Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Asrul Rashid

Review Pertama (dan panjang) Anti Conformity

Oleh: Asrul Rashid Abang kepada buku sebelumnya iaitu Antithesis, itulah gambaran penulisnya Saudara Benz Ali. Oleh disebabkan sifatnya sebagai abang maka Anti Conformity ini lebih tebal muka suratnya dan lebih padat (kurang ajar) isinya berbanding adiknya Antithesis. Diterbitkan oleh Sorok Kitab, buku ini memang tebal juga berbanding dengan buku-buku indie lain, empat ratus lebih muka suratnya, tapi ruang kosong pun banyak juga . Tidak jelas mengapa Saudara Benz Ali bertukar payung penerbitan, lambat menerima bayaran barangkali atau penerbit sebelum ini telah terjerumus ke lembah kapitalis hipster, entahlah. Beliau membahagikan buku ini kepada beberapa tajuk utama sebelum dipecahkan kepada tajuk kecil yang menyentuh pelbagai isu dan perkara semasa. Jika menginginkan sebuah buku yang selesa dan enak dibaca, sila cari buku lain. Buku ini menyentuh terus kepada teras permasalahan pada  masyarakat borjuah. Masalah yang jelas nampak namun ditutupkan demi menjaga ...

MEMBEDAH P. RAMLEE dan THE THIEVES OF RIYADH

MEMBEDAH P. RAMLEE dan THE THIEVES OF RIYADH (oleh Asrul Rashid) Bedah P Ramlee dan The Thieves of Riyadh adalah dua buah buku yang berbeza tetapi mempunyai persamaan yang jelas. Buku berkenaan filem arahan dan lakonan P Ramlee ini diterbitkan oleh Dubook Press manakala The Thieves of Riyadh diterbitkan oleh sebuah badan penerbitan di London. Persamaan yang jelas pada kedua buku ini di mana buku ini membedah dan mengeluarkan isi perut filem p Ramlee yang banyak mengkritik golongan atasan tidak kira sama ada raja, sultan, bangsawan, agamawan, pemimpin politik, orang kaya dan yang berpangkat di dalam menindas orang bawahan. Perkara yang sama diperkatakan di dalam buku The Thieves of Riyadh ini, ianya berkisarkan pemerintahn keluarga As Saud yang membentuk Negara Arab Saudi yang ada pada hari ini. Negara yang didirikan di atas timbunan mayat-mayat bangsa Arab sendiri. Sebuah kekuasaan yang secara terangnya zalim namun masih dianggap bangsa yang mulia dan sentiasa men...