi lebih menjurus kepada persoalan siapa itu Melayu, dan kesilapan masyarakat kini mengertikan label 'Melayu' itu. Mula-mula saya sangat menolak untuk digolongkan dalam 'bangsa Melayu', dan begitu menjaga perletak

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hidupnya

LANGIT PETANG – Manusia Dan Hid upnya oleh: Hamka Mohamad Tidak banyak penerbit buku yang cuba mengangkat kembali karya-karya sasterawan negara yang pernah menjulang hati rakyat suatu ketika dahulu. Tidak ada lagi penerbit yang cuba mengembalikan sastera ke peringkat yang lebih tinggi martabatnya, selain mengharapkan DBP yang kian hari kian lari dari landasan asal matlamatnya. Tidak ada lagi penerbit yang cuba melaungkan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Pak Sako, Arenawati, Samad Ahmad, Masuri S.N dan ramai lagi karyawan negara suatu ketika dahulu yang berdiri teguh dalam arena sastera negara. Mungkin ada, namun jumlahnya tidak banyak. Tertarik dengan Lejen Press, yang jarang sekali aku membeli mahupun membaca karya penulisnya, namun kali ini, Langit Petang yang berjaya diterbitkan mereka hasil nukilan A Samad Said telah membawa aku satu pengharapan untuk aku melihat karya sastera tidak lagi dilacurkan oleh sesetangah penerbit kini. Tidak seperti buku-buku puisinya, Pak S