Langkau ke kandungan utama

Sinopsis Tivi, Karya SN Shahnon Ahmad

 




Oleh: Afaf Syukriyah

Seperti mana yang telah dijanjikan, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis berkaitan buku ini. Benar, berdasarkan tajuk, memang buku ini berkisar tentang TV – televisyen. Tetapi penulis bijak, beliau lebih kerap mengistilahkan tv sebagai tetamu. Untuk membaca karya ini, pembaca mesti mengkhayalkan latar tempat dan zaman dalam novel ini. Cuba bayangkan suasana cerita adalah di kawasan kampung, kita ambil contoh di daerah Sik atau Yan, Kedah. Sebab kawasan ini lebih dekat dengan jiwa penulis sendiri.

Kerana suasana kampung yang terlalu pekat, maka mereka seakan-akan tidak mengenali dunia luar yang sebenarnya, sehinggalah anak kepada pasangan Mat Isa dan Jeha iaitu Chah telah merantau ke bandar besar untuk bekerja di sana. Segala gambaran dunia bandar telah diimport oleh Chah untuk dibawa masuk kepada ahli keluarganya. Berbekal kekayaan hasil bekerja sebagai pekerja kilang skru, Chah telah melimpahkan kekayaan kepada ahli keluarganya dan kekayaan yang paling bernilai sekali adalah sebuah tv.

Dipendekkan cerita, tv yang dikatakan membawa kemajuan bagi sesiapa yang memilikinya, hakikatnya ia membawa kerosakan bahkan kehancuran kepada keluarga Chah. Bagi mereka, apa yang ditayangkan di tv adalah kemajuan yang seharusnya ditiru. Tambahan dari itu segala maklumat yang keluar dari tv adalah kebenaran. Jika benda yang ditunjukkan oleh tv itu merupakan kesalahan, sudah pasti kerajaan menyekatnya. Maka tv pada ketika itu dianggap sebagai dalil paling abash bagi keluarga Chah.

Kehadiran tv ke dalam rumah Mat Isa, sesungguhnya mengubah langsung kehidupan sosial mereka. Mat Isa yang dahulunya rajin turun ke bendang bersama isteri, mengembala lembu dan kerbau serta memangkas rumput di halaman rumah, kini lebih banyak menghabiskan masa di atas tikar mengkuang bersama keluarga. Begitu juga seorang lagi anak perempuan mereka yang dahulunya rajin turun ke dapur memasak, kini hanya memasak acuh tak acuh.

Kesan negatif yang menimpa keluarga ini amat berat. Kerana kandungan yang terdapat dalam tv akhirnya sebahagian mereka sanggup melanggar batas agama dan tabii kekeluargaan. Dan inilah yang hendak dibawakan oleh pengarang tentang sebuah tv yang berat dan besar, tetapi kesan buruknya lagi besar berbanding saiznya.

Apa yang menarik pada penulisan penulis ini adalah, beliau mampu untuk membakukan bahasa kampung yang jarang2 kita gunakan dalam penulisan kecuali apabila kita bercakap-cakap sesama kawan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mitos Peribumi Malas, Karya Syed Hussein Alatas

Oleh: Azli Sidek Syed Hussein Alatas.  Mitos Pribumi Malas: kajian imej orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam kapitalisme penjajah , penterjemah Zainab Kassim, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, m/s 275.  . Syed Hussein melihat kapitalisme kolonial yang berlaku di tanah jajahan membawa kepada satu penindasan kepada masyarakat pribumi. Syed Hussein menggunakan Metodologi sosiologi pengetahuan yang mana pengkajian tentang ideologi kapitalisme kolonialisme yang menganggap bahawa masyarakat pribumi malas dan tidak mempunyai inisiatif untuk melakukan pekerjaan dan begitu pula pengkajian ideologi masyarakat peribumi yang tidak sebegitu rupa walaupun terdapat sebahagian yang berwatakan pemalas tetapi Syed Hussein menganggap perkara ini tidak boleh diwakilkan kepada keseluruhan masyarakat pribumi tersebut.             Buku ini juga menerangkan bukti – bukti sejarah yang bermula daripada abad ke 16 hingga ...

MENGENAL DIRI TOK KENALI

((Sdr. Huzaifah Shaharuddin)) Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". ( Al-A'raaf 7:172 ) Maafkan aku Tuhan kerana aku terleka dan lalai. Sudah terlalu lama aku terkhayal sehingga terlupa dengan janji. Aku lupa, benar-benar lupa. Sudah tiba masa untuk bangkit, melangkah untuk meneruskan perjalanan. Kehidupan ini seumpama berjalan di atas titian. Bermula dengan kelahiran dan penamatnya adalah kematian. Sewaktu berjalan menuju penamat hayat ini, ada banyak hentian-hentian yang memukau dan mele...