Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Faris Imran

Ulasan novel Kunang Pesisir Morten

Oleh : Faris Imran Membaca helaian demi helaian di setiap mukasurat seolah-olah membawa pembaca ke zaman kanak-kanak yang penuh dengan keindahan dan pengembaraan. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk merasai suasana kampung samada dilahirkan di bandar atau dilanda banjir kemodenan, buku ini amat sesuai dibaca. Pembaca dikenalkan dengan watak Dhia dan Adi, 2 ‘pengembara’ cilik di Kampung Morten, pesisir Sungai Melaka yang saban hari terus ceria menelusuri kehidupan mereka sebagai masyarakat kelas kedua. Maksud kelas kedua di sini tidak bermaksud sebagai pengkastaan bangsa, tetapi kedudukan. Mengangkat tema perpaduan kaum sebagai topik utama, pengkastaan bangsa tidak seharusnya masuk dalam glosari pembaca. Bagi mereka yang gemar membaca novel detektif karya Sir Arthur Conan Doyle, Edgar Allan Poe dan Agatha Christie, sedikit peringatan agar tidak membawa gaya pemikiran sebegitu semasa pembacaaan novel ini. Agak malang sedikit kerana penulis memberi terlalu banyak kl...