Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Buku

Kuliah Rakyat 4/2023: Persoalan-persoalan Falsafah dalam Gapura Wacana

Pada 6 Mei yang lepas iaitu selepas 1 Mei (May Day), iaitu selepas 22 April (Hari Raya), maka berlangsungnya di sebuah kedai buku kecil, Toko Buku Rakyat, sebuah diskusi berkala yang dinamakan sebagai Kuliah Rakyat 4/2023 dengan tajuk, Persoalan-persoalan Falsafah dalam Gapura Wacana.  Buku Gapura Wacana tersebut adalah antara karya terbaru Prof Madya Dr Saiful Akram Bin Che Cob @ Ab Ghafar (selepas ini disebut Dr. Akram) yang diterbitkan di bawah Kenyalang, sebuah imprint The Biblio Press. Buku ini berketebalan 339 ms berharga RM35. Dalam diskusi buku tersebut di Toko Buku Rakyat, banyak persoalan dibincangkan meskipun dalam waktu yang terhad.   Bahasa Melayu sebagai Bahasa Falsafah Antara persoalan yang sempat ditanyakan ialah, adakah Bahasa Melayu boleh menjadi Bahasa Falsafah? Dr. Akram menjawab dengan yakin, bahawa beliau yakin Bahasa Melayu boleh menjadi Bahasa Falsafah. Pertanyaan ini muncul, tatkala kalangan sarjana kita sendiri yang bercakap tentang falsafa...

[BERITA] KDN Merampas Karya Esposito

  [BERITA] KDN Merampas Karya Esposito Oleh: Iltizam Iman Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menahan sebuah buku yang dibeli dari luar negara oleh seorang warga tempatan. Syed Ahmad Fathi,   membeli buku yang bertajuk "Who Speaks for Islam?"   yang ditulis oleh John L. Esposito dan Dalia Mogahed dari Bookfinder, yang berpusat di Amerika Syarikat.   (Syed Ahmad Fathi, gambar dari Facebook beliau) Syed Ahmad Fathi, seorang penulis dan juga penggemar buku, berkongsi di laman media sosialnya bahawa beliau sangat terkejut dengan penahanan buku yang dibelinya itu.   Menurut surat penahanan yang bertarikh 24 April 2021, buku tersebut ditahan di bawah Seksyen 9A, 17 dan 18 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984) kerana disyaki sebagai hasil penerbitan yang boleh dikenakan perintah larangan di bawah Seksyen 7(1) AMCP 1984.   "Saya kira buku ini (sifatnya) akedemik, jadi tak pasti kenapa ditahan..." tulis beliau di laman facebo...

Muat Turun Islam Politik: Sebuah Analisis Marxis, Karya Deepa Kumar

  Karya Deepa Kumar, Islam Politik: Sebuah Analisis Marxis. Boleh muat turun di  sini .

Revolusi Intelektual: Satu Kritikan Ringan

Oleh: Khairul Idzwan Penulisannya agak santai walaupun tajuknya kelihatan berat. Aku tertarik dengan isu-isu sosial, geopolitik, perundangan dan agama yang diketengahkan. Ia jelas kepakaran penulis dalam menganalisis isu-isu semasa. Walau bagaimanapun, aku agak sedikit kecewa dengan buku ini. Tajuk bukunya cukup bercita-cita tinggi kerana menggabungkan dua terma yang besar maksudnya. Namun, terma intelektual tidak dikupas definisi dan ciri-cirinya sebaliknya penulis hanya memberikan maksud daripada Kamus Dewan di beberapa muka surat terakhir. Bagi aku, analisis terhadap definisi intelektual itu cukup penting kerana daripada situ barulah kandungan buku dapat dikembangkan dengan lebih baik. Untuk terma revolusi pula, seingat aku penulis langsung tidak membuat sebarang definisi dan analisis. Selain itu, penulis juga tidak menyediakan senarai rujukan bibliografi untuk segala penulisan beliau yang memiliki fakta dan dakwaan tertentu. Pada aku, sebagai sebuah buku bukan fiksyen, ini amat-ama...

Muat Turun Hubungan Agama dan Marxisme, karya John Molyneux dan Roland Boer

  Karya John Molyneux dan Roland Boer, Hubungan Agama dan Marxisme. Boleh muat turun di  sini.

Mahatma Gandhi - Semua Manusia Bersaudara

  Oleh: Amirrul Zaki All Men Are Brothers Pengetahuan ilahi tidak dipinjam dari buku-buku, melainkan direalisasi dalam diri kita. Buku memang merupakan suatu bantuan, tetapi seringkali merupakan hambatan    – Mahatma Gandhi Buku ini berkisahkan kehidupan Mahatma Gandhi serta pandangannya tentang kehidupan secara menyeluruh. Banyak hal yang diutarakan oleh Gandhi antara lain tentang Agama dan Kebenaran, cara dan tujuan, bagaimana mengendalikan diri, apa itu perdamaian dunia, beza manusia dengan mesin, bahawa kemiskinan ada di tengah-tengah kelimpahan, demokrasi dan rakyat, pendidikan, kaum wanita serta serba-serbi pandangan Mahatma Gandhi lainnya. Penekanan dan ajaran Mahatma Gandhi antaranya: 1) Satyagraha Satya bermaksud “Kebenaran”. Secara harfiyah Satyagraha bererti suatu pencarian kebenaran dengan tidak mengenal lelah. Berpegang teguh pada kebenaran, ertinya Satyagraha merupakan jalan hidup seorang yang berpegang teguh terhadap Tuhan Yang Maha Esa dan mengabdikan selu...

TEOLOGI KIRI: Dr. Abdul Munir Mulkhan

Oleh: Benz Ali 'Agama sudah mati. Jika Nietzsche mengatakan Tuhan telah mati, aku mengatakan pula agama sudah mati, lebih fokus, khusus dan serius, Islam itu sendiri telah mati. Agama adalah tidak berguna, jika tidak mampu menyelesaikan permasalahan umat manusia. Dan wahyu-wahyu adalah tidak berguna jika manusia itu tidak wujud.' Ini adalah inti kepada apa yang akan aku kumandangkan pada sesi mengupas buku karangan Dr. Abdul Munir Mulkhan berjudul 'Teologi Kiri: Landasan Gerakan Membela Kaum Mustadh'afin, yang diberikan pengantar kata oleh Kuntowijoyo, seorang sasterawan intelektual yang pernah menulis, 'Muslim Tanpa Masjid' dan 'Radikalisasi Petani'. Bukan aku seorang yang mengatakan tentang kematian agama ini. Mulkhan menyebutkan bahawa tesis dari Fukuyama dan Huntington mengatakan bahawa di masa hadapan, agama akan bankrap, agama akan muflis apabila agama sudah tidak mampu memberikan apa-apa nilai guna, memberikan apakah faedah-faedah kepada penganut...